Daily Archives: 27 February, 2015

Bulan Tiga Ini

Published by:

10482250_10152536894361920_2706454553474473350_o

Wah wah.

Student pun dok pakat share kat Facebook diorang sebab Jemari Seni dah advertise dah.

Excited gak sebab first book. Malu pun ada sebab dah la genre cintan cintun.

Yang blurb atas tu aku tulis, tapi dah diedit sikit lah. Yang dalam kotak ‘..pensyarah muda yang tulus dan realisitik…’ tu memang bukan aku tulis lah. Siap bagitau pensyarah pulak tuh~~

I’m keen to hear the reaction. Ya lah, ni baru cover kan? Content tak tahu macam mana lagi.

Lama kot tulis cerita ni.

Teringat lah dalam post blog aku tahun 2008, mula plan untuk tulis something. Lepas tu  akhir tahun tu la aku start menulis. Kat Durham best menulis sebab sana selalu food deprivation (sebab malas nak masak) dan tertekan tu biasalah dek kerana belajar kan. So bila tengah-tengah mood melankolik, seronok menulis.

Aku bagitau Mahadi semalam. Balik kat sini nak tulis apa pun tak jadi sebab, Alhamdulillah, I’m happy.

It’s a bless in disguise, kata si Mahadi.

Yang mana satu? Happy tapi takleh menulis ataupun menulis di kala tertekan.

Dua-dualah, balas Mahadi.

So entahlah. Entah ini buku sulung dan terakhir ataupun lepas ni ada lagi buku lain untuk mengejar populariti murahan, yang tu aku pun tak tau.

Sekali next time keluar, ialah buku Matematik… terus nanges fans kan? Hehe