Category Archives: Day to Day

Are you Malaysian?

Published by:

Berkurun baru nak tulis. Sebenarnya banyak benda yang berlaku, tapi iyalah, kalau perihal kerja takleh nak royan lebih-lebih kat blog. Kalau perihal orang-orang dikenali pun tak boleh juga nanti orang-orang tersebut atau kawan orang-orang tersebut baca. Cuma boleh lah kalau nak ceritakan perihal minggu lepas.

Duduk-duduk di office, tetiba ada salesgirl ketuk pintu.

Aku suruh dia masuk.

Dia masuk.

Ayat pertama dia kata ialah ‘Are you Malaysian?’

Sentap.

Bolehkah macam tu?

Juga, dua tiga hari lepas. Berjalan dengan kawan mat saleh aku nak beli kasut. Dia tanya ‘how much is this?’ dekat salesgirl ni. Nampak macam dia tak faham (atau tak tangkap slang kawan aku). Aku sebut lah ‘berapa?’ tapi dia tak dengar gamaknya. Salesgirl ni lari pergi panggil bos dia. Bila bos dia datang, aku tanya la sekali lagi, ‘berapa harga?’

‘Oooh! Ingatkan you pun cakap English’

Sentap kali kedua.

Apakah? Adakah aku dianggap pak arab?? {sambil mengusap-usap goatie ataupun jambang yang sudah 3-4 hari tak shave}

HoP 3: The Aftermath

Published by:

Sedang dalam hotel di ibu kota. Ada konferens kat sini bermula esok. Sambil perlahan-lahan menghirup teh Prince of Wales Tea yang tadi sempat jumpa kat Empire shopping complex, entah kat mana ntah, Puteri bawak tadi. Kat UK tak pernah pulak jumpak, alih-alih kat sini ada.

Sambil-sambil juga melihat gambar-gambar HoP yang baru habis. HoP Withdrawal Effect, aku panggil. Biasalah, bila baru habis kem-kem macam ni, mulalah rasa sunyi sebab dah biasa tiap-tiap malam hang out dengan bebudak tu.

This year, the programme went well. Alhamdulillah.

By the way, what’s the program is about? Just for the reader to know, I suppose. HoP ni Kem Bahasa Inggeris. Macam kem BI biasa; ada elemen lakonan, persembahan etc. Cuma yang bezanya, kitorang buat sistem penyingkiran macam rancangan realiti tv tu. Jadi, lepas beberapa pusingan tertentu, satu demi satu team akan disingkirkan.

Somehow, this motivates them to the max. A lot of tears came along, but a lot of growth happened at the same time. And I’m just a man who was proud to see them blossoming in just a few days.

Semalam, aku baru ada kesempatan nak sembang dengan anak menakan aku, Unik. Sebab time program, aku tak sembang banyak sangat dengan dia. Sibuk, plus aku layan dia macam peserta lain. Group dia tersingkir agak awal. So aku tanya lah dia sama ada dia sedih ke tak. Dia kata sedih. ‘Unik nangis tak?’ Dia mengangguk. Kesian pulak dengar dia cakap macam tu. But he came home and he was determined more than ever. Nak buat lebih baik tahun depan, he said.

HoP is a huge passion of mine. Especially as the target group is for the student from rural area, where English isn’t something in their norm. It keep reminding me of who I used to be and where I was at.  My roots. I suppose I need that kind of reminder especially as I am rather complacent of where I am now.

But yada yada, I need to sleep as tomorrow I was appointed to be the chairperson in one of the session.

Nite~

Preparation

Published by:

Demam weekend baru ni. Pastu diikuti dengan selsema. Dan hari ni start batuk pulak.

Tapi, dek kerana projek hujung minggu ni, kerja towards it agak non-stop. Semalam keluar ke Kulim dengan bebudak AJK tertinggi yang aku panggil exec. Memula Rosmin cakap hari tu AJK Tertinggi ni equivalent to executive committee, yakni exco. In my head, I was like, oh, itu ke ‘exco’. Duk selalu dengar tapi tak faham pun tu singkatan untuk apa.

Terus teringat zezaman di Durham (cue: awan-awan kelam sambil salji-salji yang berguguran). Waktu tu, bila aku join persatuan ini dan itu, diorang memang selalu refer geng-geng pengurusan ni (presiden, setiausaha etc) sebagai ‘exec’. Oleh kerana itu, demi mengingati Durham yang dirindui, bebudak crew aku yang pangkat tinggi sikit, aku panggil exec.

Well, Durham is one thing. Tak jadi pergi konvo hari tu sebab  takde duit. Defer ke bulan 6 sebab konvo dia boleh defer, dan ada time musim panas. Macam lebih best lah. Dan maybe sempat menyimpan duit menjelang bulan 6.
Tengoklah macam mana. Aku dah cakap kat parents aku, kalau ada duit pergi. Kalau takde, tak pergi pun takpa. Ni pun saja nak pergi balik sebab baru ja tinggal Durham dalam kurang setahun. Nanti bila dah 2-3 tahun kat sini, dah tak terasa dah nak pergi.

But I don’t know. I did make quite a lot of friends over there. Hari tu bagitau kat Pierre (budak Perancis) yang aku nak pergi, dia kata kot-kot dia ter’ada’ kat UK gak time tu, boleh lah jumpa. Dan kalau pergi lagi kena jumpa Tahir dan family. Kena bawak kuih kacang Mazola kat mak dia sebab mak dia suka kuih tu.

Ala..  nak taip lagi, tapi work’s calling. Ciao!

Forced Update

Published by:

Memaksa diri sendiri untuk update.

