Bumi Kenyalang

Sempat pergi ke Sarawak itu hari.

Join kak aku dan family dia punya trip.

Start dari Kuching, ke Sibu dan Bintulu, pastu drive balik ke Kuching. Sangat penat!

Mahal betul makanan kat sana.

Yang best ialah

Kek lapis Sarawak

Sebab kat kedai tu boleh sampel. Jadi bolehlah try try sebelum membeli. In the end aku beli la 2 ketul. Untuk makanan sendiri sahaja (statement nih, sebab keberatan nak share untuk orang lain).

Kampung Budaya Sarawak

Yang ni best. Sebab diorang ada rumah-rumah dari kaum-kaum yang berbeza. Besar dan tinggi pulak tu. Harga ja mahal. RM60 sekali masuk per kepala. Kecuali lah kalau orang Sarawak. RM25. Bebudak pun RM30. Anak menakan aku sorang tu lahir kat Sarawak, so dia dapat la harga RM25.

Tu gambar anak menakan aku yang lahir kat Sarawak tengah cuba menyumpit. Gambar sendiri pun ada tapi disebabkan pose tak nampak elok, jadi tak boh sini. RM1 untuk 3 kali sumpit. Okay la kan?

Anyway, yang aku enjoy pergi Kuching sebab dapat jumpa kawan-kawan time USM dulu setelah sekian lama tak jumpa. Jumpa balik Firdaus dan Zali dan sempat melepak makan mi goreng depan waterfront pukul 1 pagi. Ala-ala layan Khalil pulak (tapi Khalil takdelah view sungai kan?). Sempat juga jumpa Zakia dan Bob (ni semua ni bebudak debat dulu) dan anak diorang. Yang bestnya sebab tak dirancang dan tetiba jumpa depan kedai kek lapis. Ala-ala kek lapis menjadi penyatuan ukhwah. Kan?

Well…. sometimes it’s not about the place, it’s about the people… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *