Category Archives: Day to Day

Akhir

Published by:

2 pagi tapi tak tido lagi. Tambah lagi bila letih, lagi susah nak tido. Tadi kelas terakhir untuk semester ni. Dan paper yang aku ajar takde exam, so takyah mark exam. Yeay!

Oops, apa ingat student ja happy bila takde exam. Pensyarah pun turut happy tau.

Tapi seriously semester ni sangat penat. Walaupun kuliah hari Selasa 3 jam ja, tapi untuk preparation, memang banyak masa diperlukan. But regardless, it was fun.

And less than a month, akan pergi ke UK.

“Bila balik UK?” Shila tanya aku tadi waktu dia call. In my head, like.. balik? Pergi lah.

But yeah, I’m really looking forward to go back to Durham. There’s a lot of nice memories had been made over there.

A close friend of mine went like ‘I envy you, seems like you are sorted and you look happy’. Well yeah, tapi orang putih kata, I’ve paid my due (although I feel like there’s still more to come – the hardship).

Salah sorang budak kelas aku tadi kata, dia tak tido malam sebab buat assignment.

Well, I should be more emphatic, tapi aku lebih kejam so aku reply,

“yeah, that supposed to happen. When I did my Masters (and then PhD), I didn’t sleep for like 5 years”.

Well…

Semalam jadi hakim untuk debat S P R M (diselangkan supaya kalau orang google perkataan tersebut, taklah ter-masuk dalam page tak profesional ini), waktu diorang nak kasi cenderamata, yang pengacara majlis tu panggil aku ‘encik’. Sekali penonton dari kalangan bebudak USM la jugak, pakat-pakat jerit ‘doktor’.

Aku macam…. haiyoh… ada pengarah S P R M Penang tu…

But anyway, kalau dipanggil encik pun, takpa.

Kalau tak diberi cenderamata pun takpa.

Oh, tapi kalau beri honorarium takpe sebab boleh guna untuk makan KFC. Keke.

But regardless, lepas ni aku nak demand untuk apa-apa event yang aku datang, cenderamata, kalau hendak diberi, perlulah dalam bentuk makanan. Satu, diorang boleh jimat bajet. Secondly aku pun boleh jimat bajet jugak untuk kunyah-kunyah. Oh, tak pun Donut JCO! Sekarang ni, asal pergi Queensbay, beli donut JCO. Coco Loco tu aku suka. Dengan Tira Miss U. Best yang tu.

Semalam beli 3, ada lagi 2 ketul kat dalam peti ais.

Boleh buat supper sebelum tido :P

Good night (pada sesapa yang baca time-time nih)

P.S: Orang-orang Brunei selalu guna ‘akhir’ untuk maksudkan ‘lewat’ :)

Berjalanlah

Published by:

‘Dr ni asyik berjalan jer,’ kata student Masters aku.

Honestly, yes. Rasanya duit gaji aku dihabiskan dengan berjalan-jalan sahaja selain membayar sewa rumah dan bil telefon. Cuti pun dah banyak ambil sebab duk berjalan-jalan. Perasan tak yang dalam video baru tu, yang aku atas bot tu? Yang tu kat Brunei 2-3 bulan lepas. Pergi kenduri Arni. Tapi tak sempat pun nak cerita kat blog sebab lepas habis tu, pergi berjalan ke mana ntah pulak. Oh, pi kenduri Shila kat Pahang.

Dan InsyaAllah, bulan depan akan kembali ke UK. Ada rezeki aku untuk attend graduasi yang mana kat Durham diorang panggil congregation istilahnya, dan bukannya convocation. Sama ja lah.

Kali ni parents aku tak pergi sebab aku takde duit plus konvo kat UK ni taklah semeriah mana. Dah pun bercadang untuk berjalan-jalan lagi di UK kelak. Alhamdulillah, ni rezeki aku lah. Kesian kat anak-anak menakan sebab diorang tulis kat wall kata nak ikut.

Hari tu jumpa diorang, aku sempatlah memberi ceramah, nasihat dan peringatan berkenaan jalan-jalan ni. Kata aku, aku dulu pun ada peluang berjalan time dah umur 20 lebih dah. Diorang, baru berapa tahun dah terbang dah pergi negara lain (hari tu diorang pergi Vietnam, aku dengki sebab takleh ikut sebab cabut gigi bongsu itu hari)).

Ish, tapi itulah. Bila dah makin tua ni, mula nak memberi nasihat itu ini. Padahal aku sendiri pun patut kena nasihat diri sendiri agar menyimpan duit untuk beli rumah. Ahem, bila harga kereta nak turun ni?

Regardless, life is good. Selepas 4-5 tahun tak dapat tidur malam serta dapat sindrom nervous breakdown, akhirnya dapat juga menikmati hidup ini sambil terbang-terbang ke sana sini.

Well…

Sekarang ni sudah mula diapproached oleh students untuk jadi supervisor.

Diorang ni.. nih mesti approach aku sebab menjangkakan aku akan jadi supervisor yang baik kan? Sebab ramai lagi pensyarah lain yang lagi experienced dalam bidang diorang sebenarnya. Aku ni tak sampai setahun pun lagi kat sini. Takpelah, nanti kalau diorang deal dengan aku time aku belum makan lagi, baru diorang tahu kot aku ni macam mana sebenarnya :P

 

Sharing

Published by:

Baru balik dari sesi perkongsian pengalaman di DK G, bersama Mahadi.

Sebenarnya aku sendiri pun confused, disebabkan kitorang takdelah define lelebih kat students yang nak berkongsi fasal apa. Misalnya, boleh ja kalau tetiba kitorang kongsi, bagaimanakah hendak berbackpacking dengan jimat di Eropah.

Tapi ramai gak student yang datang. So, Alhamdulillah.

Aku rasa sesi ni lebih kepada benda-benda yang aku dan Mahadi selalu sembang. Sembang fasal assignment student, fasal exam, dan rugi juga kalau keluhan tu, setakat aku dengan Mahadi ja yang tahu. Biar student ni datang, dan diorang boleh dengar sendiri.

I think it went well. Aku dah cakap kat Ros, MPP Maths dan Mahadi sendiri, suruh jadikan sesi ni sebagai sesi santai.

Hasilnya, aku bersembang dengan Mahadi, aku bahasakan diri ‘hang-aku’, dengan students, aku sebut ‘korang-saya’. Korang tu..

Dan harapnya bagi yang kurang motivasi sebelum ni, dapat la tumbuhkan sedikit motivasi.

I was thinking ~ hm… Mahadi and I did make a good team. Sebabnya aku tak pernah kot duduk depan dengan Mahadi dan buat sesi macam tu.

Eh, actually waktu Tahun 2, ada persatuan mana ntah jemput aku dan Mahadi untuk kongsi tips belajar jugak.

Tapi waktu tu, sesi formal lah.

Anyway…

Had a good time. Kalau ada peluang, kitorang buat lagi, dan kitorang cuba improve lah apa-apa yang patut :)

P.S: Sangat appreciate diorang datang sebab benda ni takde pun unit CSD ke apa benda ntah diorang panggil, setakat buat suka-suka ja.

Where you at?

Published by:

Sepuluh minit lagi ada meeting dengan student. Saja terasa nak berblog sikit.

Aku sekarang ni memang pergi gym kat Queensbay. Hari tu gi yang USM punya tapi ramai gila orang plus disebabkan sedikit mengada-ngada sebab gym USM takde aircond, so carilah yang ada aircond punya walaupun kena bayar sikit.

Diorang ada buat kelas-kelas juga dekat gym tu. Tapi tak pernah pun aku join sehingga lah semalam. Kelas ‘hip hop’ pukul 8.10 sampai 9.10.

Hip hop katanya kan…

Dulu time kat Durham, aku pernah try Street. Tapi namanya street, style dia entah apa ntah, tak berapa street pun. Kiranya kalau tengok movie Step Up, taklah terasa sangat pun macam belajar yang tuh.

