Category Archives: Day to Day

Eid

Published by:

[Gambar: Beraya rumah Pak Lang, ada tilam kat ruang tamu so kitorang pakat-pakat berguling sekejap. Pejam-pejam mata ja, takdelah tido bebetul]

Selamat Hari Raya semua.
Tadi lepas solat Jumaat, imam takbir. Memula dia buat nada biasa. Bukan nada yang lagu orang Melayu kita. Tapi, once makmum sambut takbir tu, terus jadi nada Melayu.

Terus teringat takbir di UK. Nada dia lebih pendek. Tak berbunga-bunga macam nada sini. Dan lebih bersemangat. Tak mendayu-dayu mengingatkan orang-orang yang tak balik kampung supaya rasa sedu-sedan di hari yang mulia ini.

Which is why I should appreciate celebrating Eid here. Ya lah, entah dari mana Allah bagi aku kekuatan untuk sambut 4-5 kali raya kat Durham dengan rasa riang dan tak tragis walaupun tak balik raya, tapi rasanya mak ayah aku rindu gak. So, I’m here. And let’s say I’m savouring it.

Itu sebab sekarang ni, hari raya pertama biasanya aku akan spend dengan family. Pergi rumah Pak Teh, Pak Njang dan Pak Lang. Pastu lepas Maghrib pergi rumah Kak Caq.

Mirza dan Fiki datang lewat dah sebab aku suruh datang lewat sebab nak pergi rumah Kak Caq tadi. Diorang lepak dari pukul 10 sampai pukul 1. Standardlah. Kalau diorang datang, memang duduk lelama. Tadi duk mencuba Siri kat ipad Fiki dengan something-similar-to-Siri kat Samsung Mirza. Sambil-sambil bertindak immature dengan menanyakan soalan-soalan yang prude. Dalam banyak-banyak geng kitorang, kitorang bertiga ja yang memang single lagi. Tu sebab boleh lelepak sampai pukul 1 tak yah fikir anak bini.

Petang tadi, aku buat website. Untuk school maths punya. Kiranya baru prototaip lah kat sini [link may be broken in the future]. Semangat kan? Hari-hari raya pun buat kerja work related. Sebenarnya sebab ada meeting hari Isnin ni, so aku nak tunjuk something. Lagipun, mungkin sudah diasuh kot. Sebab waktu kat Durham, study kena jalan macam biasa ja.

Itu lah…

Aku rasa macam aku sendiri pun masih cuba memahami diri sendiri (motip kan umor dalam 28 tahun masih keluar statement macam remaja). Aku terasa yang duduk kat UK – dah buat aku jadi lebih persistent (which is good) tapi juga picky ataupun particular? If I even explain it right.

Sebab hari tu, aku rasa aku dah menyentapkan satu student ni sebab dia tanya kalau aku amik student untuk final year project. Aku balas, ‘boleh ja, tapi kalau dengan saya, saya tak bagi markah mudah-mudah tau’. Well, if I am in his place pun aku rasa jawapan tu sedikit rude. Macam anggap dia tak cukup bagus etc. Cuma, aku rasa lebih baik dia diwarning awal daripada nanti dah amik, tetiba kemudian menyesal di kemudian hari.

I’m still struggling of behaving in different groups of people. Itulah masalahnya, dalam kelas, I think my students would say I’m quite alright, takdelah garang kan. Bila bebudak course aku tanya pun, biasanya aku balas dengan baik juga. Tapi bila dengan 3 bebudak Masters tu datang discussion, memang selalunya diorang akan ditanya habis-habisan. Kena baca a part dan pastu discuss. Yang mana yang tak faham, yang tu la kena target disoal.

Tapi bila aku pergi debat, aku tergedik-gedik sekali dengan bebudak debat jugak. Somehow aku rasa macam aku ada multiple personalities pulak.

Anyhow….

Naz tulis kat wall aku

“Ish…kenapakah lagu Sempurna hang tu dok terngiang-ngiang je ni?”

which is such a nice statement to hear.

So, give it a listen. Nanti aku cerita lagilah fasal Sempurna.

And btw

1. Apsal ntah, kalau dengar guna ipad ke, phone ke, bunyi background music tenggelam. Maka, gunalah speaker atau earphone yang berkualiti. Baru dengar bunyi sedap sikit.

2. Kalau korang dah dengar, dan rather like it, do me a favour? Share it on FB, Twitter? And click like dekat Youtube tu. Boleh la? [sambil buat muka kiut]

3. Kalau korang student aku, ataupun bebudak USM, let’s not use title ‘Dr’ when you leave comment in my Youtube Facebook page. Guna ‘sir’ pun okay. ‘Mr’ pun takpa. At least for the moment, aku malas nak bagi orang-orang random kat Youtube tu tahu apa yang aku buat for living. Make sense? Meh..

 

Genre

Published by:

“Jenis apa lagu tu?” Tanya ayah aku waktu aku sedang makan di dalam dapur.

“Hm.. rap rasanya. Takpun R&B”, yang mana aku sendiri pun tak berapa reti sangat bab-bab genre ni. Rasanya bukan R&B. Rap, yes.

Ayah aku tanya fasal lagu aku yang baru. Malam sebelum tu aku tunjuk kat mak dan ayah aku, akan video yang diedit, dan nak siap dah pun. Lepas tunjuk, aku bacakan lirik pada mak dan ayah aku.

“Aku seperti kamu, punya impian,
tingginya cita-cita segunung harapan,
percaya dunia tidak punya pun sempadan,
selagi diriku mahu maju ke hadapan”
Rangkap pertama, yang mana rangkap lain tu, nanti korang dengar sendirilah. Ada rezeki, dalam minggu ni aku release. Dah lebih sebulan dah duk buat ni secara berdikit-dikit. Dengan banyak hal-hal kerja yang nak disiapkan, so tak dak kesempatan dan semangat nak buat.

Mak dan abah dengar ja aku baca lirik tu. Memahami kot bait-bait maksud lagu tu sebab aku selalu sangat address ketakpuashatian tu pada diorang, cuma kali ni diterjemah dalam bentuk lagu. Atau rap.

Maksudnya, bukan lagu jiwang lah. Kalau lagu jiwang, takdelah aku nak baca depan mak dan ayah aku. Malu. Keke.

***

Konvo aku patut Januari ni. 10 dan 11 haribulan. Macam tak dapat nak pergi ja sebab takdak duit. So maybe aku akan cuba defer ke bulan Jun, sebab kalau tak attend bulan Januari, boleh pergi sidang summer punya. Ala.. macam kat Malaysia gak.

Rindu gak kat Durham. Ala… standard lah baru tahun pertama. Nanti dah dua tiga tahun, dah tak peduli dah.

Mak aku selalu gak duk risau fasal makan. Walaupun sebenarnya kat Pulau Pinang ni lah sangat senang cari makan. Aku kadang-kadang ingatkan dia yang waktu aku kat UK dulu, lagi lah susah..

***

Dah terasa yang aku sudah mula jadi semakin particular perihal kerja. Well, mungkin juga sebab bila kerja ni, dia melibatkan banyak pihak, jadi kalau satu kerja sangkut, dia akan affect orang lain juga.

Misalnya tadi, tengah-tengah key in markah kuiz, ada sorang ketuk pintu dan masuk. Ingatkan student. Rupanya salesman jual takaful. Dia cakap ‘boleh minta lima minit’.

Bila dia duduk, aku cakap, ‘okay, lima minit’ ala-ala pengacara rancangan game show yang bagi start ‘lima minit dari sekarang’. Kesian gak aku tengok dia cuba menerangkan pada aku dalam tempoh masa yang singkat sebab nyatanya pitch business dia perlu lebih masa daripada tu.

Firstly, if you ever read this, the sales guy, I’m gonna say ‘sorry for being rude’.

Juga kepada future sales person, ‘sorry because I’m going to be rude’. Susah la… The thing is, I think that I might be more hard to please these days. But, at the same time, I am easily emphatise. Konflik jiwa yang menekan betul.  Maybe nanti aku letak tanda ‘no sales person’ lah. Sebab sangat susah mereject orang yang hendak pada kita. Oops, I mean… mereject orang yang hendak jual barangan pada kita.

Gambar: Lai cikang yang diamik dua tiga hari lepas waktu kak aku datang lepak Penang dengan family dia.

 

Pukul 5 petang

Published by:

Hari ni aku bagitahu student yang aku nak kasi assignment. A lot of aaah. Bad aaah.

Then I told them my nerd-story of how I send in my C++ assignment few days after lecturer gave it, 2 weeks before the deadline, making me the first student to hand in. Obviously that doesn’t help much. lol.

Sebelum nak ke kuliah, ada sorang salesman datang. Ala benda apa ntah nak suruh buka akaun kad kredit bagi menggalakkan aku berhutang piutang lah tu. Sebab aku tengah nak prepare untuk kuliah, so aku suruh datang later. Pukul 5 aku kata.

Lepas tu sebelum pukul 5 call Mahadi. Bagus gak Mahadi kerja USM. Senang kitorang bercalling guna extension dalaman. Oh, Elly pun sekarang kerja USM gak. Kat Pusat Bahasa. Call Mahadi tadi ajak pergi gym. Cadang nak blah waktu tu, tapi sebab dah janji dengan orang tu suruh datang pukul 5 kan? Rasa bersalah pulak.

Tetiba teringat, tunggu je lah seminit dua. Kalau dia tak datang, kira technically, bukan aku yang tak menepati janji, ye tak?

So, letak gagang, pukul 5.02 minit, dia tak datang, aku pun blah. Bagus kan sistem tu?

Semalam waktu bebudak Masters datang, aku dah warn diorang, aku cakap yang ‘I’m new so I don’t have much experience, and you guys have to be aware of that,’ aku rasa diorang cuak dengar aku cakap macam tu. ‘But I’m telling you, if I’m taking you guys, I’ll be committed’, aku cakap macam tu lebih kurang. Tak tau lah diorang makin lega ke tak.

But talking about experience, I just tweeted,

‘The thing about experience is… you can’t pretend that you have one if you don’t ‘

Dan aku bukanlah bercakap fasal kerja.

I was reading this book, buat aku sedikit tak setuju sebab watak utama cerita ni jumpa kaunselor, dan tetiba ayat-ayat kaunselor tu begini,

‘takpalah, saya boleh bantu’

‘tak, tak nak’

‘kamu patut luahkan apa yang terbuku di hati, kalau tak lega’

well, something like that, malas taip sebiji-sebiji. And here’s the thing about perspective of counselling. Yang mana kita pergi untuk dapatkan advice. WRONG! Couselling is self-healing process. Counselor is just a helper or listener.

Okay, I might be wrong, so feel free to correct me.

Tapi aku pernah discuss dengan Mahadi fasal benda ni. Mahadi cakap, kaunselor ni diajar untuk mendengar, bukannya menasihati.

True. And I’ve experienced that. So bila digambarkan yang kaunselor ni macam kawan-kawan kita yang busy body, so… sedikit… tak tepatlah.

Tadi dinner rumah Mahadi. Dan tertengoklah Julia. Kahwin dah?? Wah, fast-paced nya cerita ni. Dan lagi satu, watak lelaki dalam cerita ni memang diminati ramai ek? Itulah, ratio lelaki perempuan tak seimbang dalam cerita ni. Kalau aku tetiba jadi watak hero lelaki ketiga dalam cerita tu, barulah seimbang kan?

Terus dialog aku pada salah seorang watak utama wanita jadi begini, ‘you nak tahu apa jadi tadi? I bagitau yang lepas test, I nak bagi assignment kat diorang, terus diorang mengeluh secara berjemaah’. Keke.

 

Gambar: Syukri Brunei amik gambar dalam bilik aku dulu waktu kat Durham guna lens apa ntah.

Pagi

Published by:

Have you seen my schedule this week?? Semalam baru ubah layout blog untuk tukar kalendar kat bawah dari mode bulanan kepada mode mingguan, so boleh nampak sikit what’s going on hour by hour. Actually aku selalu gak masuk blog sendiri untuk check sesapa yang aku follow yang dah update diorang punya blog. So ada sekali diari kat bawah, kira okay lah. Menyenangkan aku.

 

7 am now. Bangun dalam pukul 5 pagi lebih selepas tidur lepas Maghrib semalam. Yesterday was a long day, today is gonna be the same.

Semalam aku diinterview untuk perlantikan jawatan. Banyak phase nak kerja kat universiti ni. Plus aku punya pass list pun baru dapat 2-3 minggu lepas. Pass list tu.. kiranya macam transkrip lah. Skrol sebenar pulak akan dapat lepas graduation ceremony diadakan (iaitu bulan Januari tahun depan). In between now and then, tak sure pula akan diberi surat pengesahan daripada senat atau tidak. Itu birokrasi kat UK. Sini pun ada jugak.

But life moves on.

Semalam 3 orang budak Masters (mixed-mode) dah datang untuk cop buat disertasi dengan aku. Ada lagi yang datang tanya tapi aku tak berani nak amik banyak sangat memandangkan aku pun baru start dan tak berapa aware of the whole flow.

Gambar atas: baru amik tadi dalam beberapa minit yang lalu, view dari tingkap rumah :P

 

Membaca Velvet

Published by:

Baru balik dari rumah kak aku dalam pukul 11 tadi. Petang tadi buat tuition kat bebudak Form 4. Pastu lepas Maghrib, rakam video untuk lagu baru. Melibatkan Unik.

Gambar atas tu screen capture dari video yang dirakam tadi.

Tadi tengah hari, sempat ke Queensbay cari buku. Jumpa buku Velvet di Durham yang pernah aku tulis dulu kat sini. Sebelum ni memang takde jual kat Popular kat QB. So, dah ada, aku ambil lah. Saja nak baca. Dah cerita dia pun berlatarkan Durham, so curious nak tahu macam mana penceritaannya.

So, probably in this post and later post, aku akan keep writing the comment as I read it. So, harapnya kalau sesapa yang nak spoiler free, bolehlah skip. But I won’t spoil the story line lah. Just bit comments sebab gatal ja nak bagi komen sebab penulisan fasal Durham.

