Category Archives: Day to Day

Baru habis baca

Published by:

2 pagi.

Tadi lepas Maghrib terus aku tido. Penat sangat sebab buat workshop seharian hari ni.

Pastu terjaga. Rasa lapar.

Pergi basuh baju lepas tu capai buku sendiri.

Hari tu Najla, anak menakan aku found it weird sebab aku gelak sambil baca BAT.

“Pak Tam gelak baca buku sendiri,” katanya. Ha ah, memang macam syok sendiri kan.

So tadi aku habiskan baca 100 muka terakhir. First time kot baca cerita tu in entirety. Waktu proses editing hari tu, jump sana sini so tak dapat nak keep track of the emotion.

And I feel rather melancholic  after finishing the book.

Reminded me of those time I spent in UK.

Making me wonder if I would ever be able to write in that similar way again…

Buku

Published by:

Buku Belum Aku Temu dah Jemari Seni hantar dua tiga hari lepas.

Adalah beberapa copies yang diorang hantar untuk penulis :D
Oh, esok kena bawak gi rumah kak aku, nak bagi dia satu.

Surreal gak memegang buku sendiri.

Tengok muka depan. Baca nama sendiri. Tengok muka belakang. Tengok muka tengah. Tak sempat lagi nak baca sebab kesibukan semester 2. Mana taknya, hari Rabu kelas aku 11 pagi – 1 tengah hari, pastu sambung pulak 5.15 – 7.00 petang dengan meeting dengan student di tengah-tengahnya.

Gambar di atas diambil dari FB Jemari Seni. Gosip betul petikan di atas. Kadang-kadang aku rasa, padanlah student-student layan aku macam kawan-kawan ja (which is a good thing btw). Ni kalau diorang baca novel ni, lagi la…

Macam tadi dalam kelas, sebab kelas 3D, so adalah sorang student ni buat model burung. So, aku tanya, ‘boleh terbang tak?’ which is a legitimate question sebab kalau dah dia animate, memanglah nampak terbang kan.

‘Tengok saya bagi dia terbang, krrr…. krrrr….’ sambil disambut gelak tawa satu kelas.

:D

Bulan Tiga Ini

Published by:

10482250_10152536894361920_2706454553474473350_o

Wah wah.

Student pun dok pakat share kat Facebook diorang sebab Jemari Seni dah advertise dah.

Excited gak sebab first book. Malu pun ada sebab dah la genre cintan cintun.

Yang blurb atas tu aku tulis, tapi dah diedit sikit lah. Yang dalam kotak ‘..pensyarah muda yang tulus dan realisitik…’ tu memang bukan aku tulis lah. Siap bagitau pensyarah pulak tuh~~

I’m keen to hear the reaction. Ya lah, ni baru cover kan? Content tak tahu macam mana lagi.

Lama kot tulis cerita ni.

Teringat lah dalam post blog aku tahun 2008, mula plan untuk tulis something. Lepas tu  akhir tahun tu la aku start menulis. Kat Durham best menulis sebab sana selalu food deprivation (sebab malas nak masak) dan tertekan tu biasalah dek kerana belajar kan. So bila tengah-tengah mood melankolik, seronok menulis.

Aku bagitau Mahadi semalam. Balik kat sini nak tulis apa pun tak jadi sebab, Alhamdulillah, I’m happy.

It’s a bless in disguise, kata si Mahadi.

Yang mana satu? Happy tapi takleh menulis ataupun menulis di kala tertekan.

Dua-dualah, balas Mahadi.

So entahlah. Entah ini buku sulung dan terakhir ataupun lepas ni ada lagi buku lain untuk mengejar populariti murahan, yang tu aku pun tak tau.

Sekali next time keluar, ialah buku Matematik… terus nanges fans kan? Hehe

Melankoli

Published by:

Dah lama tak rasa melankoli macam ni.

Dulu waktu kat Durham selalu.

Itu sebab selalu tulis blog.s
Itu sebab selalu tulis lagu.
Itu sebab dapat tulis novel.

Sebab bila hati rasa melankoli, salah satu cara yang aku lepaskan ialah dengan menulis. Ataupun so-called berkarya.

Kawan aku dari Kanada baru ja balik for good. So rasa sedih.

Dulu pun rasa macam ni.

Time habis Masters. Bila Tahir dan Chris hantar aku ke airport. Tatkala kapal terbang berangkat dari Heathrow Airport. Sedih.
Sebab tak tahu bila lagi nak jumpa.
Sebab tahu kalau jumpa pun, dah tak akan sama.

Juga time matriks.
Malam terakhir kat matriks.
Sangat melankolik.

Juga bila Zeah balik ke Brunei lepas dia abis study kat Durham.
Sedih.
Sebab there’s no way back.

Aku balik rumah mak weekend hari tu.

Tengok AJL dengan dia.

Bukanlah sebab semangat sangat nak tengok AJL. Lagi pudar semangat bila iklan QuPuteh tu tak habis-habis.

Tapi sebab saja nak teman mak.

Cadangnya nak gi gym malam tu. Tapi tak jadi sebab nak teman mak aku.

Petang semalam kawan Canada aku datang amik kunci kat ofis. Somber.

Pastu aku gi makan kat Campus Cafe, diorang mainkan lagu-lagu sedih plak. Bertambah lagi la melankolik.

Takpelah.

I’ve made friend for life.

Lepas ni boleh gi Kanada pulak. Dok asyik gi Europe ja…

Tahun Baru

Published by:

Tup tup dah tahun baru.

Seperti biasa, takde resolusi. Tak perlu. Sebab nanti kalau tak buat, tertekan.

2014 had been treating me well.

Well, taklah jugak sebenarnya.

Apply geran dan pembiayaan untuk projek komuniti dan juga pembiayaan untuk konferens  – kena reject. 3 kali jugak tuh.

But on the brighter side, I’ve got travel to US, dapat geran penyelidikan dan ada lah lagi rezeki-rezeki lain. Oh and yes, I’ve finally got my own house last year! My greatest achievement for the house is getting 2 sided fridge. Boleh buka ikut belah kanan dan belah kiri – pintu peti ais itu.

Tapi maintenance rumah sangat mahal. Habis duit gaji untuk beli barang-barang keperluan rumah. Tak dapat guna duit untuk tujuan melancong. (nangis)

 

So yeah, happy new year :)

Another trip

Published by:

Esok pergi Singapore for a workshop. YSEALI punya workshop, anjuran Department of State, U.S.

Hehe, rezeki lebih sikit untuk berjalan-jalan di bawah tajaan U.S.

Tapi tak pack lagi. Dah pukul 12 tengah malam ni.

Tak sedap badan. Couple of days dah.

Tapi hari ni memang tak larat. Dah masuk office dan prepare untuk kelas pagi tadi. Tapi lepas tu rasa sangat tak larat. Cancel kelas dan pergi jumpa Dr.

Doktor tanya nak M.C. tak.

Cakap tak sebab bukannya nak guna pun since esok nak pergi Singapore kan.

Serius bila tak sihat ni, mood jalan-jalan takdak. Rasa nak baring-baring atas katil sambil tengok cerita saja.