So semalam, hip hop, instructor dia guna lagu korea. Lagu Tae Yang – Where You At. Susah kot! Dah la aku ni jenis tak berapa reti hafal step.

But it was a nice class overall. Tambah lagi ada cermin kat depan (kat Durham dulu diorang buat dalam hall, so takde cermin, dah tu ka pakai bantai buat ja).

Minggu depan boleh pergi lagi nih.

:P

Game

Published by:

12.26am. Baru ja sampai balik dari Kulim.

Tadi pergi jumpa Rosmin untuk uruskan perihal pembayaran konferens bulan 6 ni. Kira jadi lah nak pergi London bulan 6 ni, dan attend konvo. InsyaAllah.

Dekat pejabat Rosmin tadi, tetiba Syaq, budak HoP/Labu Besar mesej. Dia on the way balik ke Kulim. So sempatlah aku, Rosmin dengan Syaq pergi lepak kat D’King dekat Kulim, yang mana Cikgu Labu Besar juga yang usahakan kat situ. Sesambil tu, Yied, budak HoP jugak, turut bekerja kat situ. Jadilah gathering orang-orang HoP kat situ sekejap.

Yang bestnya, kitorang dengan tak malunya main UNO kat restoran. Tak kisah pun orang-orang lain yang makan. Sempat lagi kemudiannya main Star Board, game board yang aku buat waktu zaman Durham dulu. So, overall, it was a fun night!

Weekend ni aku akan ke Langkawi lagi. Ada kem Maths dekat sekolah kat Langkawi. Berjalan lagi! :P

Hari Keenam

Published by:

Hari keenam setelah cabut gigi bongsu. Makanan masih lagi restricted kepada benda-benda yang tak boleh dikunyah.

See, that’s the tough part about doing it here. Back then when I was in Durham, it was terrible, and I had eaten mushroom soup and bread only, for about 2 weeks. But that’s basically it anyway. Here, I go out of my room, and stumbling across all this delicious food in the kitchen and it’s killing me.

Nampak nasi lemak, teringin. Nampak udang masak pedas teringin. Semalam, aku makan jugak udang masak pedas tu. Kute (coo-tay) isi tu halus-halus dan suap dengan roti yang dah dipenyek-penyek. Takde kunyah, terus telan.

Jumaat dah pergi kerja pun sebab MC 3 hari saja. Dan esok kerja juga. And do you know what my job is? Lecturer, yes! And it require me to talk and I am in such a poor decision to do that. Technically, kelas hanya pada hari Selasa sahaja dan disebabkan aku ajar bebudak Masters sem ni, maka 3 jam straight. Tapi, banyaknya benda-benda lain dalam bidang skop kerja lecturer ni yang memerlukan percakapan. Jumpa student yang tanya soalan, bincang dengan bebudak Masters yang buat dissertation, meeting yang melibatkan research, meeting yang melibatkan projek bebudak, meeting dengan staf. Semua itu perlu aku membuka rahang mulut aku yang tak berapa nak boleh buka luas ini.

Sounds like a complaint, but I am not. It’s more like a realisation. As in I thought a lot of time I will be doing the talking as a lecturer is when I’m giving lecture. But it’s not, apparently.

Cumanya, aku ni memang suka bercakap. Pergi makan dengan Mahadi lepas Jumaat semalam. Tetiba tersedar senyap saja kitorang berdua kat meja makan tu.

‘Awat senyap ja. Hang la kena cakap sebab aku tak berapa boleh cakap,’ aku kata.

‘Aku nak cakap, tapi dah aku pikiaq hang tak boleh balas, so takyah cakap la,’ jawab Mahadi selamba.

‘Mana boleh lagu tu!’

So, in the end, I talk. Coz that’s just me. And come to think of it, no wonder I usually find side-kick who do more listening than talking – Mahadi, Hafidz waktu kat Durham dulu.

Anyway…