Category Archives: Uncategorized

But Cikgu, We Lost! The Novel

Published by:

Maka… aku pun terasa lah untuk menulis sikit. Nak novelkan teater yang aku dah buat 3 kali dah iaitu kat SMK Labu Besar, USM dan Perlis baru-baru ni.

Takde bertemakan cinta-cinta, so takdelah nak rebranding jadi Cikgu, I Love You ka, atau tajuk-tajuk sedemikian. Dan harapnya, aku akan rasa lebih semangatlah untuk tulis secara konsisten.

So check it out la ya.

http://amri.solarstreak.com/butcikgu/

 

Buat lagu baru?

Published by:

“Pak Tam tak buat lagu baru ka?” Anak abang aku tanya tadi.

Ha ah kan. Mana ada dah dok berYoutube. Lagu baru pun tak buat lama dah. Last sekali Maybe It’s The Smile lah. Lepas tu senyap.

Ada satu lagu yang aku tengah work on. Kekonon bertemakan travelling. I mean, the truth is I’m having a serious relationship with the world. Simpan duit gaji untuk travel. So might as well buat satu lagu tema.

But I won’t bet on myself when it comes to producing song or writing e-novel. Inspirasi tak macam waktu kat Durham dulu. Might be due to the fact that I have a lot of work responsibilities these days. So bila balik rumah, dah malas dah nak berkarya.

Ni sekarang kat rumah mak aku. Makan kenyang dah, so let’s try composing some music! :D

Ramadhan

Published by:

6.20, 2nd of Ramadhan.

Back in the office after jaga exam.

Ada meeting dengan student. Lauk dah beli, kejap lagi boleh terus balik dan makan.

Wondering myself if I’m actually a workaholic.

Salam Ramadhan semua.

Dah keluar

Published by:

A photo posted by Amri (@amrisolarstreak) on

Sempat menjengah kat kedai buku kat Gurney sebelum tengok movie on D-Box. Btw, D-Box tu kalau nak best, kena bersila, baru rasa effectnya, kalau kaki terjulur ke bawah tak la puas sangat. Dan lagi satu, movie macam Run All Night tak berapa worth it kot sebab tak banyak sangat actionnya. Yang terasa pun bila part dalam kereta, rasa macam bergegar macam naik kereta. Like… dah penat kot tadi naik kereta, so nak dok tenang-tenang, dan kini diingatkan balik rasa dalam kereta.

Tapi kalau nak dok tenang-tenang,  gatal amik D-Box, buat apa ya tak.

And yes, buku dah keluar.

Excited gak sebab nampak dah ada kat kedai buku.

Weekend lepas aku bawak balik ke rumah mak ayah aku.

Ayah aku duk atas buaian dan kemudian dia selak-selak.

Malam pulak tetiba dia masuk bilik hujung senyap-senyap. Rupanya dia dok baca.

Terus rasa malu~~

Mana taknya, cerita dahlah tema-tema remaja. Haish.

Terus aku fikir, ada tak part-part kurang sesuai?

Ah~ ada watak-watak gedik dalam tuh.. Haish.

I’ve got a huge compliment from a lot of people (sebab diorang baru nampak cover buku dan tak baca lagi isinya). Dengar kata sorang student Maths dan abis baca dah. Wah, cepat betul. Dan terus la kan timbul spekulasi-spekulasi yang cerita dalam tu adalah cerita hidup aku.

Haish, takleh la macam tu. Mana boleh tulis cerita hidup sendiri, nanti kalau ex-ex baca, susahlah…

 

Tapi impian jadi kenyataan lah.

Tadi terjumpa kawan lama kat masjid.

Seperti biasa soalan cliche pun muncul.

Terus aku jawab, ‘Belum Aku Temu…’

At least bleh gak jadi iklan tak berbayar secara tak langsung. Hehe.

Ahoy

Published by:

A lecturer, a researcher, a traveller, a Pokemon gamer, an American reality tv addict, a retired Youtuber and a old-but-I’m-not-that-old-,-young-but-I’m-not-that-bold guy :)

Counting Stars

Published by:


Baru balik dari KL atas urusan kerja. Baru sampai tika Maghrib tadi.

Bertemu pensyarah-pensyarah matrikulasi aku. Dan tiba-tiba teringat beberapa bulan lampau, juga berjumpa pensyarah aku tika KMPP dulu.

Aku sapa dia. Perkenalkan diri. Tanya jika dia ingat sama aku.

Dan spontan sahaja dia membalas, ‘ingat, kamu kan dulu selalu mengajar depan kelas. Nak jadi pensyarah kan? Dah jadi lah ni’.

Buat jiwa rasa suam sekali. Terharu.

Buat aku rasa bersalah juga.

Berapa kali sangatlah aku jumpa guru-guru dan ucapkan terima kasih….

Sigh