Melankoli

Dah lama tak rasa melankoli macam ni.

Dulu waktu kat Durham selalu.

Itu sebab selalu tulis blog.s
Itu sebab selalu tulis lagu.
Itu sebab dapat tulis novel.

Sebab bila hati rasa melankoli, salah satu cara yang aku lepaskan ialah dengan menulis. Ataupun so-called berkarya.

Kawan aku dari Kanada baru ja balik for good. So rasa sedih.

Dulu pun rasa macam ni.

Time habis Masters. Bila Tahir dan Chris hantar aku ke airport. Tatkala kapal terbang berangkat dari Heathrow Airport. Sedih.
Sebab tak tahu bila lagi nak jumpa.
Sebab tahu kalau jumpa pun, dah tak akan sama.

Juga time matriks.
Malam terakhir kat matriks.
Sangat melankolik.

Juga bila Zeah balik ke Brunei lepas dia abis study kat Durham.
Sedih.
Sebab there’s no way back.

Aku balik rumah mak weekend hari tu.

Tengok AJL dengan dia.

Bukanlah sebab semangat sangat nak tengok AJL. Lagi pudar semangat bila iklan QuPuteh tu tak habis-habis.

Tapi sebab saja nak teman mak.

Cadangnya nak gi gym malam tu. Tapi tak jadi sebab nak teman mak aku.

Petang semalam kawan Canada aku datang amik kunci kat ofis. Somber.

Pastu aku gi makan kat Campus Cafe, diorang mainkan lagu-lagu sedih plak. Bertambah lagi la melankolik.

Takpelah.

I’ve made friend for life.

Lepas ni boleh gi Kanada pulak. Dok asyik gi Europe ja…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *