Category Archives: Day to Day

Be Your Everything

Published by:

Lagu Be Your Everything yang jiwang dan best. Sekarang ni kalau drive aku dok mengubah-ubah channel antara Flyfm, Hitz fm, Red fm atau Traxx fm. Tapi seriously ada beberapa lagu yang aku tak suka. Misalnya lagu Rita Ora – How We Do. Dok dengar lagu tu, bila part chorus dia, berbunyi ‘I wanna party and ???’ somehow sounded annoying. Pastu aku check lah lirik sebab tak dapat tangkap menatang apa dia cakap selepas perkataan ‘and’ itu. Rupanya bulls***. Seriously.

Ada couple of other song yang juga aku akan tukar channel kalau tetiba bermain di radio. Lagu Pink yang baru pun sama. Blow Me (One Last Kiss). Somehow lagu Taylor Swift  – We Are Never Getting Back Together pun dan bosan dengar. Maybe sebab overplayed kot.

Semalam aku tido rumah kak aku. Pusing kot situ sebab sebelah petang aku buat tuisyen Maths Tamb dengan bebudak HoP. Malam pulak dok suruh Unik nyanyi lagu baru aku buat. Hopefully this one would work. I asked my sister, what do you think of the lyrics.

My sis said, ‘lirik yang menyentapkan’, and my sister rarely use the word ‘sentap’, so it does say something. Well, let’s hope this project would work. And yes, this time it would be another original song, tapi akan sangat lain dengan Angin.

Okay.. back to preparing my lecture notes…

[Pic atas: Gambar kat Mini Europe kat Brussel itu hari]

Minggu lepas

Published by:

Life is a stroll in the park. Alhamdulillah.

Quite bad to admit that, I guess, coz other people’s life is probably isn’t chill as mine, but that’s just it. Well.. mungkin juga sebab aku dok compare dengan hidup circa 5 tahun kebelakangan ni. Dengan tidak tentu waktu tidur dan tidak berapa betul makannya, so sekarang dah jauh lebih baiklah.

Walaupun tak tipu, disebabkan pindah masuk rumah sewa, dan standard rumah sewa kat Penang, kena bayar deposit itu ini bagai, jadi minggu ini aku cukup-cukup duit untuk live for the week. But let’s not talk about money, shall we? Plus that’s not an indication of happiness :D

Tadi aku singgah sekejap rumah pak sedara Ely, ambil barang yang aku pass melalui kontena Mahadi, yang Mahadi tempatkan kat rumah itu buat sementara waktu. Rumah pak sedara Ely sangat simple, rumah kampung. Tapi kemudian dia jamu makan tengah hari (yang aku tak tolak sebab aku lapar dan tak tahu malu). Lauknya ~~~ aduh… Sedap bukan main. Aku tambah dua tiga kali. Sambil tambah sambil rasa separa bersalah sebab tak ingat orang belakang (ada kawan Mahadi pun datang jugak, tapi on the way).

Oh, konklusi cerita ini? Aku tidak tahu malu ketika makan. Oh, no no. Tak kisahlah rumah besar kecil, duit banyak atau tak, nikmat hidup tu bukan difaktorkan dengan wang ringgit dan pangkat.

***

Sempat tengok finale Kau Yang Terindah. Dan sempat juga aku tweet

Moral of the story: Paksa je anak tu berkahwin walau dengan lelaki tak berkenan. Lama2 sayanglah #akasia

Well…

Aku malas komplen bebenda lain yang orang lain komplen. Tapi, apsal ending tang situ? Kan banyak modal untuk didramakan? Sigh.

***

Oh oh, rumah aku dah masuk internet, which is a huge yeay.

So, dapatlah download cerita-cerita seperti X-Factor (yang boleh pun nak tengok kat 8TV sebenarnya).
***

Oh, sekarang ni tengah working on a new song. Harap-harap semangat terus kukuh untuk buat. Sebab sejak balik dari UK, malas ja nak terkinja-kinja buat video untuk Youtube. Tengoklah macam mana..

Kau Yang Terindah

Published by:

Entah bagaimana, tersangkut pula dengan cerita ni: Kau Yang Terindah, slot Akasia kat TV3.

Lama gila kot tak follow soap opera. Last sekali zaman-zaman drama Sepanyol tengah popular kat Malaysia, which is like more than 10 years ago. Waktu sekolah menengah dulu, aku dengan Mahadi dok follow La Usurpadora, lepas tu time kelas BI dengan teacher Oslina, kitorang dok discuss fasal drama tersebut. Usaha ni, buat kerja BI cepat-cepat time kelas supaya kemudian boleh bergosipan fasal La Usurpadora.

Lepas tu tengok jugaklah Cuando Seas Mia. That’s the last one. Waktu kat UK ada gak sopa opera diorang macam Emmerdale, Coronation Street, tapi UK punya soap opera sangat bosan. Takde muzik-muzik dramatik macam drama Sepanyol.

Waktu zaman drama Melayu dulu, waktu Spektra ada kat TV2, aku tengok jugaklah. Yang best dulu cerita Ros Anita. Ogy Ahmad Daud berlakon cerita tu.

Makanya, cerita Kau Yang Terindah ini. Okay la. Walaupun semalam dok berdiscuss dengan Mahadi, tentang approach lelaki yang kerja dengan perempuan yang suami dia accident tu (nama watak tak ingat sebab baru ja tengok 4-5 episod). Oh, cerita dia macam ni. Perempuan ni, lelaki dia masuk wad. Cedera sampai macam takleh bercakap (entah apa penyakit ntah). So isteri dia ni kena ngorat dengan sorang lelaki kat tempat kerja dia. Tapi… adeh, lelaki tu punya ayat,

‘you ni degil la, i ajak makan sebagai kawan je pun’

‘i taknak berlaku curang,’ kata perempuan tersebut. Entah dia guna I, you, ke aku, kau pun aku tak ingat.

Apalah lelaki tersebut. Dia itulah yang degil sebab dok ajak perempuan tu keluar, perempuan tu reject kan?

Tapi, aku rasa, kalau nak bagi drama sikit lagi, patutnya laki itu tidaklah mengorat perempuan tu dengan begitu pushy. Apa kata biar dia tolong dan beri layanan pada perempuan itu dengan baik, sampai tetiba perempuan tu terpikat kat dia walaupun dah ada suami, plus suami dia pula tengah cedera sampai tak ingat semua. Kan lebih dramatik?

Tapi tu dah tak jadi ‘kau yang terindah’ la kan? Jadi ‘kau yang terkeji’ kot?

Anyway, aku dok tunggu part Neelofa dengan mamat tu ja (yang aku tak tau nama dia, dah diberitahu hari tu tapi tak ingat jugak). Sebab macam sweet-sweet. Tapi Neelofa garang giler.

Oh, dengan kejinya meletakkan gambar bersama Neelofa yang telah dicrop (untuk kesekian kalinya) sebab Neelofa berlakon. Maybe nanti aku boleh jadi hero dengan Neelofa untuk slot Akasia yang lain pulak (sambil berangan depan tv).

Bubblebeam

Published by:

Gambar: Lepak padang kota Jumaat malam tempoh hari.

Abang aku dan family dia datang rumah sewa aku Jumaat lepas. Petang tu sempatlah berenang-renang di kolam renang di bawah (ada kolam renang kat bawah tu. Hehe), dan malam tu saja pergi jalan ke Padang Kota. Nice gak. Ramai-ramai orang melepak, ada jual pistol buih tu, terus aku beli sebab macam best. Plus, guna kamera DSLR aku ni, kalau tangkap gambar ada lampu-lampu macam tu, nampak smart.

Semalam kat rumah parents aku, buat kenduri doa selamat sikit. Sempena habis mengaji kat Durham. Disebabkan aku dok nak perabih tulis nota, aku upah anak menakan aku yang perempuan tu untuk taipkan. So, dah lega sikit lah. Tapi tak siap lagi nak upload. Sebenarnya, ada ja nota lelama dan boleh ja pun nak scan, upload dan suruh diorang print. Tapi, macam tak kemas la pulak. So, aku taip semula. Bila taip semula, ambil masa la sikit. Minggu ni ada satu kuliah ja memandangkan kuliah dekat bangunan G03, iaitu bangunan dewan kuliah tak dapat dijalankan disebabkan ada konvo.

Anyway… ni nak sambung tulis nota.

Dua puluh lapan

Published by:

Khamis lepas, birthday aku. Tapi lambat gila nak update blog sebab instead of disambut dengan gilang-gemilang, aku terjebak dalam kemalangan.

Adalah. Rasa sedikit malas hendak bercerita secara terperinci di sini. Kalau jumpa aku, boleh tanya lebih lanjut. Tapi aku takde sebarang kecederaan. Pihak yang terlibat tercedera. So, awal hari Khamis tu, memula gi taklimat pelajar Masters baru kat dewan kuliah, lepas tu gi perbaharu lesen sebab lesen kereta kan habis time birthday, dan later, gi jumpa tuan rumah. Lewat malam sikit gi buat report polis atas kemalangan.

So it was actually a day full of stories, but.. well.. mak dan ayah aku pun baru aku beritahu semalam lepas balik sini (sini as in my parent’s house).

Sebaik sahaja aku bercerita fasal accident tu, ayah aku masuk bilik dia dan bawa keluar diari dia. Dia tunjukkan catatan yang di buat dalam jawi.

Dia bagitau yang dia jarang-jarang mimpi, jadi bila dia bangun dari tidur, pagi Khamis tu, dia terus catat sebab dia rasa macam pelik sikit mimpinya. Dia bacalah kembali apa yang dia catat.

Fasal dia mimpi ada kamus Arab ni yang terbakar atau dibakar (ini ayat ayah aku sendiri). Tapi kemudian kamus tu dicampakkan ke dalam air dan diselamatkan, masih boleh dibaca.

Aku terkedu ja bila ayah aku baca. I guess I didn’t know what to make out of that. Cuma bersyukur yang takde apa-apa yang teruk terkena pada aku.

P.S: Kek dari Mahadi, Elly dan Bushra :)