So far, cerita dia okay la. Sarat dengan diskusi ilmiah. Aku skip part tu. Baca hat part romance ja. Walaupun aku sentap sebab watak utama dia, bila ditanya oleh seorang lelaki mat saleh, diajak minum kopi, dia kata ya.

Wah!

Okay, I’m probably wrong on this, or I am probably so right about this, tapi kalau kat UK, bila kita ajak orang keluar minum, itu maksudnya date. Dia macam ni lah. Kalau dah rapat, ajak pi lah keluar makan ke, minum lepak Costa ke, itu semua tak de konotasi date. Dan go out on a date bukan bermaksud dating. Kat UK, lebih kepada saying that you are interested in that particular one. And then explore from there.

Makanya, kalaulah seorang lelaki interested dengan seseorang gadis, dia akan ajak,

‘would you like to go out for a coffee sometimes?’

atau

‘would you like to go out for a drink?’

‘yes, sure’, si gadis akan membalas jika turut berminat.

‘so, i see you tonight after the show?’ kata si lelaki dengan penuh harapan. Green light sudah diterima.

‘okay’ balas si gadis, lembut suaranya.

Oops, ini bukan cerita Velvet di Durham:P

Kembali pada Velvet di Durham, so bila lelaki ni tetiba tanya watak utama tentang itu, dan tetiba watak utama pun cakap okay, dan terus pergi minum kopi; aku terus… er… minah ni blur kot, tak faham maksud. Haha, keji kan?

The thing is, untuk 58 muka surat pertama, takde description dari hati watak dalam novel. So, aku tak tau yang watak utama cerita ni memang blur ataupun tidak.

Anyhow…

As I said, I may be wrong about this. But I was there for about 5 years, so…

Hah Sophie, kalau tetiba dapat ayat begitu dari lelaki mat saleh yang agak stranger, faham la ya :D

 

Living it

Published by:

I keep insisting so that administration staff doesn’t pronounce me by Dr.

Tambah lagi sebab aku dok deal dengan diorang sejak aku first year, so rasa tak berapa best.

But I see the challenge to not using the title in Malaysia as oppose to UK (and Europe). Kalau kat UK, dan bila bercakap Bahasa Inggeris, hanya ada satu kata ganti diri pertama iaitu ‘I’, dan satu kata ganti diri kedua iaitu ‘you’. Jadi mudah untuk diorang kekalkan dalam budaya diorang supaya tidak mewujudkan jurang pangkat dalam perbualan.

Malaysia lain. Kita guna aku, saya, dalam konteks berbeza, dan panggilan pada orang pun, kita memang ada panggil kakak, abang, mak cik, pak cik, dan biasa ada pangkat di depan.

So, bila berkomunikasi atau memanggil, diorang tak biasa untuk panggil dengan first name. Well, honestly pun,  sebab aku dah dibesarkan dengan budaya Malaysia, kalau bebudak kanyir panggil aku nama, pun aku rasa tak best gak. It’s rude in our culture.

Student-student kuliah aku banyak panggil aku sir. It’s fine. I’m kinda getting fond of that actually.

Tadi ada student masters ketuk pintu, tanya kalau aku boleh supervise projek disertasi diorang, dan diorang panggil Dr.

Takkanlah aku nak kata ‘don’t call me Dr. Just call me maybe’. Ooops

Itu ayat flirting/gedik.

Hari tu bersembang dengan Mahadi tentang hal ini.

I said, ‘Well, it’s quite simple right? (Other than research, administration related, and any other uni related) As a lecturer, you just go and teach your classes, and not flirting with your students, that’s good enough, aite?’

Aku sambung lagi, ‘well… in your case, not to flirt with anyone else at all….’ sebab Elly ada kat belakang waktu tu. Hehe.

But yeah.

I’m currently living it. Dah buat soalan kuiz, yang mana aku pun struggle nak buat sebabnya takleh bagi semua soalan susah, kalau semua dapat teruk, aku problem. Takleh bagi semua senang, nanti semua skor, aku juga yang kena jawab nanti. Pastu aku buat soalan, aku pula confuse soalan ni senang ke susah. Sigh.

 

Ni baru balik dari latihan debat. Aku dah mula nak join balik. Well, as an observer, sebab dah pencen. Best sebab dapat latih otak untuk fikir.

Tapi teringin nak main frisbee balik bila tengok gambar lama frisbee.

Tapi nak buat video baru sebab dah ada lagu baru yang lirik dia menyentapkan.

Tapi nak kena pergi gym dan makan untuk menambahkan jisim.

Tapi nak kena prepare untuk lecture!

Tapi tak print lagi tesis untuk hantar kat KPT untuk claim elaun tamat pengajian.

Ah!!! I don’t have much time!!

 

P.S: Gambar perasan pose comel di atas diambil waktu kat Brussel itu hari