Buku

Buku Belum Aku Temu dah Jemari Seni hantar dua tiga hari lepas.

Adalah beberapa copies yang diorang hantar untuk penulis :D
Oh, esok kena bawak gi rumah kak aku, nak bagi dia satu.

Surreal gak memegang buku sendiri.

Tengok muka depan. Baca nama sendiri. Tengok muka belakang. Tengok muka tengah. Tak sempat lagi nak baca sebab kesibukan semester 2. Mana taknya, hari Rabu kelas aku 11 pagi – 1 tengah hari, pastu sambung pulak 5.15 – 7.00 petang dengan meeting dengan student di tengah-tengahnya.

Gambar di atas diambil dari FB Jemari Seni. Gosip betul petikan di atas. Kadang-kadang aku rasa, padanlah student-student layan aku macam kawan-kawan ja (which is a good thing btw). Ni kalau diorang baca novel ni, lagi la…

Macam tadi dalam kelas, sebab kelas 3D, so adalah sorang student ni buat model burung. So, aku tanya, ‘boleh terbang tak?’ which is a legitimate question sebab kalau dah dia animate, memanglah nampak terbang kan.

‘Tengok saya bagi dia terbang, krrr…. krrrr….’ sambil disambut gelak tawa satu kelas.

:D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *