Jamuan

12 midnight. Baru balik dari jamuan hari raya School Maths. Pensyarah 2 orang ja datang, aku dengan Timbalan Dekan. Sebenarnya hari tu lagi diorang dah datang panggil. Begini bunyinya.

‘Sir free tak 31hb ni’

‘Free ja rasanya, kenapa?’

‘Nak jemput datang jamuan raya’

‘Ha, okay.’

Sekumpulan pelajar itu masih lagi dok melengu macam ada benda tak habis lagi ditanya.

‘Er…er’, diorang.

‘Ha, ni apa nih?’ aku yang mula mengesan ada niat lain disebalik ajakan tersebut.

‘Nak minta sir perform’

Kaaan?

So dipendekkan cerita, malam ni lah.

Sebenarnya demam sikit semalam. Bangun pagi tadi pun rasa berat. Ni pun rasa tak sedap badan sikit. Hujan semalam laa kot. Terkena.

Tapi boleh gak la perform. Nanti-nanti aku upload video. Baru ja tengok balik kejap tadi.

Aku nyanyi lagu Angin.

Sentap sekejap sebab dalam video tu, aku boleh dengar rupanya ada bebudak yang sing along. Wah wah!

Well, that’s the highlight of the night.

Nak kena prepare lecture…