Sebenarnya ada projek lagu baru. Tapi dek kerana komitmen kerja dan projek lain, maka tak sempat nak duduk-duduk dalam mode seniman. Sebenarnya taklah sibuk sangat pun, tambah lagi student nak mula cuti sekarang ni. Kerja dalam amaun yang biasa. Cuma aku nak buat lagi projek HoP kat sekolah kak aku akhir bulan ni.

Which is totally fun. Program ni dah masuk tahun ketiga dah nih. Dapat biayaan dari USM dan Mahadi dan Elly akan turut serta.

HoP ni, kiranya kem Bahasa Inggeris. Tapi bukan kem BI yang setakat pergi lepak-lepak. Kitorang buat ada konsep penyingkiran. Maksudnya, kalau perform tak best, diorang tersingkir. May sounds scary for a secondary school program, but I think it’s one of the good way to kinda force them to try their best. So, selalunya adalah menangis-nangis bila tersingkir. Keke.

Anyway, walaupun this is a long shot, kalaulah ada antara korang ni cikgu-cikgu sekolah yang berminat untuk aku handle program yang sama untuk sekolah korang, bolehlah hubungi aku. Boleh aku bagi penerangan lebih lagi berkenaan projek ni. Janji, semua perkara berkaitan pencarian peserta, dana, lokasi (sebab kitorang buat kat kem, rather than kat sekolah) diuruskan oleh pihak guru tersebut ataupun sekolah.

Sounds good?

Hari tu Mahadi tanya gak kenapa dah lama tak update blog. Tapi itulah, aku biasanya kalau mood-mood happy macam ni, berat rasa nak menulis. Kalau tengah tertekan jiwa, baru la nak mencari blog.

 

Anyway… nak kena sambung buat kerja.

 

Scam

Published by:

Semalam, sehari selepas buka akaun Maybank, tetiba ada orang telefon. Katanya dari Maybank juga, yang nak bagitahu aku layak dapat Maybank Visa card apa benda ntah.

So, aku layan la dulu.

Until dia tanya soalan, untuk dapatkan kad tu, dia nak kena sync in dengan expiry date my current debit card. Terus aku snap.

Aku cakap, ‘saya tak bagi info macam tu melalui telefon’. Lepas tu, dia pun balas, katanya aku bolehlah ke bank untuk urusan kad tersebut, kalau aku nak.

Well, ini bercerita fasal scam lah. Banyak kes dah yang memang ada kan? Biasanya kalau dia minta detail macam nombor kad, expiry date,ha.. tu memang nak scam lah. Itu sebab aku discourage untuk orang letakkan tarikh lahir untuk paparan umum seperti di Facebook sebab tarikh lahir tu boleh digunapakai untuk pengesahan sekuriti bank. Anyway…

Yang aku peliknya, diorang ni tahu pula nama penuh aku bila call aku. Terus aku dengan Mahadi buat spekulasi yang sebenarnya ada orang dalam yang buat kerja itu semua.;

On a different story, semalam, aku dengan Mahadi pergi tengok Les Miserables kat Gurney.

Wah, cerita ni memang sangat muzikal, sampai nak mati pun sebab menyanyi dan mengharmonikan suara.

I think it’s a good movie, considering that I actually like some musical. Sebenarnya teringin nak tengok movie ni sebab curious. Poster Les Miserables ni kan memang selalu keluar dalam billboard kat New York dalam cerita Friends. So, nak tahu lah apa ceritanya.

Tapi, nak dijadikan cerita, waktu kitorang menonton, tetiba ada couple ini tidur ketika tayangan. Siap berdengkur lagi, sampaikan ada satu babak yang memang patutnya sunyi tapi dramatik, semua orang dalam panggung dapat dengar dengkur diorang ni dan beralih ke belakang untuk melihat. Sayangnya lagi 20 minit cerita ni nak habis, diorang pun bangun dan meninggalkan panggung, jadi kitorang reramai tak dapat nak tengok wajah-wajah yang tido dalam cerita itu.

Too bad..

End of a year

Published by:

31st December.

What a year. If I am recapping me, I could still remember that:-

-first few months, January of 2012, I was aiming to finish up my writing of my thesis by March. That was actually when my time is up. 4 years I was in Durham.

February, I joined the beginner street dance group performing for the Durham Uni dance show.

-Even joined a university tournament for Frisbee in March for the very first time (and final time, sadly). But March came up and I still needed some time to touch up my thesis here and there. That’s the thing about thesis writing, bit tricky to set a date and get it right on that time. Oh well, probably if I didn’t dance and play Frisbee through my January and February, I would get much work done. But I probably spent those time sitting in my room feeling miserable for not completing my thesis yet at the time, so no regret :P

-So I finally finished my writing in May and submitted it.

-End of May I was home and started working in USM. I was waiting for my viva to be scheduled. USM students was away for the summer break so basically there’s nothing much happening in USM.

– However, I did the camp with my pet school – SMK Labu Besar. So House of Pumpkin was done in July. And what do you know, they called me back for viva during month of Ramadhan which is late July and actually during Olympic time. So I went back til mid August. Once I said to myself, if I actually finished all of this (PhD study), the success is not because of me. It’s all from Him. And to this day, I believe that. And Alhamdulillah, I passed.

– So August is raya and all…

– … leading towards September where I gave my first lecture ever. Did it for 8 weeks until the second lecturer of the course took over.

– And just like that, it was November. In between that time, I’ve rejoined debate, went to a debate tournament as a judge, went for trips to Singapore and Thailand.

– and today it’s 31st December.

This year had been a roller-coaster one. As you just read up there, it’s drastically change month by month.

So yeah. I’m actually hoping for a much relaxing year ahead, one that I don’t have to worry much about a lot of different stuff, but well, if I’m old enough to realize – that’s not going to be the case.

So, whatever…

I wish you guys Happy New Year then.