Daily Archives: 6 August, 2014

A small start

Published by:

Just a shout out to my students. And by the way, I’ve never done this before.

4 minggu lagi semester baru start.

Apa kata buka buku panduan dan tengok sinopsis kursus yang akan diambil.

Kalau dah nampak beberapa tajuk awal tu, google tajuk tersebut atau cari dalam Wikipedia. Atau kalau memang dah ada nota dari senior, lagi bagus.

 

Cuba target hendak belajar sendiri dalam 10 muka surat nota kuliah.

Atau 5 muka surat pun boleh.

Atau 2 muka surat pun tak apa.

 

Cuba baca-baca.

Cuba buat nota sendiri.

Cuba google contoh-contoh dalam internet.

 

Cuba study di masa-masa ini yang memang free dan tak ada tekanan untuk test dan exam sambil-sambil mengunyah ketupat (raya posa 6) atau kuih semprit atau kuih kacang Mazola (nak sebut kuih rainbow, time bulan posa dah abis dah sebab sekali ngidang ja dah lesap semua pakat2 mengunyah).

 

Cubalah (cuba study, bukan cuba makan kuih semprit).

 

Walaupun mungkin tak dapat pun result gempak dek kerana usaha ini, tak kah seronok kalau minggu pertama kuliah, time tengah masih lagi melayan mood cuti, dah faham dah sikit apa yang diajar oleh lecturer nanti.

 

Cubalah :D