Europe Trip 14

 

 

 

Sempat berjalan-jalan ke Eropah ari tu. Baru sampai balik hari Ahad lepas. Dengan jetlag dua tiga hari. Biasa lah tu. Bak kata Mahir, kawan-kawan yang dah kahwin tunjuk gambar anak-anak, kita-kita yang single ni tunjuk gambar berjalan lah. So here we go :D

Bas kat Dublin. Bas yang boleh masuk dalam sungai. Bas yang ni kat London pun ada, tapi kat Dublin diorang pakai topi Viking. Tema Ireland lah katakan.

Jejaka penjual bunga. Oooh, boleh buat tajuk novel tuh! Takpun drama bersiri TV3. Ni kat Sandycove, beberapa batu dari Dublin.

Aku pusing kali ni dengan Rosmin. Europe Trip yang tak cukup korum. Mahadi tak dapat nak join. Ni dekat stesen keretapi Fota, dekat-dekat Cork. Cork ni dalam 3 jam gak dari Dublin.

 

Posing depan windmills. Zaanse Schaans ni perkampungan komersil yang dalam 15 minit train dari bandar Amsterdam.

Depan area Zoo dan Aquarium kat bandar Berlin.

 

Rosmin balik awal so kat UK, aku pusing road trip dengan Putri, dan kawan-kawan Putri  – Suki dan Aimee. Ni area Cotswolds, bandar lama kat selatan tengah England.

Gambar paling narsis/vain untuk trip kali ini. Berjalan kat Painswick, still area Cotswold :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *