Event

Busy mengalahkan artis popular.

Ooops.

Baru balik dari kampus kejuruteraan. Jadi hakim untuk DPNC. Ada lagi esok dan lusa tapi tak dapat pergi sebab ada Maths Night malam esok. Student suruh aku perform, so kenalah get ready dan dapatkan tidur secukupnya.

Haha.

Anyway..

Hari tu pergi Langkawi untuk program maths kat SMK Tunku Putra. Nice one.

Yang malu sikit sebab Dr Husna semangat play aku punya video-video Youtube kat depan student-student tu.

Aku duduk kat depan. Ada sorang budak ni beri reaksi berikut time tengok video tu.

“Eh, ini bukan… dia yang nyanyi lagu The One That Get Away” sambil bersembang dengan kawan dia. Aku dah malu alah dah. Takkan nak over pergi mengaku ‘saya lah’.

Dan tetiba dia tengok aku dan she went like ‘ah’. Dia baru perasan.

Malam habis program tu, bebudak fasilitator iaitu dari kalangan student Maths USM buat BBQ. Sempat la aku bersembang dengan 2-3 orang budak yang pernah ambil course yang aku ajar sem lepas. Soalan biasa, diorang tanya fasal perjalanan study aku, dan sempat gak lah aku share fasal cara aku study sambil berlibur-liburan waktu buat degree dulu.

Then, an idea pops in. Disebabkan asal aku jumpa student untuk sembang-sembang, diorang akan tanya soalan yang sama, maybe I should do a session?

So here we go

https://www.facebook.com/events/196461270502714/

Link untuk event

Bila: Hari Isnin ini, pukul 8.30 malam
Mana: DK G
Apa: Sesi sembang-sembang santai bersama Mahadi untuk kongsi pengalaman dan cara study.

I think we got stories worth sharing. So yeah, kalau rajin, datang lah :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *