Category Archives: Day to Day

‘Karya’ Lama

Published by:

Siapa yang pernah masuk office aku boleh perasan lah benda ni kat dinding. One of my habit is to keep my travel tickets, or event tickets or some cards as memento. Tu sebab bila aku travel, aku jarang beli fridge magnet. Maybe coz that’s ordinary enough? Everybody is doing it. Postcards too. But people rarely keep tickets.

And I suppose I like to keep stuff which seems to have significance to my life. Tu sebab bilik selalu semak (that’s an excuse, of course)

But while I was looking for a piece of paper, I found this.

How long have you been following me to recognise this ‘karya lama’ of mine?

Hehe

Make Believe

Published by:

Last few weeks is a big roller coaster. That’s honest.

I’ve lost few important people from my life. I gain new friendships and met new amazing people. So pretty much put me in a high and low.

My Pak Ndak passed away few weeks ago. I’ve cried on the way going back to Merbok. Then a week after that, Rosmin’s dad passed away. I attended the funeral and still it reminded me of Pak Ndak. Last week mom called me right after I finished Asar prayers at USM mosque. Wa (mak long) passed away. I couldn’t hold my tears but I manage to run back to my office, close the door, and cried it out while I was sitting down on the floor (well, I’ve gotta make it sounds dramatic, right?)

In the meantime, as it was semester break, I manage to do another HoP project with SMK Labu Besar. This time we went a bit crazy and do few different rounds. We did the selection for crewmember, and then audition for the participants, and then the real HoP and just few days ago, we did the aftermath show, which is the participants of HoP performing for the whole school.

It was great. Was reunited with my friends Rosmin, Mahadi and Kak Khalidah together with the alumni which had been crazy bout this stuff as well.

And after it all over, I’ve met new faces which definitely leave marks in my heart. They come with different stories and usually inspire me to be better. Missing them a lot, oh well..

There you go, faces of HoP 4, my 10th year doing this with SMKLB. Definitely worth it.

 

Gula

Published by:

Entri ini didedikasikan buat Mahir, sebab request entri yang drama.

Sebenarnya ada ja drama-drama yang berlaku di sekeliling. Tapi kena tapis-tapis sebab student dok usha blog ni.

Maka setelah ditapis-tapis, cerita inilah. Maaf la Mahir sebab kualiti drama tidak begitu baik. Jiwa lebih tenang sejak balik dari Durham :P

Assignment

Kalau student menangis bila kena buat assignment, aku pun nak menangis jugaklah. Lama kot nak habis semak satu-satu assignment. Ni diorang nak exam lagi seminggu, baru nak habis check. Adapun beberapalah jeritan batin yang melanda diri ini ketika menyemak assignment.

1. Kenapa tak tulis guna pen?? Ini bukan zaman sekolah rendah.

2. Kenapa setakat ambil 2 titik perpuluhan?? Kalau setakat ambil satu titik perpuluhan, memang aku menangis sambil menyemak paper tu

3. Kenapa cover assignment dilukis bunga-bunga bagai?? Sedih… Sebenarnya aku dah bagitau diorang toksah letak cover page supaya mesra alam sikit. Haish

4. Kenapa lukis graf kompleks ambil 5-6 titik ja? Huhuhu.

Sekian jeritan batin.

 

Gula

Di ketika yang lain, adalah satu hari tu aku keluar makan kat Kapitan dengan kawan mat saleh aku. Maka berkomunikasilah aku dalam Bahasa Inggeris kan?

Sebab time tu busy, so kitorang duduk kat meja yang bercantum dengan meja sebelah. Ada lah 2-3 orang bebudak Melayu lelaki dan perempuan di situ. Aku order nan tandoori dan air teh kurang gula.

Tapi tahulah mamak kan, kalau kata kurang gula pun, banyak macam tu jugaklah.

So, aku mintak kat dia piring kosong, dan aku kautlah gula tu keluar.

Dan pada tika itu, bebudak yang dok sebelah aku tu bersuara sesama sendiri.

“Eh eh, dia bawa keluar gula tu la.”

“Kenapa ya?”

“Ko tanya la dia.”

Oleh kerana aku agak lampi pada tika itu, aku pun balas dengan sopan, “oh, ni manis sangat air ni, tu sebab buang gula.”

Dan tetiba diorang terus menunjukkan reaksi malu dan berbual dengan suara yang lebih perlahan.

Barulah aku tahu yang rupanya diorang mengutuk aku itu sebab diorang ingat aku tak tahu Bahasa Melayu. Tersentap (dan terus aku perasan yang muka ala-ala international, maybe jambang aku tu buat aku nampak macam pak arab ataupun bangla kot?) Hehe.

 

Lapar

Published by:

Sedikit lapar dan tiba-tiba terasa mahu menulis.

Lapar.

Mungkin itu sebabnya.

Waktu di UK dahulu, selalu sahaja lapar. Dan kombinasi lapar dan stress selalu buat aku mahu menulis.

Mungkin lapar ini…. boleh buat ilham itu datang?

Kerana kenyang selalu buat diri rasa malas.

Dan adakalanya aku berseloroh. Berseloroh skema. Kata aku, kalau mahu kurus, pergilah study. Memang kalau tengok rakan-rakan yang buat PhD, dari berisi, terus jadi kurus sekali.

Kerana ilham itu selalu datang bila terasa lapar.

Lapar, sunyi, gundah gulana…

Itu sebab sekarang jarang menulis. Selalu sahaja kenyang.

Aku baru sahaja botakkan kepala petang tadi. Tak adalah botak licin. Botak 1.

Kemudian selepas itu, aku terserempak dengan seorang pensyarah dari school aku juga. Dia tegur.

‘Eh, beli makan di mana?’┬ásebab dia nampak bungkusan makanan di tangan aku.

Aku balas, ‘depan tu’, sambil menuding jari ke deretan kedai Sg Dua.

Kemudian kami berlalu.

Aku tersenyum sendiri.

Langsung dia tidak tegur kepala yang hampir botak itu.

Selalu aku perhatikan.

Dalam dunia ini ada 2 macam manusia.

Satu yang mahu ambil berat tentang kita.

Satu lagi yang buat-buat ambil berat tapi sekadar mahu bergosipan.

Yang ambil berat mahu tahu tentang makan, kerana makanan itu boleh buat badan sihat atau sakit. Mahu tahu tentang aktiviti petang, kerana riadah itu satu bentuk ketenangan. Mahu tahu tentang ibu dan ayah. Kerana keluarga itu mampu beri kekuatan.

Yang sekadar mahu bergosipan pandang atas dari bawah dan bercakap tentang pakaian. Atau tanpa sebarang cerita, tiba-tiba bertanya tentang rumah dan kereta. Atau sibuk sahaja mahu tahu sama ada aku ini sudah berpunya. Kerana semua itu bersifat luaran, yang langsung tidak memberi ukuran ketenangan dan kedamaian jiwa insani, sekadar status manusia yang dipangkatkan. Ukuran kejayaan yang bersifat materi. Yang seronok dibualkan bersama teman sambil cicah roti canai dalam kuah kari.

Hehe.

P.S: Gambar kuda putih, amik time roadtrip ke Scotland zaman Master dulu

 

I don’t know about you…

Published by:

… but I’m feeling 18.

Hehehe.

At least 2 orang ingat aku pergi buat medical check up sebab amik data di atas.
Taklah. Ni pergi daftar kat gym baru so diorang buat benda alah ni.

Haruslah happy sekejap sebab biological age jauh lebih mudah daripada umur student.

Well… kalau diorang buat pun, entah biological age diorang dalam 14, 15 kan?

Regardless..

Berat 57kg lepas abis posa. Sob sob.

One thing you should know about me ~ I hate losing weight. More is better. Hari tu 61kg.

So sekarang sudah mula mahu work out balik bagi menambah jisim.

It has something to do with the culture, I should say. When I was in the UK for years, I rarely, and probably never got any remarks of me being skinny. It’s only in Malaysia that I will come across people and even some random people I am not close enough with, who will come and say, ‘oh, you looks so skinny’.

Well, I heard if you are a bit fat, you got that kind of remarks too. But well, that’s the thing, for our people – Muslim people, who are somewhat being told that something underneath are more important that layer of clothes and skin, unfortunately we’ve been judged by our physical appearance a bit more than we should.

Well, I’m probably wanting to gain weight for that kind of reason as well, but am also for bit of fitness.

Tambah lagi dengan kerja kat ofis yang memang semendang dalam aircond. So.. that’s a motivation too.

Anyway…

Gambar raya tahun ini.
Selamat Hari Raya semua!

Ramadhan

Published by:

Jalan kat Queensbay tadi nampak yang ini:-

Apa yang anda akan lakukan

1. Share gambar di atas. Kita perlu tunjukkan pada umum yang ada kedai-kedai yang tidak menjaga sensitiviti orang Islam di Malaysia. Kita boikot kedai ini dan ajak rakan-rakan lain boikot.

2. Tidak buat apa-apa.

 

Waktu belajar kat UK dulu, selalunya benda-benda yang aku notice fasal Malaysia ialah benda-benda yang orang share kat Facebook. Jarang-jarang sekali aku baca berita sebab aku memang malas baca berita. Sampaikan ada satu kali tu, aku call mak aku, dia kata berita cakap yang banjir kat London. Time tu aku kat Brunel, pinggir bandar London. Aku serius tak tahu. Bila aku cari berita, rupanya kat bandar mana ntah yang sebenarnya bukan lah London pun. Macam kalau kata banjir kat KL, padahal banjir sebenar berlaku kat Nilai. So, mampuslah orang KL tak mengaku kan.

Anyway… benda-benda lain yang aku selalu tengok orang Malaysia share ialah hal-hal panas. Sama ada makanan ni tak halal, ataupun apa-apa berita yang boleh dikaitkan sebagai agenda Yahudi. Hehe.

So, for the picture above, please don’t share it on your Facebook.

Aku fikir mudah saja, kedai ni sebenarnya nak wish orang Islam ‘selamat Ramadhan’. Jadi dia suruh la pekerja dia gantung kat cermin depan. Tapi dia terlupa yang fesyen-fesyen yang seksi di atas tu memang tak kena dengan budaya Islam. Itu saja.

Ataupun, di bulan-bulan Ramadhan ini, boleh saja para isteri mahu membeli baju tersebut untuk tatapan suami tercinta. Pun boleh kan?

Kalau benar ada sesiapa yang rasa it’s a bit offensive, go to the shop itself (carilah kat Queensbay tu) dan cakap dengan manager dengan baik. Aku rasa dia akan faham.

Marilah bersama-sama tidak menyalakan api permusuhan sesama kita.

Ini tak. Tak suka tengok video budak kecik berjiwang-jiwang lepas seminggu bercinta, pakat-pakat pi share pulak dengan caption ‘apa nak jadilah dengan budak-budak sekarang’. Share gambar makanan lagi baik :D

 

… Oh, tak berapa baik gak sebab time bebulan puasa ni kan? Kesian orang yang berpuasa tengok gambar makanan kita :D