Dah keluar

A photo posted by Amri (@amrisolarstreak) on

Sempat menjengah kat kedai buku kat Gurney sebelum tengok movie on D-Box. Btw, D-Box tu kalau nak best, kena bersila, baru rasa effectnya, kalau kaki terjulur ke bawah tak la puas sangat. Dan lagi satu, movie macam Run All Night tak berapa worth it kot sebab tak banyak sangat actionnya. Yang terasa pun bila part dalam kereta, rasa macam bergegar macam naik kereta. Like… dah penat kot tadi naik kereta, so nak dok tenang-tenang, dan kini diingatkan balik rasa dalam kereta.

Tapi kalau nak dok tenang-tenang,  gatal amik D-Box, buat apa ya tak.

And yes, buku dah keluar.

Excited gak sebab nampak dah ada kat kedai buku.

Weekend lepas aku bawak balik ke rumah mak ayah aku.

Ayah aku duk atas buaian dan kemudian dia selak-selak.

Malam pulak tetiba dia masuk bilik hujung senyap-senyap. Rupanya dia dok baca.

Terus rasa malu~~

Mana taknya, cerita dahlah tema-tema remaja. Haish.

Terus aku fikir, ada tak part-part kurang sesuai?

Ah~ ada watak-watak gedik dalam tuh.. Haish.

I’ve got a huge compliment from a lot of people (sebab diorang baru nampak cover buku dan tak baca lagi isinya). Dengar kata sorang student Maths dan abis baca dah. Wah, cepat betul. Dan terus la kan timbul spekulasi-spekulasi yang cerita dalam tu adalah cerita hidup aku.

Haish, takleh la macam tu. Mana boleh tulis cerita hidup sendiri, nanti kalau ex-ex baca, susahlah…

 

Tapi impian jadi kenyataan lah.

Tadi terjumpa kawan lama kat masjid.

Seperti biasa soalan cliche pun muncul.

Terus aku jawab, ‘Belum Aku Temu…’

At least bleh gak jadi iklan tak berbayar secara tak langsung. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *