While We’re Young

Sejak kebelakangan ni sudah berada dalam lingkungan 62kg. Sangat happy sebab dah naik 2-3 kilo sejak balik Malaysia. Well, dah lama dah pun sebenarnya, but that’s a good improvement. But, maybe it’s a saying, that I’m getting older? So that my metabolism is rather low.

Tapi masih mahu perasan-perasan muda. Sambil memasukkan lagu One-Direction:

Lagu ni aku tak tunjuk kat Bushra. Lagu One Thing hari tu aku dok tunjuk gak kat Bushra bila aku pergi rumah Mahadi. Pastu minggu lepas, Mahadi pergi hantar kereta servis. So, kitorang – aku, Mahadi, Elly dan Bushra pergilah sesama ke town untuk ambil balik kereta. Sampai ja kat pusat servis, tetiba lagu One Thing bermain di radio.

Sebelum tu Bushra senyap jer. Bila One Thing dimainkan, terus dia menyanyi sekali. Bunyi aa uu macam tu lah sebab dia tak boleh cakap lagi. Keh keh, telah men’fangirls’kan Bushra terhadap One Direction.

Dua tiga hari ni aku dok gi lepak rumah kak aku. Dia datang rumah aku juga kat Penang dengan anak-anak dia. Hari tu kitorang gi main bowling kat Kulim. Anak kak aku yang kecik – Anan (iaitu adik bongsu Unik) baru dalam Darjah 2 dan dia tak larat la sangat nak baling bola 8 pounds tu (walaupun dia cuba juga seperti gambar di atas). So, aku suruh la dia baling guna dua-dua belah tangan. Dia taknak sebab dia kata dia malu, orang tengok katanya; walaupun Unik daripada awal guna 2 belah tangan sebab tak larat.

[Sedang memberi tunjuk ajar pada Anan]

Aku confused – perlu ka kecik-kecik Darjah 2 dah fikir apa yang orang kata. Untuk menunjukkan dia yang benda ni takyah nak rasa malu, jadi aku pun baling lah bola bowling dengan 2 belah tangan. Pastu baru dia ikut.

Tapi tu lah. Pernah hari tu hantar Najmi (iaitu abang Unik) pergi sekolah asrama, sampai kat lampu isyarat, aku macam menari-nari ikut muzik dan adalah pak cik kereta sebelah yang tengok. Aku macam ~ lantak lah, tapi rupanya dia yang rasa malu dengan aku (sebab dia cerita kat kak aku fasal benda tu).

Haha, nasib korang lah, dapat Pak Tam tak berapa malu macam aku.

P.S: Tapi kalau depan orang yang kenal, aku masih malu-malu alah. Sopan katanya…. Hehe

[Kak aku dengan anak-anak dia]