Berjalanlah

‘Dr ni asyik berjalan jer,’ kata student Masters aku.

Honestly, yes. Rasanya duit gaji aku dihabiskan dengan berjalan-jalan sahaja selain membayar sewa rumah dan bil telefon. Cuti pun dah banyak ambil sebab duk berjalan-jalan. Perasan tak yang dalam video baru tu, yang aku atas bot tu? Yang tu kat Brunei 2-3 bulan lepas. Pergi kenduri Arni. Tapi tak sempat pun nak cerita kat blog sebab lepas habis tu, pergi berjalan ke mana ntah pulak. Oh, pi kenduri Shila kat Pahang.

Dan InsyaAllah, bulan depan akan kembali ke UK. Ada rezeki aku untuk attend graduasi yang mana kat Durham diorang panggil congregation istilahnya, dan bukannya convocation. Sama ja lah.

Kali ni parents aku tak pergi sebab aku takde duit plus konvo kat UK ni taklah semeriah mana. Dah pun bercadang untuk berjalan-jalan lagi di UK kelak. Alhamdulillah, ni rezeki aku lah. Kesian kat anak-anak menakan sebab diorang tulis kat wall kata nak ikut.

Hari tu jumpa diorang, aku sempatlah memberi ceramah, nasihat dan peringatan berkenaan jalan-jalan ni. Kata aku, aku dulu pun ada peluang berjalan time dah umur 20 lebih dah. Diorang, baru berapa tahun dah terbang dah pergi negara lain (hari tu diorang pergi Vietnam, aku dengki sebab takleh ikut sebab cabut gigi bongsu itu hari)).

Ish, tapi itulah. Bila dah makin tua ni, mula nak memberi nasihat itu ini. Padahal aku sendiri pun patut kena nasihat diri sendiri agar menyimpan duit untuk beli rumah. Ahem, bila harga kereta nak turun ni?

Regardless, life is good. Selepas 4-5 tahun tak dapat tidur malam serta dapat sindrom nervous breakdown, akhirnya dapat juga menikmati hidup ini sambil terbang-terbang ke sana sini.

Well…

Sekarang ni sudah mula diapproached oleh students untuk jadi supervisor.

Diorang ni.. nih mesti approach aku sebab menjangkakan aku akan jadi supervisor yang baik kan? Sebab ramai lagi pensyarah lain yang lagi experienced dalam bidang diorang sebenarnya. Aku ni tak sampai setahun pun lagi kat sini. Takpelah, nanti kalau diorang deal dengan aku time aku belum makan lagi, baru diorang tahu kot aku ni macam mana sebenarnya :P

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *