My List of Video Raya

Published by:

2019

So tahun ni aku dapat peluang  untuk buat video raya bersama dengan family. Lama gak teringin nak buat video dengan mak abah dan adik beradik yang lain. Maka bila kitorang buat trip ke Cameron Highland time bulan posa, dapatlah peluang.

Lengkap seluruh family aku.

Ands now back in…

2008

Tahun pertama aku sambut raya di Durham. Disebabkan tak balik raya dan kengkawan time tu setuju nak buat, maka jadilah first video raya yg aku adjust lirik berkonsepkan perantauan.

Contohnya bab pakai baju raya tahun lepas, takde bazaar ramadhan cam kat Malaysia dan pos kuih raya. Aku takdelah suruh mak aku pos raya tapi kawan2 Brunei memang family diorang pos, jadi dapatlah turut merasa.

Tiqah tanya, kenapa aku sorang je lelaki. Errr…..

 

2010

Tahun 2009 aku balik raya rasanya, tu sebab takde video raya. 2010 tak balik, so semangat nak buat meskipun time ni takde geng. Serius, memang time ni agak kesunyian gak lah. Rosmin dah balik Malaysia time tu dan baru jer nak kenal2 ngan Hafidz. Tapi nak buat gak, so aku buat konsep multi bahasa lah.

So rakam video ni pun guna tripod je depan pintu dalam bilik. Aku beraya dengan komuniti Malaysia time tu.

 

2011

Lepas tu dapat balik geng baru dan tahun tu, decide untuk buat lagi versi perantauan. Kak Zarina pulak semangat nak join, so aku pun seronok sebab boleh buat scene family. Walhal, rumah tu sebenarnya rumah sewa aku. Memang rumah sewa paling best aku pernah sewa kat UK sebab lawa dan tengah town.

Nak dijadikan crita pulak MHI buat pertandingan video raya so kitorang submit dan menang, jadi dapatlah duit dan kitorang gi makan Nandos halal kat Newcastle ramai2. Teruja sebab Elly Iskandar call untuk set masa temuramah. Pastu kena interview dengan Abby.

 

2018

Tahun 2012 dah balik Malaysia maka ketupat rendang dan kuih muih di tanah air buat aku berat punggung nak buat video. Maka bila bersabatikal di Jerman dan bebudak Darmstadt suka gak video-video ni, terus menjadilah.

Diorang yang start dulu sebab kena approach rancangan Bubur Lambuk International so kitorang shoot la di suatu petang di bulan Ramadhan.

https://web.facebook.com/amrisolarstreak/videos/10155721423078214/?v=10155721423078214

 

 

Then, aku propose untuk buat video raya. Video ni hari tu awal bulan puasa dalam 1000 lebih je kat IG. By raya tahun ni dah naik 4000 views.

Tahun ni baru orang tgk rupanya.

 

 

So that’s it.

Best gak abadikan kenangan bersama sahabat2 dan ahli keluarga dalam video raya ni.

Darmstadtian on TV

Published by:

Baru taksat pukul 1pagi, geng-geng Darmstadt muncul di kaca tv lagi sekali. Kali ni dalam Channel 109, Kembara Iftar.

Tengok Topek, Farid, Alin, Nazmi, Saadah dan Aina dalam segmen setengah jam ni betul-betul buat aku rasa rindu pada Darmstadt dan diorang diorang ni.

Again, I feel blessed because I met these people. Banyak gak masa aku spend dengan diorang ni. BBQ, gi trip, buka puasa dan juga buat video raya.

Truly, I miss them all.

 

There will be next time, ان شاء الله

Angin Lalu

Published by:

So Youtube had decided to remind me that I posted this song 7 years ago.

And 7 years is actually a loong time.

Waktu aku buat lagu ni dah minta Hafidz untuk rakamkan, aku dah mendekati masa nak habis pengajian kat Durham. Even minit 1:15 pun ada draft awal untuk thesis aku.

It was a difficult but simpler time compared to now.

But life is about taking it easy I suppose.

Semalam aku balik dari pertandingan debat di UNISEL. Kereta aku 4 orang ja – wife, Syakir dan Wong. Sambil-sambil dalam perjalanan dari Bestari Jaya yang jalannya berombak tu, kitorang stop beberapa kali. First stop makan di Simpang Pulai sebab nak jamak taqdim kat situ. Lepas tu layan  mi udang di Changkat Jering pulak. Lepas tu layan meatball kat IKEA Penang yang baru buka tu.

I always enjoy IKEA. Walaupun aku memang tak adalah nak belanja ribu-ribu hanya untuk perabot sebab lebih baik travelling, walaupun sekarang nak travel pun bukan main susah; tapi seronok juga tengok-tengok.

Aku akhiri post ini dengan gambar berikut. Sila klik gambar

Osaka and around it

Published by:

Aku baru balik dari Osaka. Tak berapa bleh call honeymoon sebab Unik ikut sekali. Juga kemudiannya trip melawat family angkat aku kat sana, gi Universal Studios dengan Sharul dan Anis.

