Grumpy

Hari ni grumpy sikit. Cuaca panas. Hidung dok berair sebab selsema. Batuk juga. Otak tidak cukup bermotivasi.

Khamis hari tu, aku dah habis dah mengajar untuk sem ini. Subjek tu sekarang dihandle pensyarah lain. Dia amik half, aku amik half. Terlebih seminggu sebenarnya sebab confusion yang aku ingat aku hanya perlu cover sampai chapter 3, tapi rupanya chapter 4 jua.

All good. Harapnya minggu akan datang ini, bolehlah spend satu hari untuk buat exam question, kemudian mula buat kerja-kerja research. Budak Masters ada 3 orang under aku, untuk disertation. Sepatutnya penyeliaan start sem depan, iaitu bulan 2. Tapi dek kerana aku tak berani nak mula lewat memandangkan aku tak berapa bayangkan flow dia macam mana, so aku dah mula suruh diorang start buat programming sekarang.

Oh-oh, ni video itu hari

 

dan juga Belaian Jiwa

Yang tu berduet dengan student aku. Syafiq nama dia. Power gak suara dia. Boleh dijadikan potensi untuk projek Youtube nih! [harus selepas ini… bebudak maths yang baca blog ni bergosipan kata aku nak libatkan dia untuk video akan datang, kan?]

Anyway…

Aku akhiri entri kali ni dengan gambar yang diambil Mahadi semalam. Semalam lepak kat rumah Mahadi lepas gym (gatal pi walaupun selsema dan batuk). Pastu pukul 7 ada cerita Perman kat Tv9, so aku layan la sambil baring kat kusyen dia. Sekali Bushra mai mengeliting kat aku sambil join berbaring seperti gambar di bawah.

6 thoughts on “Grumpy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *