Category Archives: So-called poetic

Rindu

Published by:

Sedikit rindu akan UK.

Mungkin juga kerna sibuk tiap kali celik dari pejam buat aku rindu tanah itu.

Rindu berbaring merengkot di dalam duvet sambil mata malas dibuka kerana kesejukan.

Rindu akan samar-samar cahaya mentari yang memang jarang-jarang bertandang.

Rindu pada kesunyian lewat petang yang turut memberi aku kekuatan.

Rindu sama alun bayu yang dingin hingga membeku tulang.

Rindu pandang luar tingkap tiap kali kereta api membawaku merentas pekan.

Rindu padang rumput yang kadangkala ada kuda berlarian.

Rindu pada keramaian yang buat aku rasa keseorangan.

Rindu pada hari-hari dulu yang penuh harapan juga impian.

 

Seram

Published by:

Malam itu.

Tika bulan mengambang di luar, aku rasa tidak keruan.

Tidak. Bukan kerna ada hantu terbang masuk dalam bilik.

Bukan juga kerna disampuk.

Tapi bila kepala otak mula mengira, ada mungkin hari esok yang gemilang?

Atau harapan ini palsu belaka.

Bila aku duduk di meja, menghadap muka komputer riba, jantung berdebar laju sekali.

Terasa kepala dihentak batu, membenam diri jauh ke dalam bumi.

Aku cuba lelapkan mata, selimut ditarik sehingga kepala.

Cuma mata tak mengikut kata, badan menggigil bukan demam sebabnya.

Kerna jiwa masih diseksa, soalan bila bila bila kan habis ceritanya.

Jadi aku murung dan merana.

Malam bukan lena diulit mimpi.

Tapi jaga dengan memori ngeri.

Mujur.

Itu semua dahulu.

Bukan yang baharu.

Itu semua cerita lama.

Bukan dicerita untuk buat seram menakutkan jiwa.

Sekadar dikongsi sebagai wacana.

Yang susah itu mesti ditempuh,

sebelum selesa mengganti derita.

Kalau dulu di negeri orang, jiwa tak tentu arah, kacau dan merana,

kini di negeri sendiri, boleh layan Baskin Robbins 1 pint dengan Mahadi di Queensbay jam 2 di hari bekerja.

 

 

P.S: Ini adalah entri berjemaah yang disertai oleh Kak Dijah, Halim dan Naz. So, kitorang akan diberi tema (oleh kitorang-kitorang gak) dan masing-masing tulis berkaitan