Category Archives: Day to Day

Defer

Published by:

Memang kalau banding waktu time kat Durham, jarang-jarang aku update blog ni. Mahadi knows it too, bila jiwa tak kacau, kurang sikit menulis.

Plus these days, I’m probably a bit calculative every time I’m about to write something on here. Especially when recently, my conversation with two students who came to ask me a question went like, ‘Kamu baca kan blog saya?’. Confident nih soalan. And they admit they read it.

Anyway…

Semalam aku tension sikit sebab tetiba baru tahu yang Durham Uni tak update yang aku dah bayar hutang. Ada lah hari tu printing charge yang aku kena bayar. So, bulan 10 hari tu lagi aku dah bayar. Tup tup waktu nak tangguhkan waktu majlis graduasi, tetiba dia kata tak bayar lagi pula.

Pastu – birokrasi. Kena contact ini itu. Nasib baik hari tu Hasnol ada hantar gambar resit untuk aku forward kan balik pada diorang.

Oh ya, aku defer graduation session. Dia ada dua time, satu winter congregation bulan 1 ni, satu lagi pula summer, bulan 6 nanti. Dek kerana kekangan yang malas nak disebut kat sini, so tak dapatlah pergi bulan 1 ni. Makanya, nanti ada lah muka aku time exam nanti. Kalau tak, dah bercuti-cutian di Durham balik dah time tu.

But well, suddenly tadi aku ter-rindu Durham. Teringat time-time ini kat Durham dulu. Padahal ni time paling tak best kat UK tu. Dengan gelapnya, dengan pendeknya hari, dengan sejuknya.

Waktu akhir bulan 12, minggu dekat-dekat Krismas sampai tahun baru, time tu lah paling sunyi kat Durham, dan time tu lah yang aku selalu spend waktu sorang-sorang (sebab Hafidz dengan Hasnol selalu blah gi lawat family time-time tu).

And I can’t lie, being with people these days are rather annoying when they keep asking those cliche question. Well, by now, you should know about that question I was referring to. Tapi bagus juga. Bagi aku semangat untuk shoot video baru.

As seen in the picture above, yang tu screen capture dari video yang dirakam tiga hari lepas. Seperti biasa, memaksa Mahadi untuk merakam.

Well, bukanlah lagu baru pun. Aku buat balik lagu Sempurna tapi dalam versi Bahasa Inggeris.

Few people dah dengar demo version including Mahir, and Mahir seems to be very excited about it, which is a good sign sebab yang versi BM hari tu, dia tak excited sangat. It’s not gonna be Unik this time. We have decided that Unik need time to recover his voice sebab dia dah nak baligh. Suara dah makin serak.

Well, boleh nyanyi ja lagi pun. And it was fun the other day, hari tu on the way balik rumah parents, stop dinner dengan kak aku dan family dia kat SP. Lepas tu on the way nak balik, Unik, Najla dan Anan naik kereta aku. Lepas tu macam biasalah, aku pasang Hitz/Flyfm. Meriah kereta sebab kitorang nyanyi ramai-ramai.

Ni nanti besar sikit ni, boleh ajak gi roadtrip sesama nih.

Oh, talking about road trip, Isnin ni aku gi Tambun. Join rombongan sekolah kak aku, tapi drive asing lah. Aku gi dengan kawan aku dari Singapore. Roadtrip. Woohooo!

Well, woohoo lah kalau tak hujan. Asyik hujan kilat sabung menyabung ja lately…

Potong Satu

Published by:

9.37 malam. Penat. Menghirup teh Earl Gray sambil menghadap komputer. Aku ada sedikit tea-addiction. Kalau tidak minum teh, mula rasa satu macam.

Hari ini penat sedikit. Petang tadi pergi lawatan ke kilang Motorola dengan bebudak Masters, dan 2 orang pensyarah. Taknak sebut nama pensyarah sebab nanti kalau ada orang google nama pensyarah itu, akan masuk dalam blog aku pulak.

Oh ya, aku baru saja potong rambut pendek kelmarin dulu. Reaksinya? Kebanyakan orang akan beri reaksi, surprise dan sebagainya. Terus disoal, sama ada aku bayar nazar ataupun diselorohkan sebagai baru balik dari umrah. Well, sekurang-kurangnya bukan bertanya fasal kawin, itu satu improvement.

Tapi itulah. Aku bagitau juga pada pensyarah yang ikut tadi yang ketika di UK dulu pun selalu aku potong rambut pendek. Sebabnya, kalau potong rambut pendek, 2 bulan kemudian baru kena pergi kedai rambut pula. Tambahan lagi sebab orang-orang UK ni pun, banyak diorang yang suka potong rambut pendek. So kekonon terpengaruh lah.

Tapi itulah (pengulangan keluhan). Memang sepanjang dah nak dekat setengah tahun kembali ke Malaysia, aku memang perasan yang orang Malaysia memang akan perasan semua benda yang dibuat. Potong rambut perasan. Office bersepah pun perasan. Office kemas pun perasan. Single perasan. Kawin takde anak pun orang perasan. Pendek kata, semua-lah.

Berjalan dengan Dani dan Mida semalam ke Bakti, kitorang bersembang fasal benda ni. Sebab Dani dan Mida kebetulan pakai baju dan tudung yang (hampir) sama, so orang perasan lah, dan berseloroh kata diorang kembar.

Dani tanya, ‘ko tak perasan ke Am?’

Aku serius tak perasan. Tapi memanglah kebiasaannya seperti itu. Mak aku pun selalu berleter bila ayah aku pakai kain pelekat yang tak berapa lawa untuk pergi masjid. Katanya, nanti orang nampak pakai kain pelekat buruk. Aku pernah cakap kat mak aku, ‘mak, kalau kat situ hanya ada orang lelaki ja, diorang tak perasan punyalah’. Ini ayat general lah.

Dia ceritanya begini. Kalau lelaki tu jenis tak amik peduli, memang dia tak perasan bebenda macam ni, kendati pun korang pakai baju yang sama. Kalau lelaki jenis amik peduli, perempuan pun kalah akan dia punya aspek penilaian. Well, this paragraph is debatable, of course.

Senangnya beginilah. Walaupun korang (wanita) perasan akan hari ni pakai baju apa, seluar apa, corak apa etc (dan aku bagitau Dani, mesti ada student aku yang perasan berapa helai baju yang aku dok buat mengulang masuk dalam kelas), kitorang (lelaki) bukannya peduli sangat dan perasan kalau korang (wanita) pakai tudung yang sama selang dua hari pun sebabnya kitorang tidak melihat luaran. Tetapi kitorang lihat pada dalaman.

Kaaan? Hahaha.

 

While We’re Young

Published by:

Sejak kebelakangan ni sudah berada dalam lingkungan 62kg. Sangat happy sebab dah naik 2-3 kilo sejak balik Malaysia. Well, dah lama dah pun sebenarnya, but that’s a good improvement. But, maybe it’s a saying, that I’m getting older? So that my metabolism is rather low.

Tapi masih mahu perasan-perasan muda. Sambil memasukkan lagu One-Direction:

Lagu ni aku tak tunjuk kat Bushra. Lagu One Thing hari tu aku dok tunjuk gak kat Bushra bila aku pergi rumah Mahadi. Pastu minggu lepas, Mahadi pergi hantar kereta servis. So, kitorang – aku, Mahadi, Elly dan Bushra pergilah sesama ke town untuk ambil balik kereta. Sampai ja kat pusat servis, tetiba lagu One Thing bermain di radio.

Sebelum tu Bushra senyap jer. Bila One Thing dimainkan, terus dia menyanyi sekali. Bunyi aa uu macam tu lah sebab dia tak boleh cakap lagi. Keh keh, telah men’fangirls’kan Bushra terhadap One Direction.

Dua tiga hari ni aku dok gi lepak rumah kak aku. Dia datang rumah aku juga kat Penang dengan anak-anak dia. Hari tu kitorang gi main bowling kat Kulim. Anak kak aku yang kecik – Anan (iaitu adik bongsu Unik) baru dalam Darjah 2 dan dia tak larat la sangat nak baling bola 8 pounds tu (walaupun dia cuba juga seperti gambar di atas). So, aku suruh la dia baling guna dua-dua belah tangan. Dia taknak sebab dia kata dia malu, orang tengok katanya; walaupun Unik daripada awal guna 2 belah tangan sebab tak larat.

[Sedang memberi tunjuk ajar pada Anan]

Aku confused – perlu ka kecik-kecik Darjah 2 dah fikir apa yang orang kata. Untuk menunjukkan dia yang benda ni takyah nak rasa malu, jadi aku pun baling lah bola bowling dengan 2 belah tangan. Pastu baru dia ikut.

Tapi tu lah. Pernah hari tu hantar Najmi (iaitu abang Unik) pergi sekolah asrama, sampai kat lampu isyarat, aku macam menari-nari ikut muzik dan adalah pak cik kereta sebelah yang tengok. Aku macam ~ lantak lah, tapi rupanya dia yang rasa malu dengan aku (sebab dia cerita kat kak aku fasal benda tu).

Haha, nasib korang lah, dapat Pak Tam tak berapa malu macam aku.

P.S: Tapi kalau depan orang yang kenal, aku masih malu-malu alah. Sopan katanya…. Hehe

[Kak aku dengan anak-anak dia]

 

Grumpy

Published by:

Hari ni grumpy sikit. Cuaca panas. Hidung dok berair sebab selsema. Batuk juga. Otak tidak cukup bermotivasi.

Khamis hari tu, aku dah habis dah mengajar untuk sem ini. Subjek tu sekarang dihandle pensyarah lain. Dia amik half, aku amik half. Terlebih seminggu sebenarnya sebab confusion yang aku ingat aku hanya perlu cover sampai chapter 3, tapi rupanya chapter 4 jua.

All good. Harapnya minggu akan datang ini, bolehlah spend satu hari untuk buat exam question, kemudian mula buat kerja-kerja research. Budak Masters ada 3 orang under aku, untuk disertation. Sepatutnya penyeliaan start sem depan, iaitu bulan 2. Tapi dek kerana aku tak berani nak mula lewat memandangkan aku tak berapa bayangkan flow dia macam mana, so aku dah mula suruh diorang start buat programming sekarang.

Oh-oh, ni video itu hari

 

dan juga Belaian Jiwa

Yang tu berduet dengan student aku. Syafiq nama dia. Power gak suara dia. Boleh dijadikan potensi untuk projek Youtube nih! [harus selepas ini… bebudak maths yang baca blog ni bergosipan kata aku nak libatkan dia untuk video akan datang, kan?]

Anyway…

Aku akhiri entri kali ni dengan gambar yang diambil Mahadi semalam. Semalam lepak kat rumah Mahadi lepas gym (gatal pi walaupun selsema dan batuk). Pastu pukul 7 ada cerita Perman kat Tv9, so aku layan la sambil baring kat kusyen dia. Sekali Bushra mai mengeliting kat aku sambil join berbaring seperti gambar di bawah.

Jamuan

Published by:

12 midnight. Baru balik dari jamuan hari raya School Maths. Pensyarah 2 orang ja datang, aku dengan Timbalan Dekan. Sebenarnya hari tu lagi diorang dah datang panggil. Begini bunyinya.

‘Sir free tak 31hb ni’

‘Free ja rasanya, kenapa?’

‘Nak jemput datang jamuan raya’

‘Ha, okay.’

Sekumpulan pelajar itu masih lagi dok melengu macam ada benda tak habis lagi ditanya.

‘Er…er’, diorang.

‘Ha, ni apa nih?’ aku yang mula mengesan ada niat lain disebalik ajakan tersebut.

‘Nak minta sir perform’

Kaaan?

So dipendekkan cerita, malam ni lah.

Sebenarnya demam sikit semalam. Bangun pagi tadi pun rasa berat. Ni pun rasa tak sedap badan sikit. Hujan semalam laa kot. Terkena.

Tapi boleh gak la perform. Nanti-nanti aku upload video. Baru ja tengok balik kejap tadi.

Aku nyanyi lagu Angin.

Sentap sekejap sebab dalam video tu, aku boleh dengar rupanya ada bebudak yang sing along. Wah wah!

Well, that’s the highlight of the night.

Nak kena prepare lecture…

 

 

Eid

Published by:

[Gambar: Beraya rumah Pak Lang, ada tilam kat ruang tamu so kitorang pakat-pakat berguling sekejap. Pejam-pejam mata ja, takdelah tido bebetul]

Selamat Hari Raya semua.
Tadi lepas solat Jumaat, imam takbir. Memula dia buat nada biasa. Bukan nada yang lagu orang Melayu kita. Tapi, once makmum sambut takbir tu, terus jadi nada Melayu.

Terus teringat takbir di UK. Nada dia lebih pendek. Tak berbunga-bunga macam nada sini. Dan lebih bersemangat. Tak mendayu-dayu mengingatkan orang-orang yang tak balik kampung supaya rasa sedu-sedan di hari yang mulia ini.

Which is why I should appreciate celebrating Eid here. Ya lah, entah dari mana Allah bagi aku kekuatan untuk sambut 4-5 kali raya kat Durham dengan rasa riang dan tak tragis walaupun tak balik raya, tapi rasanya mak ayah aku rindu gak. So, I’m here. And let’s say I’m savouring it.

Itu sebab sekarang ni, hari raya pertama biasanya aku akan spend dengan family. Pergi rumah Pak Teh, Pak Njang dan Pak Lang. Pastu lepas Maghrib pergi rumah Kak Caq.

Mirza dan Fiki datang lewat dah sebab aku suruh datang lewat sebab nak pergi rumah Kak Caq tadi. Diorang lepak dari pukul 10 sampai pukul 1. Standardlah. Kalau diorang datang, memang duduk lelama. Tadi duk mencuba Siri kat ipad Fiki dengan something-similar-to-Siri kat Samsung Mirza. Sambil-sambil bertindak immature dengan menanyakan soalan-soalan yang prude. Dalam banyak-banyak geng kitorang, kitorang bertiga ja yang memang single lagi. Tu sebab boleh lelepak sampai pukul 1 tak yah fikir anak bini.

Petang tadi, aku buat website. Untuk school maths punya. Kiranya baru prototaip lah kat sini [link may be broken in the future]. Semangat kan? Hari-hari raya pun buat kerja work related. Sebenarnya sebab ada meeting hari Isnin ni, so aku nak tunjuk something. Lagipun, mungkin sudah diasuh kot. Sebab waktu kat Durham, study kena jalan macam biasa ja.

Itu lah…

Aku rasa macam aku sendiri pun masih cuba memahami diri sendiri (motip kan umor dalam 28 tahun masih keluar statement macam remaja). Aku terasa yang duduk kat UK – dah buat aku jadi lebih persistent (which is good) tapi juga picky ataupun particular? If I even explain it right.

Sebab hari tu, aku rasa aku dah menyentapkan satu student ni sebab dia tanya kalau aku amik student untuk final year project. Aku balas, ‘boleh ja, tapi kalau dengan saya, saya tak bagi markah mudah-mudah tau’. Well, if I am in his place pun aku rasa jawapan tu sedikit rude. Macam anggap dia tak cukup bagus etc. Cuma, aku rasa lebih baik dia diwarning awal daripada nanti dah amik, tetiba kemudian menyesal di kemudian hari.

I’m still struggling of behaving in different groups of people. Itulah masalahnya, dalam kelas, I think my students would say I’m quite alright, takdelah garang kan. Bila bebudak course aku tanya pun, biasanya aku balas dengan baik juga. Tapi bila dengan 3 bebudak Masters tu datang discussion, memang selalunya diorang akan ditanya habis-habisan. Kena baca a part dan pastu discuss. Yang mana yang tak faham, yang tu la kena target disoal.

Tapi bila aku pergi debat, aku tergedik-gedik sekali dengan bebudak debat jugak. Somehow aku rasa macam aku ada multiple personalities pulak.

Anyhow….

Naz tulis kat wall aku

“Ish…kenapakah lagu Sempurna hang tu dok terngiang-ngiang je ni?”

which is such a nice statement to hear.

So, give it a listen. Nanti aku cerita lagilah fasal Sempurna.

And btw

1. Apsal ntah, kalau dengar guna ipad ke, phone ke, bunyi background music tenggelam. Maka, gunalah speaker atau earphone yang berkualiti. Baru dengar bunyi sedap sikit.

2. Kalau korang dah dengar, dan rather like it, do me a favour? Share it on FB, Twitter? And click like dekat Youtube tu. Boleh la? [sambil buat muka kiut]

3. Kalau korang student aku, ataupun bebudak USM, let’s not use title ‘Dr’ when you leave comment in my Youtube Facebook page. Guna ‘sir’ pun okay. ‘Mr’ pun takpa. At least for the moment, aku malas nak bagi orang-orang random kat Youtube tu tahu apa yang aku buat for living. Make sense? Meh..