Do they really exist?

1.17 am. I just finished doing my final teaching video for the semester. Ni kira awal la aku habis buat video malam ni. Kalau tak pukul 4 pagi baru habis.

As Covid-19 is happening, class still goes on. Student aku ada beberapa yang tiada internet yang laju, jadi aku buat video, upload kat Dropbox juga Youtube dan bagi link kat diorang.

Kalau yang berminat nak tahu macam mana aku handle kelas, boleh tengok sini. Ada penampilan istimewa Rizq.

Life has not been easy since Covid-19 is spreading. But I realize, my life is waaaay better than some other people who were affected much worse. With that, I am grateful. Makan pakai masih cukup. Duit gaji masih masuk.

But business as usual in term of work is challenging. I mean, I got a wife and a baby. And work from home means ~ as a husband and a father, they are matters to me. Tak bolehlah kalau Rizq nangis pastu biar saja kan?

But then again, my life is still way better than the others. Mahadi pun kerja dan lagi, ada 3 anak. So it’s obviously more challenging for him and his wife. And those people who are badly affected by this.

I hope it is over soon. This MCO.

Cuma satu yang selalu buat aku stress ialah dengan perangai warga net. Aku sebenarnya jarang betul masuk Twitter sebab Twitter memang penuh dengan royanan tak berkesudahan. Walaupun aku follow orang yang aku kenal, tapi pantang dia like something, Twitter akan papar, dan banyak la benda-benda yang depa like ni yang berbaur negatif.

Aku check Twitter sekarang ni sebab nak tengok update dari KKM. Tapi akan terpandanglah dengan perangai-perangai manusia yang suka maki-maki. Maki orang ini, maki orang itu. Maki geng tabligh. Maki orang balik dari oversea. Sampaikan aku pun menjadi stress membacanya.

Pada hemat aku, dalam keadaan sekarang yang memang dah negatif, tak boleh keluar rumah, kongsilah pos yang baik-baik. Share gambar kucing pun tak apa walaupun aku pada dasarnya tak suka kucing sebab bulu jatuh dan pelbagai faktor lain.

Dan aku perasan, mungkin sebab semua orang terkurung saja di rumah, ramai yang cepat naik angin, paranoid dan negatif dengan benda-benda kecil. To the second point, which is aku pulak termasuk dalam group-group Whatsapp yang ada orang-orang begini.

Tapi itulah. Aku stress juga, tapi tak adalah kisah sangat bila terperap di rumah ni lama-lama. Mungkin sebab zaman di UK dan Darmstadt dulu, memang terpaksa terperap dalam rumah bila musim-musim sejuk. Dan bila terperap macam tu lah yang dulu aku selalu menulis, buat video Youtube dan sebagainya.

Sekarang buat video juga, tapi video kuliahlah.

But tomorrow is my final class. So lepas ni bleh la bekerja pada waktu yang lebih normal. Harap-harap kita semua boleh menjalani kehidupan yang normal tak berapa lama lagi. Dah macam dalam YA(Young Adult) series yang post-apocalyptic dah ni, kena berkurung dalam rumah ja. Kesian Rizq membesar dengan tak berjumpa orang lain kecuali mak bapak dia ~~ see, boleh jadi YA series dah kan.

“I am 10 years old. I grow up with mom and dad. I can see that the sky is blue and the trees are green. But I had never step my foot on the grass. I never meet other people. I talk to people through my phone, but do they really exist? Is there any other people out there, other than us?”

Bam! Then you get a Netflix series already.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *