Potong Satu

9.37 malam. Penat. Menghirup teh Earl Gray sambil menghadap komputer. Aku ada sedikit tea-addiction. Kalau tidak minum teh, mula rasa satu macam.

Hari ini penat sedikit. Petang tadi pergi lawatan ke kilang Motorola dengan bebudak Masters, dan 2 orang pensyarah. Taknak sebut nama pensyarah sebab nanti kalau ada orang google nama pensyarah itu, akan masuk dalam blog aku pulak.

Oh ya, aku baru saja potong rambut pendek kelmarin dulu. Reaksinya? Kebanyakan orang akan beri reaksi, surprise dan sebagainya. Terus disoal, sama ada aku bayar nazar ataupun diselorohkan sebagai baru balik dari umrah. Well, sekurang-kurangnya bukan bertanya fasal kawin, itu satu improvement.

Tapi itulah. Aku bagitau juga pada pensyarah yang ikut tadi yang ketika di UK dulu pun selalu aku potong rambut pendek. Sebabnya, kalau potong rambut pendek, 2 bulan kemudian baru kena pergi kedai rambut pula. Tambahan lagi sebab orang-orang UK ni pun, banyak diorang yang suka potong rambut pendek. So kekonon terpengaruh lah.

Tapi itulah (pengulangan keluhan). Memang sepanjang dah nak dekat setengah tahun kembali ke Malaysia, aku memang perasan yang orang Malaysia memang akan perasan semua benda yang dibuat. Potong rambut perasan. Office bersepah pun perasan. Office kemas pun perasan. Single perasan. Kawin takde anak pun orang perasan. Pendek kata, semua-lah.

Berjalan dengan Dani dan Mida semalam ke Bakti, kitorang bersembang fasal benda ni. Sebab Dani dan Mida kebetulan pakai baju dan tudung yang (hampir) sama, so orang perasan lah, dan berseloroh kata diorang kembar.

Dani tanya, ‘ko tak perasan ke Am?’

Aku serius tak perasan. Tapi memanglah kebiasaannya seperti itu. Mak aku pun selalu berleter bila ayah aku pakai kain pelekat yang tak berapa lawa untuk pergi masjid. Katanya, nanti orang nampak pakai kain pelekat buruk. Aku pernah cakap kat mak aku, ‘mak, kalau kat situ hanya ada orang lelaki ja, diorang tak perasan punyalah’. Ini ayat general lah.

Dia ceritanya begini. Kalau lelaki tu jenis tak amik peduli, memang dia tak perasan bebenda macam ni, kendati pun korang pakai baju yang sama. Kalau lelaki jenis amik peduli, perempuan pun kalah akan dia punya aspek penilaian. Well, this paragraph is debatable, of course.

Senangnya beginilah. Walaupun korang (wanita) perasan akan hari ni pakai baju apa, seluar apa, corak apa etc (dan aku bagitau Dani, mesti ada student aku yang perasan berapa helai baju yang aku dok buat mengulang masuk dalam kelas), kitorang (lelaki) bukannya peduli sangat dan perasan kalau korang (wanita) pakai tudung yang sama selang dua hari pun sebabnya kitorang tidak melihat luaran. Tetapi kitorang lihat pada dalaman.

Kaaan? Hahaha.