Category Archives: Uni Life

A small start

Published by:

Just a shout out to my students. And by the way, I’ve never done this before.

4 minggu lagi semester baru start.

Apa kata buka buku panduan dan tengok sinopsis kursus yang akan diambil.

Kalau dah nampak beberapa tajuk awal tu, google tajuk tersebut atau cari dalam Wikipedia. Atau kalau memang dah ada nota dari senior, lagi bagus.

 

Cuba target hendak belajar sendiri dalam 10 muka surat nota kuliah.

Atau 5 muka surat pun boleh.

Atau 2 muka surat pun tak apa.

 

Cuba baca-baca.

Cuba buat nota sendiri.

Cuba google contoh-contoh dalam internet.

 

Cuba study di masa-masa ini yang memang free dan tak ada tekanan untuk test dan exam sambil-sambil mengunyah ketupat (raya posa 6) atau kuih semprit atau kuih kacang Mazola (nak sebut kuih rainbow, time bulan posa dah abis dah sebab sekali ngidang ja dah lesap semua pakat2 mengunyah).

 

Cubalah (cuba study, bukan cuba makan kuih semprit).

 

Walaupun mungkin tak dapat pun result gempak dek kerana usaha ini, tak kah seronok kalau minggu pertama kuliah, time tengah masih lagi melayan mood cuti, dah faham dah sikit apa yang diajar oleh lecturer nanti.

 

Cubalah :D

Code of Conduct

Published by:

Setelah hampir 2 tahun menjadi pensyarah kat USM nih, banyak la jugak pengalaman baru yang diperoleh. Terutamanya berkaitan nak deal dengan student. Oleh kerana itu, di sini aku buat draft untuk Code of Conduct untuk pelajar pada sidang akan datang. Nanti kena tampal depan bilik, takpun tunjuk time kuliah.

 

Definisi: Code of Conduct ini bertujuan untuk mempermudahkan cara perhubungan antara pelajar dan pensyarah berkaitan bagi melancarkan sesi perbincangan supaya tujuan komunikasi dapat dioptimumkan. Kod ini juga diberikan kepada pelajar yang bercadang atau sedang melakukan penyelidikan di bawah penyeliaan Ahmad Lutfi Amri Ramli (selepas ini ditulis sebagai ‘pensyarah’ atau ‘pensyarah terbabit’)

Umum

  • Telefon bimbit mestilah dalam mode silent ketika sesi perbincangan dilakukan.
  • Untuk perihal meminta souvenir ketika pensyarah berjalan-jalan ke luar negara, rujuk klausa ‘Pelajar Penyelidikan’.
  • Pelajar bolehlah menggunakan bahasa santai ketika membalas twit pensyarah atau komen di Facebook bagi status, namun untuk tujuan rasmi dan soalan rasmi, sebarang perkataan dan ejaan ‘hippie’ atau berbentuk keremajaan sekolah menengah tidak dibenarkan.Contoh:- Ejaan ‘x’ untuk ‘tidak’ adalah tidak dibenarkan.

    – Penggunaan ejaan dengan loghat tempatan juga tidak dibenarkan untuk tujuan rasmi.

  • Temujanji sangat digalakkan untuk dibuat sebelum apa-apa sesi perbincangan, kecuali perihal yang hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.

Pelajar Kursus Yang Mempunyai Peperiksaan Akhir dengan pensyarah terbabit

  • Sebarang bentuk hadiah tidak dibenarkan bagi mengelakkan rasa belas terhadap gred yang diberi, walaupun gred masih tidak berubah sekalipun hadiah diberi. Hadiah, jika terasa ikhlas, bolehlah diberi setelah keputusan peperiksaan diumumkan.

 

Pelajar Penyelidikan

  • Perihal ini berkenaan pelajar di dalam kategori penyelidikan, termasuk pelajar projek tahun akhir, disertasi dan PhD
  • Pelajar haruslah bersedia untuk bertemu sekurang-kurangnya setiap dua minggu.Pelajar yang kurang bertemu mungkin diberikan gred yang lebih rendah daripada kebiasaan.
  • Temujanji perlulah dibuat sebelum sesi perbincangan, kecuali perihal yang hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.
  • Untuk pelajar projek disertasi Master, pelajar hendaklah bersedia untuk memulakan perbincangan sejak Semester 1 walaupun projek disertasi secara rasminya hanya bermula pada semester kedua.
  • Untuk pelajar tahun akhir, pelajar haruslah bersedia untuk melakukan kerja berkaitan penyelidikan projek ketika cuti pertengahan semester.
  • Pelajar penyelidikan bolehlah meminta souvenir jika pensyarah berjalan-jalan ke luar negara. Pemberian souvenir bergantung kepada keteringatan pensyarah.
  • Pelajar penyelidikan mestilah menahan diri daripada bertanya soalan peribadi kepada pensyarah. Segala soalan berkaitan relationship sama ada lampau, kini, akan datang atau yang berbentuk spekulatif tidak menyumbang kepada penyelidikan pelajar dan meletakkan perhubungan pensyarah-pelajar seliaan dalam keadaan tidak selesa (sekurang-kurangnya bagi pihak pensyarah).
  • Waktu diskusi haruslah digunakan dengan baik. Pelajar mempunyai hak untuk menegur pensyarah jika topik perbincangan lari daripada tujuan asal.

