Show Me Love (America)

America in few days!

Apalah lagu sangat tak bersemangat kan?

Anyway…

I’ll be leaving to States this coming Wednesday. 3 weeks program bawah kedutaan US. Adalah hari tu diorang cari 5 high school kids dan chaperone. Aku apply dan dipendekkan cerita, ada rezeki dan terpilih.

So sejak 2-3 minggu kebelakangan ni, dok busy untuk make sure student research aku dapat some good results before I leave them. Fortunately enough, most of them did. So, lega lah jugak.

Life is good. Hari tu gi UUM sebab buat workshop Language Grooming dengan kak aku kat DPP SME Bank. Was a nice experience sebab tak pernah handle workshop sebegitu rupa sebelum ni. Agaknya memula diorang ingat kitorang nak buat style ceramah kot, sebab dia jemput kak aku dulu untuk mula.

Mana ada macam tu.. konsep kitorang ni – participants kena involve sekali. So, it was a fun day. At least from my part lah. Tak taulah kalau student-student tu having fun ke tak.

Habis workshop, ternampak ada litar go kart. So sempatlah menerai go kart untuk pertama kali.

So, boleh la perasan-perasan macam dalam cerita Need For Speed sekejap. Rasa cukup laju dah bila tengah bawa go-kart. Tapi bila tengok balik dalam video, rupanya taklah laju sangat. Macam bawak basikal kayuh laju-laju ja speed dia.

:D

2013

Happy New Year everyone.

It’s 2014!

2013 is really not a bad year in term of travelling.

I’ve been to several places, revisiting and exploring new cities.

Went to Brunei. Had amazing times with Bruneians who I was so close with back in Durham. Well, the video clips of us singing proved it, aite?

Took mom and dad to Langkawi. Mom and dad love travelling, therefore, it’s just natural that their boy loves it too.

Got on rides in Universal Studio Singapore and swam in Marina Bay Sands infinity swimming pool, but that’s one topless picture and students are peeking this blog, so… not gonna put it here:P

Snorkeling in Tioman after a night walk in Melaka.

Exploring the not-so-famous-but-yet-so-historical Pula, Croatia. Yes, it’s a colloseum, and nope, it’s not in Rome.

A few hours visit in Rijeka, Croatia and enjoyed amazing cakes!

Taking a stroll around Ljubljana, Slovenia.

Hiking High Tatras in Slovakia, visiting amazing spas and magical castle.

Went back to Durham for a graduation ceremony!

And flying to Ibiza, Spain.

Feeling the expensive side, that is Sydney, Australia. Seriously, mineral water for 3 dollars (bout RM10)??

And experiencing the amazing haven of kangaroos in Phillip Island, near Melbourne. Maan, this is the place to be if you visit OZ.

Went to Cameron Highland and an-entire-family trip to the place I was born – Besout, Sungkai, Perak – and then dipped ourselves in Sg Klah hot spring.

And with my sis and her family, we traveled Kuching, Sibu and Bintulu.

 

Maaaan, that was actually a lot and I’m feeling so blessed. Hopefully, I’ll travel more this year. And that’s my new year resolution!
Oh, and definitely need to get new t-shirt. It’s so redundant in a lot of different pictures! :P

Bumi Kenyalang

Sempat pergi ke Sarawak itu hari.

Join kak aku dan family dia punya trip.

Start dari Kuching, ke Sibu dan Bintulu, pastu drive balik ke Kuching. Sangat penat!

Mahal betul makanan kat sana.

Yang best ialah

Kek lapis Sarawak

Sebab kat kedai tu boleh sampel. Jadi bolehlah try try sebelum membeli. In the end aku beli la 2 ketul. Untuk makanan sendiri sahaja (statement nih, sebab keberatan nak share untuk orang lain).

Kampung Budaya Sarawak

Yang ni best. Sebab diorang ada rumah-rumah dari kaum-kaum yang berbeza. Besar dan tinggi pulak tu. Harga ja mahal. RM60 sekali masuk per kepala. Kecuali lah kalau orang Sarawak. RM25. Bebudak pun RM30. Anak menakan aku sorang tu lahir kat Sarawak, so dia dapat la harga RM25.

Tu gambar anak menakan aku yang lahir kat Sarawak tengah cuba menyumpit. Gambar sendiri pun ada tapi disebabkan pose tak nampak elok, jadi tak boh sini. RM1 untuk 3 kali sumpit. Okay la kan?

Anyway, yang aku enjoy pergi Kuching sebab dapat jumpa kawan-kawan time USM dulu setelah sekian lama tak jumpa. Jumpa balik Firdaus dan Zali dan sempat melepak makan mi goreng depan waterfront pukul 1 pagi. Ala-ala layan Khalil pulak (tapi Khalil takdelah view sungai kan?). Sempat juga jumpa Zakia dan Bob (ni semua ni bebudak debat dulu) dan anak diorang. Yang bestnya sebab tak dirancang dan tetiba jumpa depan kedai kek lapis. Ala-ala kek lapis menjadi penyatuan ukhwah. Kan?

Well…. sometimes it’s not about the place, it’s about the people… :)

Last month

Senyap ja around USM. Nak cari parking kereta pun senang.

Banyak dah staf yang bercuti. Aku tak ambil cuti sebab kalau ambil cuti pun, nanti bila balik kampung, tidur saja sepanjang hari. Esok tengah hari, lepas ambil Mirza yang akan sampai kat airport waktu pagi, barulah balik kampung.

So how’s life?

Sem lepas dah ada 3 orang bebudak Masters (Mixed mode) yang dah lepas buat research. Coming next semester: 1 PhD student, 1 final year project student dan 3 MSc Teaching Project students akan buat research di bawah pemantauan aku. Every time these people come in, I’ll warn them. I said, ‘I’m new, so don’t expect me to know as much as the other lecturer’.

Dan malam ni landlord aku nak datang untuk suruh aku sign contract baru. Berjaya minta dia reduce sewa rumah sebanyak RM50. Okay la tu. Boleh cover streamyx. But also reminding me that I’ve been here for a year already! 1 year in USM went very quickly. Usually revolves around work stuff which is one of the reason why I don’t write much about.

Oleh kerana itu, aku nak tampal gambar yang diambil bulan lepas.

Gambar konvo bulan lepas. Ada rezeki aku untuk sampai Durham balik. The graduation was nice. Kat sana, diorang panggil congregation. Buat dalam Durham Cathedral. This time tak bawak parents aku sebab takde duit. But it turned out to be a very exciting day. Even leading towards it, dua hari sebelum tu, aku jumpa Hasnol. Hasnol belanja makan kat Capital. Dia nak blah the next day sebab dia pun dah habis PhD dia. Kitorang sempat ke rumah lama dan jumpa mak cik sebelah rumah kitorang yang bernama Pat. Kebetulan Hasnol ada sekotak coklat yang dia cadang nak bagi kat orang lain, tapi orang tu takdak, so kitorang (or actually just him) bagi kat Pat. Terharu Pat bila dapat lawatan kitorang.

It was nice. Although it was a bit sad though. Rumah yang kitorang duduk dulu (Oh, rumah yang aku buat video klip raya yang masuk MHI, dan juga lagu Hey Soul Sister tu), diberitahu oleh Pat berada dalam keadaan teruk. Filthy, that’s what she said. Sedih dengar. Orang selepas kitorang keluar tu tak jaga.

Other than that, congregation day went amazingly. Sesi aku sebelah pagi tu tak hujan (sebab sesi petang hujan), ramai kawan-kawan Malaysian aku pun end up dalam sesi yang sama, dan lepas tu aku hang out dengan kawan-kawan Durham, jumpa supervisor : it was a great day.

And walking along Durham riverside was a good reminiscent of my life back then.

And the graduation day was a good way to say ‘goodbye Durham’ (-;

Pula

Salam Ramadhan semua.

Dah sampai balik Malaysia nak dekat seminggu dah. Tapi masih lagi batuk dan selsema. Aku standard lah macam tu, kalau batuk/selsema, mesti tak lega cepat-cepat. Tapi yang tak bestnya, masih lagi jet lag. Boleh?

Itu pun standard jugak, memang dulu kalau balik kampung 2-3 minggu pun, seminggu pertama aku terbungkang dalam rumah sebab jet lag.

Europe trip was fun. Kulit hitam sikit sebab dok berjalan-jalan.

Pula

Mula-mula aku pergi Pula di Croatia. Reason of travelling: basically sebab cari-cari dalam RyanAir (penerbangan murah ala AirAsia), tetiba nampak yang ni agak murah. So, tu sebabnya termendarat kat negara Croatia nih. Kalau tak, Croatia ni pun aku tak tau kat mana.

Kat Pula ni ada gak bangunan yang macam Colloseum nih sebab ada pengaruh Rome. So lepas book tiket, baru cam impress yang tempat ni rupanya banyak gak sejarah dia. Aku ni buta sejarah sikit dan memang tak amik peduli sangat pun fasal sejarah. Janji boleh berposing depan bangunan-bangunan yang nampak cambest, sudah cukup baik.

Disebabkan kat Europe ala-ala panas sebab time summer, so banyak jugaklah hari-hari yang aku bersleeveless sambil pusing-pusing city. Tapi sebab sekarang dah ada anak murid kan (juga rerakan sekerja), so takyahlah upload gambar-gambar tu kat sini. Boh dalam Facebook sahaja. Itu pun student-student aku tak approve. Oh, untuk para student sekalian, bolehlah mengadd aku di Facebook di sini:-

https://www.facebook.com/ahmadlutfiamri

Bukannya apa, sebenarnya bajet nak boh alamat FB tuh dalam name card untuk diberi di konferens kat London itu hari, tapi dek kerana kesibukan dan keterlupaan, tak siap lagi name card sampai sekarang.

Okay, nak ciao nak gi rumah kawan aku untuk berbuka. Tuh gambar kat atas tu gambar diorang buat pertunjukan gladiator kat dalam arena tu. Ada rezeki sampai time diorang buat festival.

Taklah bercadang untuk cerita setiap tempat yang aku pergi sebab once masuk kerja esok, confirm busy sampai weekend pulak.

Selamat berbuka semua!

London

Menulis tika berada di bumi London. Should be enjoying this place but I’ve got fever.

Alhamdulillah, dah berjalan sakan dah sebelum konferens. Sempat menapak di Croatia, Slovenia, Austria, Slovakia dan juga Sepanyol. Juga sempat hadir konvokesyen di Durham.

Sihat walafiat sampai lah beberapa hari lepas bila sampai balik di Durham. So semalam, time session aku, pergi lah jugak walaupun badan tak sihat. Ya lah, dah USM pun biaya untuk ke sini untuk tujuan konferens, sakit-sakit pun kena lah pergi jugak.

Alhamdulillah ada lagi rezeki aku buat backpacking tahun ni. Kalau rajin, aku upload gambar. Sebabnya once dah sampai balik ke Penang minggu depan, kerja dah jenuh dah.