Bubblebeam

Gambar: Lepak padang kota Jumaat malam tempoh hari.

Abang aku dan family dia datang rumah sewa aku Jumaat lepas. Petang tu sempatlah berenang-renang di kolam renang di bawah (ada kolam renang kat bawah tu. Hehe), dan malam tu saja pergi jalan ke Padang Kota. Nice gak. Ramai-ramai orang melepak, ada jual pistol buih tu, terus aku beli sebab macam best. Plus, guna kamera DSLR aku ni, kalau tangkap gambar ada lampu-lampu macam tu, nampak smart.

Semalam kat rumah parents aku, buat kenduri doa selamat sikit. Sempena habis mengaji kat Durham. Disebabkan aku dok nak perabih tulis nota, aku upah anak menakan aku yang perempuan tu untuk taipkan. So, dah lega sikit lah. Tapi tak siap lagi nak upload. Sebenarnya, ada ja nota lelama dan boleh ja pun nak scan, upload dan suruh diorang print. Tapi, macam tak kemas la pulak. So, aku taip semula. Bila taip semula, ambil masa la sikit. Minggu ni ada satu kuliah ja memandangkan kuliah dekat bangunan G03, iaitu bangunan dewan kuliah tak dapat dijalankan disebabkan ada konvo.

Anyway… ni nak sambung tulis nota.

Dua puluh lapan

Khamis lepas, birthday aku. Tapi lambat gila nak update blog sebab instead of disambut dengan gilang-gemilang, aku terjebak dalam kemalangan.

Adalah. Rasa sedikit malas hendak bercerita secara terperinci di sini. Kalau jumpa aku, boleh tanya lebih lanjut. Tapi aku takde sebarang kecederaan. Pihak yang terlibat tercedera. So, awal hari Khamis tu, memula gi taklimat pelajar Masters baru kat dewan kuliah, lepas tu gi perbaharu lesen sebab lesen kereta kan habis time birthday, dan later, gi jumpa tuan rumah. Lewat malam sikit gi buat report polis atas kemalangan.

So it was actually a day full of stories, but.. well.. mak dan ayah aku pun baru aku beritahu semalam lepas balik sini (sini as in my parent’s house).

Sebaik sahaja aku bercerita fasal accident tu, ayah aku masuk bilik dia dan bawa keluar diari dia. Dia tunjukkan catatan yang di buat dalam jawi.

Dia bagitau yang dia jarang-jarang mimpi, jadi bila dia bangun dari tidur, pagi Khamis tu, dia terus catat sebab dia rasa macam pelik sikit mimpinya. Dia bacalah kembali apa yang dia catat.

Fasal dia mimpi ada kamus Arab ni yang terbakar atau dibakar (ini ayat ayah aku sendiri). Tapi kemudian kamus tu dicampakkan ke dalam air dan diselamatkan, masih boleh dibaca.

Aku terkedu ja bila ayah aku baca. I guess I didn’t know what to make out of that. Cuma bersyukur yang takde apa-apa yang teruk terkena pada aku.

P.S: Kek dari Mahadi, Elly dan Bushra :)