It was great!

Japan was the very first country that I have ever visited. Tahun 2004 dulu, aku terpilih untuk ke program pertukaran pelajar selama 10 hari ke Nihon Fukushi University. Memang excited dulu sebab tak pernah ke luar negara. Dan bila sampai je Jepun, memang seronok tengok budaya diorang.Trip ke Jepun tu lah yang menginspirasikan aku untuk belajar kat luar negara, walhal dulu memang apply USM sebab dekat so senang nak balik rumah mak tiap-tiap minggu dan mak tolong basuh baju.

That was back then. Fast forward to 2018, I told Atiqah; since Japan left me a great impression, I want your first country to be Japan too. Acah acah romantik lah kononnya. Padahal, another good reason is – Japan is affordable with AirAsia.

Lagipun, kalau dah first trip ni, eloklah pergi yang negara aku familiar sikit, satgi kang sesat2 nanti stress lak nak ber-so-called-honeymoon.

Japan has good deals for traveler. Berbeza dengan Malaysialah. Mana taknya, kalau Malaysia, bab-bab entrance ticket je, terus nak caj lebih untuk foreigner. Jepun pulak ~ kitorang beli Kintetsu Rail Pass yang cover train berkejaluan sederhana ke sekitar Osaka. Dan pass ni memang boleh dibeli oleh temporary visitor macam kitorang. Untuk rakyat dia atau yang bermastautin tak boleh. Saja nak tunjuk contradicting mindset sikit.

Time kitorang pergi kali ni tengah sejuk gak lah. Kul 5.30 dah terbenam matahari, jadi masa tak panjang sangat.Tapi sebab sejuk, so dah memadai la masa jalan-jalan tu.

Nanti bila2 aku ada masa untuk edit video, aku post. :D

I’m back

Published by:

I’m back on this blog. Tahun 2018, aku tulis kat a new blog: Tengah Hari di Darmstadt di http://amri.solarstreak.com/tengahhari

And many life turning event had happened. For instance, I’ve got married at the end of last year.

So far it’s been great.

But sometimes it’s the same story of meeting people expectations. Which is it made me miss those time in Durham and Darmstadt. Where people still talks but they are so far away that I can easily ignore. But these days, when the expectations are in the form of people around me, it’s bit harder to ignore.

Some people expect me or us to behave a certain way.

I mean, tak payah ceritalah bab nak buat kenduri kahwin tu kan. Lot of expectations.

And when we start living as husband and wife. There are days where both of us are doing okay, but suddenly became sour just because someone left a comment about something we should be doing.

Takleh nak go details sebab nanti jadi tak best. So aku bagi contoh yang aku tak offended. A friend of mine once said, ‘nanti lepas kahwin, takleh pakai begini begitu, sebab nanti orang tengok dan perasan, diorang kata bini tak pandai jaga’.

Which is maybe true. People gonna assume that.

But aku ni degil. If I look bad or terrible, it’s just because I don’t listen to my wife.

And I always tell this to my students bila bersembang fasal appearance. Orang ni, kalau dia nak cakap, kita buat apa pun dia cakap juga. So let them be.

But it’s easier to ignore when people talks about me. It’s much harder when people tell me to do things a certain way just because they like it to be done that certain way.

So in that case, I’m gonna tell you this.

You are right, but I am also right.
So let me live with my set of rules and you can live with yours.

That’s much fairer, isn’t it?

 

Sudoku Terjemahan

Published by:

Alhamdulillah, visa dah lulus. Aku pun dah book tiket semalam. Ada beberapa lagi paperwork kena isi, tapi dah mula nak kena sort out lah ni.

Aku baru ja buat terjemahan untuk lagu Ed Sheeran’s Perfect. Student aku tanya, ‘kenapa letak ‘a non-Google translation’?’ Diorang tanya sama ada sebab ada orang complaint ke. Aku kata tak lah. Saja. Sebab banyak juga versi Google translate yang orang buat. Ni terjemahan bukan versi Google lah kiranya.

Aku bagitau kat Tiqah hari tu, aku rasa translate lagu ni macam main sudoku. And I actually dislike Sudoku albeit Maths is so-called related to it.

Bila aku nak terjemah misalnya ‘I found a girl, beautiful and sweet’.

Maka aku akan terjemah ‘Aku berjumpa/bertemu/temui wanita/gadis’ untuk ‘I found a girl’.

Kemudian bila nak terjemah ‘beaufiul dan sweet,’ dia jadi ‘cantik/ayu/lawa dan manis’.

So disebabkan yang line kedua tu jadi ‘manis’, maka teruslah guna perkataan ‘gadis’ supaya rimanya sama.

So macam main Sudoku la pada anggapan aku. Macam main puzzle.

Lama dah takleh nak buat macam ni. Tapi, maybe la, nanti time sabbatical, tika malam sejuk tak tau nak buat apa, boleh la buat aktiviti Sudoku Terjemahan lagi.

 

Hihi