Hal-hal Lain

  • Pensyarah mempunyai hak sepenuhnya untuk meminda mana-mana perihal di dalam kod ini tanpa memaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu.
  • Pelajar yang mempunyai nombor telefon bimbit pensyarah tidak dibenarkan untuk berkongsi kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran pensyarah terlebih dahulu. [1]
  • Penggunaan mesej SMS atau melalui whatsapp adalah seperti berikutĀ  [1]
    • Untuk memberitahu kelewatan atau ketidakhadiran sesuatu temujanji (oleh pensyarah atau kepada pensyarah)
    • Untuk memberitahu hal-hal kecemasan
    • Bukan untuk bertanya tentang waktu kelapangan bagi tujuan temujanji (sila gunakan Facebook bagi tujuan tersebut)
    • Bukan untuk bertanya tentang soalan-soalan panjang yang memerlukan balasan yang juga panjang (juga, sila gunakan Facebook untuk tujuan tersebut)
    • Bukan untuk perbualan yang memerlukan pensyarah merujuk sebarang dokumen di dalam komputer (juga, sila gunakan Facebook untuk tujuan tersebut)

 

 

 

 

 

Revision:

16/6/2014 : Hal-hal lain (perihal telefon bimbit dan whatsapp) ditambah [1]

 

 

Computer

Published by:

Life is good. Pulled the joke,

“I don’t know about you, but I’m feeling …18” in the class the other day. Shown the picture where it says that my biological age is 18, as seen in previous post.

Just turned 29 the other day. Spent the day with my loved ones. Had a simple celebration but sweet enough, I would say.

New semester had started last week.

This semester I’m using this thing call Microsoft Surface which is pretty cool. No more tedious OHP Projector and those time where I have to adjust the clarity. Surface has pen and I could write easily. And the thing I’ve written in the lecture is automatically uploaded on web so my students can see it online.

Pretty cool aite?

So I ask my students, ‘do you guys have computer at home?’, so that I know if they can browse it in their room.

Bit of murmur going around. So I continue, ‘whoever has computer, please raise up your hand.’

Bit of hand raising. Some looks confused.

“Who doesn’t have computer?”

Still the same.

‘Sapa ada komputer kat bilik?’ so maybe Malay would be better?

Then I heard ‘kitorang ada laptop!’

What?

Then I went like ‘laptop tu… komputer riba laaa!’ followed by the burst of laughter from my students.

Maaan! Honestly? I’m probably so old that I do not know that computer these days are referred as that bulky desktop computer?

Anyway….

 

Akhir

Published by:

2 pagi tapi tak tido lagi. Tambah lagi bila letih, lagi susah nak tido. Tadi kelas terakhir untuk semester ni. Dan paper yang aku ajar takde exam, so takyah mark exam. Yeay!

Oops, apa ingat student ja happy bila takde exam. Pensyarah pun turut happy tau.

Tapi seriously semester ni sangat penat. Walaupun kuliah hari Selasa 3 jam ja, tapi untuk preparation, memang banyak masa diperlukan. But regardless, it was fun.

And less than a month, akan pergi ke UK.

“Bila balik UK?” Shila tanya aku tadi waktu dia call. In my head, like.. balik? Pergi lah.

But yeah, I’m really looking forward to go back to Durham. There’s a lot of nice memories had been made over there.

A close friend of mine went like ‘I envy you, seems like you are sorted and you look happy’. Well yeah, tapi orang putih kata, I’ve paid my due (although I feel like there’s still more to come – the hardship).

Salah sorang budak kelas aku tadi kata, dia tak tido malam sebab buat assignment.

Well, I should be more emphatic, tapi aku lebih kejam so aku reply,

“yeah, that supposed to happen. When I did my Masters (and then PhD), I didn’t sleep for like 5 years”.

Well…

Semalam jadi hakim untuk debat S P R M (diselangkan supaya kalau orang google perkataan tersebut, taklah ter-masuk dalam page tak profesional ini), waktu diorang nak kasi cenderamata, yang pengacara majlis tu panggil aku ‘encik’. Sekali penonton dari kalangan bebudak USM la jugak, pakat-pakat jerit ‘doktor’.

Aku macam…. haiyoh… ada pengarah S P R M Penang tu…

But anyway, kalau dipanggil encik pun, takpa.

Kalau tak diberi cenderamata pun takpa.

Oh, tapi kalau beri honorarium takpe sebab boleh guna untuk makan KFC. Keke.

But regardless, lepas ni aku nak demand untuk apa-apa event yang aku datang, cenderamata, kalau hendak diberi, perlulah dalam bentuk makanan. Satu, diorang boleh jimat bajet. Secondly aku pun boleh jimat bajet jugak untuk kunyah-kunyah. Oh, tak pun Donut JCO! Sekarang ni, asal pergi Queensbay, beli donut JCO. Coco Loco tu aku suka. Dengan Tira Miss U. Best yang tu.

Semalam beli 3, ada lagi 2 ketul kat dalam peti ais.

Boleh buat supper sebelum tido :P

Good night (pada sesapa yang baca time-time nih)

P.S: Orang-orang Brunei selalu guna ‘akhir’ untuk maksudkan ‘lewat’ :)

Sharing

Published by:

Baru balik dari sesi perkongsian pengalaman di DK G, bersama Mahadi.

Sebenarnya aku sendiri pun confused, disebabkan kitorang takdelah define lelebih kat students yang nak berkongsi fasal apa. Misalnya, boleh ja kalau tetiba kitorang kongsi, bagaimanakah hendak berbackpacking dengan jimat di Eropah.

Tapi ramai gak student yang datang. So, Alhamdulillah.

Aku rasa sesi ni lebih kepada benda-benda yang aku dan Mahadi selalu sembang. Sembang fasal assignment student, fasal exam, dan rugi juga kalau keluhan tu, setakat aku dengan Mahadi ja yang tahu. Biar student ni datang, dan diorang boleh dengar sendiri.

I think it went well. Aku dah cakap kat Ros, MPP Maths dan Mahadi sendiri, suruh jadikan sesi ni sebagai sesi santai.

Hasilnya, aku bersembang dengan Mahadi, aku bahasakan diri ‘hang-aku’, dengan students, aku sebut ‘korang-saya’. Korang tu..

Dan harapnya bagi yang kurang motivasi sebelum ni, dapat la tumbuhkan sedikit motivasi.

I was thinking ~ hm… Mahadi and I did make a good team. Sebabnya aku tak pernah kot duduk depan dengan Mahadi dan buat sesi macam tu.

Eh, actually waktu Tahun 2, ada persatuan mana ntah jemput aku dan Mahadi untuk kongsi tips belajar jugak.

Tapi waktu tu, sesi formal lah.

Anyway…

Had a good time. Kalau ada peluang, kitorang buat lagi, dan kitorang cuba improve lah apa-apa yang patut :)

P.S: Sangat appreciate diorang datang sebab benda ni takde pun unit CSD ke apa benda ntah diorang panggil, setakat buat suka-suka ja.

Surly

Published by:

I don’t talk much about work stuff. Because I think it’s rather confidential. Tapi yang mana boleh cerita, aku cerita lah.

So I’m checking assignment this week.

And you know ~ mathematics ~ selalunya kalau diberi soalan, memang boleh dapat result yang sama atau lebih kurang sama. So, aku bagilah satu open question. Yang mana soalan ni, aku tak rigid sangat sebab saja nak test kefahaman. Gitu kan? Kalau zaman jadi student dulu, mesti tak suka soalan-soalan macam ni.

Yang ‘bestnya’ ialah jawapan beberapa pelajar ini lebih kurang sama, walaupun soalan open-ended. Ala… aku pun pernah jadi student, so tahu sajalah yang diorang ni memang selalu berbincang antara satu sama lain. Tapi ceritanya begini.

Diorang ni sebenarnya nak tulis ‘surely convergent’ yang mana aku rasa mungkin penggunaan perkataan lebih tepat ialah ‘absolutely convergent’.

Tapi agaknya salah salin, terus ditulis ‘surly’. Masalahnya, ini bukan satu dua orang. Ada kot lebih 20 orang tulis surly convergent.

Haish… ini lah masalah mencopy. Ejaan salah pun tak perasan.

Apa itu surly? Menurut Google Dictionary, surly ialah ‘Bad-tempered and unfriendly’, which is the state I was for reading this mistake is repeated by so many different students.

Yang paling best ialah salah seorang student tulis ‘surfly’. Surfing in Bali?

Namun mujurlah sekarang ni beban kerja tidak begitu banyak, jadi taklah dipenalise oleh aku (tapi taklah dapat banyak markah sebab aku memang kedekut markah)

Oh, lepas beberapa skrip, kemudian aku terjumpa salah satu skrip yang aku rasa menjadi sumber perkataan surly dan surfly ini tercetus dalam assignment Maths. Rupanya ejaan surely dia tu, ‘e’ tu macam bersambung sikit dengan ‘r’ dan ‘l’, sebab jenis tulisan yang macam bersambung, bukan sebijik-sebijik macam aku.

Jadi misteri perkataan disalah eja pun terjawablah.

Sekian.