Category Archives: Pictures

Europe Trip 14

Published by:

 

 

 

Sempat berjalan-jalan ke Eropah ari tu. Baru sampai balik hari Ahad lepas. Dengan jetlag dua tiga hari. Biasa lah tu. Bak kata Mahir, kawan-kawan yang dah kahwin tunjuk gambar anak-anak, kita-kita yang single ni tunjuk gambar berjalan lah. So here we go :D

Bas kat Dublin. Bas yang boleh masuk dalam sungai. Bas yang ni kat London pun ada, tapi kat Dublin diorang pakai topi Viking. Tema Ireland lah katakan.

Jejaka penjual bunga. Oooh, boleh buat tajuk novel tuh! Takpun drama bersiri TV3. Ni kat Sandycove, beberapa batu dari Dublin.

Aku pusing kali ni dengan Rosmin. Europe Trip yang tak cukup korum. Mahadi tak dapat nak join. Ni dekat stesen keretapi Fota, dekat-dekat Cork. Cork ni dalam 3 jam gak dari Dublin.

 

Posing depan windmills. Zaanse Schaans ni perkampungan komersil yang dalam 15 minit train dari bandar Amsterdam.

Depan area Zoo dan Aquarium kat bandar Berlin.

 

Rosmin balik awal so kat UK, aku pusing road trip dengan Putri, dan kawan-kawan Putri  – Suki dan Aimee. Ni area Cotswolds, bandar lama kat selatan tengah England.

Gambar paling narsis/vain untuk trip kali ini. Berjalan kat Painswick, still area Cotswold :D

I don’t know about you…

Published by:

… but I’m feeling 18.

Hehehe.

At least 2 orang ingat aku pergi buat medical check up sebab amik data di atas.
Taklah. Ni pergi daftar kat gym baru so diorang buat benda alah ni.

Haruslah happy sekejap sebab biological age jauh lebih mudah daripada umur student.

Well… kalau diorang buat pun, entah biological age diorang dalam 14, 15 kan?

Regardless..

Berat 57kg lepas abis posa. Sob sob.

One thing you should know about me ~ I hate losing weight. More is better. Hari tu 61kg.

So sekarang sudah mula mahu work out balik bagi menambah jisim.

It has something to do with the culture, I should say. When I was in the UK for years, I rarely, and probably never got any remarks of me being skinny. It’s only in Malaysia that I will come across people and even some random people I am not close enough with, who will come and say, ‘oh, you looks so skinny’.

Well, I heard if you are a bit fat, you got that kind of remarks too. But well, that’s the thing, for our people – Muslim people, who are somewhat being told that something underneath are more important that layer of clothes and skin, unfortunately we’ve been judged by our physical appearance a bit more than we should.

Well, I’m probably wanting to gain weight for that kind of reason as well, but am also for bit of fitness.

Tambah lagi dengan kerja kat ofis yang memang semendang dalam aircond. So.. that’s a motivation too.

Anyway…

Gambar raya tahun ini.
Selamat Hari Raya semua!

8 years

Published by:

Host brother aku, Ken dari Jepun datang melawat.

Dulu time 2004, aku ada chance pi Jepun bawah cultural exposure program. USM la taja. So waktu kat sana, aku dok kat rumah dia 2-3 hari. Program sepuluh hari ja pun, tapi dek kerana program tu lah aku ada motivasi untuk belajar overseas. And the story unfolded already…

He’s still here. Petang ni nak bawa dia pi rumah kak aku lepas tu malam cadang nak gi Lenggong.

Gambar ambil dua malam lepas

That was 8 years different! :D

6 years

Published by:

Hari tu pergi Hospital Seberang Perai. Ingatkan nak cabut dah. Rupanya baru Dr nak check. Itu lah, hari tu pun aku fikir dah, takkan pergi first time terus nak cabut, especially gigi bongsu. So tak cabut la lagi sampai bulan depan. Patut minggu depan boleh buat dah tapi sebab aku ada banyak plan-plan berjalan, so taknak buat lagi.

Anyway… ni amik gambar semalam kat Seagate.

That’s after 6 years :)

Wisdom and HoP 3

Published by:

 

 

Hari Isnin ni aku kena gi Hospital Seberang Perai untuk cabut gigi bongsu. Gigi bongsu lagi… Dulu waktu kat Durham pun cabut gak sampai habis bengkak-bengkak pipi dalam 2-3 bulan. Tu gambar gigi bongsu yang akan dicabut kat atas. Sesetengah orang ada gak gigi bongsu, tapi takyah dicabut kalau dia okay ja. Yang ni, dia tumbuh secara melintang dan kalau tak dicabut, nanti dia kacak gigi geraham. Yang waktu kat Durham dulu macam tu lah. Sampai sakit gigi sebab dah karies bagai.

Yang ‘best’nya bila aku cakap kat orang fasal gigi bongsu, diorang salah faham gigi susu. Haiyo, aku tahulah aku selalu perasan muda, tapi takkanlah gigi susu dok ada lagi kan?

 

Ni gambar HoP yang baru habis hari tu. Serious best. Ely yang first time pergi pun kata best. So, I took it as a success lah.

 

Gambar tengah buat aktiviti.

Gambar diorang solat. Ni buat kat Sedim Eco Resort. Nice gak tempat nih.

 

Gambar nangis. Ni salah satu gambar ja ni. Banyak lagi. Aku punya so-called philosophy, kalau ada nangis-nangis, kira program berjaya la tu. Sebabnya program kitorang ni takde lah sesi psycho-psycho suruh tutup mata, think about this and that. Ni nangis sebab tersingkir ja ni. Keke.

Anyway, aku tengah bersemangat untuk extend program ni ke sekolah lain (with a bit of fee la). So kalau ada sesapa yang ada rakan-rakan dalam kalangan cikgu-cikgu BI, try la bagitau diorang. Preferably area utara la, tapi boleh consider la kalau kat area lain pun :)

 

Thailand

Published by:

Pada cuti hujung minggu yang baru sahaja berlalu, saya dan keluarga pergi bercuti di Songkhla dan Hatyai, Thailand. Saya sangat gembira kerana dapat pergi bercuti bersama emak, ayah, kakak dan abang. Kami pergi ke tepi pantai, zoo dan berjalan-jalan di pasar malam di Hatyai. Selepas seharian di Thailand, kami pun pulang.

Well, that’s pretty much describes it. Rasanya ni first time kitorang sekeluarga bercuti bersama-sama selepas beberapa tahun. And I agreed with my sister – one of the reason that we were both satisfied is how mom looks like she enjoyed it a lot. Sepanjang berjalan pun, takdelah apa-apa yang tak best yang terjadi. Tayar pancit awal-awal waktu kat sempadan, tapi kemudian, everything went smoothly. Anak-anak menakan aku yang ramai tu pun tak buat hal.

My whole family in the pic-ca up there. Asal jalan ja, orang cakap Thailand. Bila dah sampai Thailand, barulah tersedar kenapa waktu kat UK dulu orang Thailand pun pernah salah anggap aku Thai. Sebabnya muka orang-orang Thai pun lebih kurang sama ja macam orang Melayu. Dan diperingatkan oleh Abang Ipar aku yang dulu pun, area selatan Thailand ni memang hak milik Sultan Kedah. So, memang orang Melayu la kiranya yang ada kat belah-belah sini.

Salah satu tempat yang best kitorang pergi ialah Zoo Songkhla. Well, aku pun takdelah minat sangat nak pergi zoo sejak-sejak dah besar ni. Tapi Zoo nih lain sikit sebab dia besar. Kena drive kereta sendiri dalam tu untuk pergi dari satu lokasi ke lokasi lain. Taklah sempat pergi tengok banyak menatang sangat pun. Tapi highlight of the day ialah membelai-belai rusa yang dibiar berkeliaran. I mean, dia adalah area dia yang dia tak bagi rusa tu terlepas dari area tu. Tapi boleh belai-belai seperti gambar di bawah, kira cool la tuh.

Tapi highland cow yang nun jauh di sana, jangan risau; anda tetap menjadi haiwan kegemaran saya walaupun saya membelai rusa di atas.

Lepas tu, sempat gak naik tuk-tuk untuk ke Hatyai Floating Market. Best gak floating market ni. Well, macam pasar malam ja, tapi sebab diorang semua jual dari atas perahu, jadi macam unik sikit. Plus, makanan yang dijual unik. Style orang Thai la kan, so dapatlah merasa local cuisine. Oh, dan banyak penjual kat situ jual makanan halal, selepas melalui deretan gerai yang jual bebenda tak halal.

 

Ni gambar naik Tuk Tuk, ataupun gambar berposing dekat belakang tuk tuk sebenarnya. Muat kesemua kitorang naik tuk tuk nih. Kitorang parking kereta kat Tesco, pastu suruh tuk tuk ni drive ke floating market. Waktu pergi, aku duduk sebelah driver seat. Baru nak cari seat belt, er… rupa-rupanya takde. Tapi dek kerana keberatan satu keluarga aku duduk beramai-ramai dalam tuk tuk ni, so tak dapatlah dia nak jalan lelaju.

Anyway, nice trip. Aku setakat beli keychain – action figure yang comel (yang takde kaitan dengan Thailand) untuk dibawa pulang pada diri sendiri (cadang nak boh dalam office). Untuk orang lain ~ well… don’t ask. You don’t know me well enough if you ask for souvenir :P