Thailand

Pada cuti hujung minggu yang baru sahaja berlalu, saya dan keluarga pergi bercuti di Songkhla dan Hatyai, Thailand. Saya sangat gembira kerana dapat pergi bercuti bersama emak, ayah, kakak dan abang. Kami pergi ke tepi pantai, zoo dan berjalan-jalan di pasar malam di Hatyai. Selepas seharian di Thailand, kami pun pulang.

Well, that’s pretty much describes it. Rasanya ni first time kitorang sekeluarga bercuti bersama-sama selepas beberapa tahun. And I agreed with my sister – one of the reason that we were both satisfied is how mom looks like she enjoyed it a lot. Sepanjang berjalan pun, takdelah apa-apa yang tak best yang terjadi. Tayar pancit awal-awal waktu kat sempadan, tapi kemudian, everything went smoothly. Anak-anak menakan aku yang ramai tu pun tak buat hal.

My whole family in the pic-ca up there. Asal jalan ja, orang cakap Thailand. Bila dah sampai Thailand, barulah tersedar kenapa waktu kat UK dulu orang Thailand pun pernah salah anggap aku Thai. Sebabnya muka orang-orang Thai pun lebih kurang sama ja macam orang Melayu. Dan diperingatkan oleh Abang Ipar aku yang dulu pun, area selatan Thailand ni memang hak milik Sultan Kedah. So, memang orang Melayu la kiranya yang ada kat belah-belah sini.

Salah satu tempat yang best kitorang pergi ialah Zoo Songkhla. Well, aku pun takdelah minat sangat nak pergi zoo sejak-sejak dah besar ni. Tapi Zoo nih lain sikit sebab dia besar. Kena drive kereta sendiri dalam tu untuk pergi dari satu lokasi ke lokasi lain. Taklah sempat pergi tengok banyak menatang sangat pun. Tapi highlight of the day ialah membelai-belai rusa yang dibiar berkeliaran. I mean, dia adalah area dia yang dia tak bagi rusa tu terlepas dari area tu. Tapi boleh belai-belai seperti gambar di bawah, kira cool la tuh.

Tapi highland cow yang nun jauh di sana, jangan risau; anda tetap menjadi haiwan kegemaran saya walaupun saya membelai rusa di atas.

Lepas tu, sempat gak naik tuk-tuk untuk ke Hatyai Floating Market. Best gak floating market ni. Well, macam pasar malam ja, tapi sebab diorang semua jual dari atas perahu, jadi macam unik sikit. Plus, makanan yang dijual unik. Style orang Thai la kan, so dapatlah merasa local cuisine. Oh, dan banyak penjual kat situ jual makanan halal, selepas melalui deretan gerai yang jual bebenda tak halal.

 

Ni gambar naik Tuk Tuk, ataupun gambar berposing dekat belakang tuk tuk sebenarnya. Muat kesemua kitorang naik tuk tuk nih. Kitorang parking kereta kat Tesco, pastu suruh tuk tuk ni drive ke floating market. Waktu pergi, aku duduk sebelah driver seat. Baru nak cari seat belt, er… rupa-rupanya takde. Tapi dek kerana keberatan satu keluarga aku duduk beramai-ramai dalam tuk tuk ni, so tak dapatlah dia nak jalan lelaju.

Anyway, nice trip. Aku setakat beli keychain – action figure yang comel (yang takde kaitan dengan Thailand) untuk dibawa pulang pada diri sendiri (cadang nak boh dalam office). Untuk orang lain ~ well… don’t ask. You don’t know me well enough if you ask for souvenir :P

Tips Ketika di Hostel Backpackers

Janggalnya tajuk ini. Tapi Kak Dijah bertanya

“tips duduk kat motel backpackers?mggu dpn stay 2 nights there”

And I suppose I got some interesting stories of my experience, so why not share them a bit, eh. Waktu study kat Durham dulu lah, aku selalu ja jalan-jalan dan cari backpackers hostel ni. Sebabnya, harga dia memang jauh lebih murah.

1. Bawa sandal.

Kadang-kadang bilik air dia bersambung dengan bilik. Tapi, most of the time memang kena jalan keluar sikit kalau nak ke toilet. So, kalau ada selipar jepun memang cukup baiklah.

2. Bawa tuala sendiri.

Bawa juga tuala sendiri, ini bukan hotel. Hehe.

3. Tegur sapa lah dengan rakan sebilik.

Aku selalu gak jalan-jalan sendiri. Dan yang bestnya jalan sorang-sorang ni, ialah ada lebih banyak peluang untuk berkenalan dengan rerakan sebilik. Tegur-tegur, tanya dari mana. Flirt-flirt sikit. Oops.

Kalau diorang memang jalan sorang-sorang, boleh terus ajak diorang keluar jalan-jalan sesama. Terus dapat kawan baru. Terus ada orang nak tolong tangkapkan gambar. Hehe.

Pernah sekali aku di Jerman. Ni, dua tahun lepas. Berkenalan dengan 2 orang mamat ni, diorang dua orang dari US, dan diorang pun bukannya travel sekali. Dua-dua ni dalam lingkungan 20 tahun. Salah sorang daripada diorang ingat aku dalam belasan tahun (motip betul!) bila aku bagitau dia aku 25 tahun, ketika itu.

Yang bezanya bebudak US dengan bebudak British ni ~ er… macam tengok Step Up dengan Harry Potter la. Orang British biasanya sopan sikit. Kalau baru kenal, diorang tak open sangat. Yang mamat-mamat Amerika ini, terus bercerita fasal …. er… their experience with cougar… sambil berhigh-five sesama sendiri. Aku gelak ja.

Lepas tu, kitorang pun keluar pergi makan kat kedai kebab. Jerman senang gak la, sebab kedai kebab dia banyak yang halal.

Sekali lagi pulak, aku kat Manchester. Ada sorang mamat Perancis ni dia travel sendiri, so aku pun join lah dia jalan pusing-pusing bandar.

I mean, those kind of experience, for me, is rather nice. So, do that if you are in a backpackers place!

**

That’s basically it.

Gambar atas: Pandangan dari luar tingkap kereta api ketika backpacking di Austria dulu.

Gambar tepi: Dengan Pidin depan hostel Smart Hyde Park Inn di London. Aku suka hotel ni sebab dekat Bayswater yang banyak makanan halal, juga dekat dengan Malaysia Hall,  dan juga hotel ni ada tirai kat setiap katil, jadi boleh tido tanpa perlu risau orang melihat gaya buruk tidur kita.