Menanti Hari

Khamis, 4.53 petang di Putrajaya. Sedang menunggu Naz nak datang ambil.

Tiket bas ke utara dah habis.

Tiket flight pula mahal sangat sebab dah last minute. Jadi aku satu malam lagi di sini.

Beberapa hari aku di Kuala Lumpur kerana ada persidangan HRDF. Menarik. Tambahan lagi sejak aku perlu tengok-tengokkan program Pemodelan Matematik di school, jadi dapat jugalah cambahan idea dan informasi. Persidangan ni berkaitan human resource, juga trainer’s conference pada hari Isnin.

Geramnya kerana emel suruh ambil balik passport sudah aku terima semalam. Masalahnya, pejabat tu buka hanya Isnin, Rabu dan Jumaat untuk passport collection. Dan esok pula cuti umum agaknya, jadi diorang tutup office awal. Siap bagitau dalam emel yang esok takleh collect passport.

Sebenarnya bercadang nak jumpa Unik hari ni. Tu sebab pun kenapa aku stay lama sikit kat KL. Dia memula dah nak datang, tapi apakan daya, takdak sesiapa boleh teman untuk dia datang ke KL dari Puncak Alam tu. Yang patut meneman dia tu pula ada hal. So nak buat macam mana kan?

Tak apalah.

***

Tup tup dah 5 tahun lebih since aku start mengajar kat USM. Lama kot! Fortunately kitorang ada keistimewaan untuk buat cuti sabatikal, dan InsyaAllah, kalau tiada halangan aku akan bergerak awal tahun depan. Tu tengah tunggu approval visa la sebelum beli tiket flight dan sebagainya.

Sebenarnya perasaan ini berbolak balik juga. Ada rasa tak seronok juga sebab nak tinggal lagi mak ayah aku. Kalau dimurahkan rezeki, sabatikal aku dapat sponsorship, bolehlah aku balik lawat diorang 2-3 bulan sekali. Kalau tidak, susah jugalah. Tak seronok juga nak tinggalkan ruang kerja aku yang walaupun busy sampai tido tak cukup 9 jam (aku memerlukan tidur seperti tidur bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik), tapi students dan rakan-rakan staf sangatlah banyak membantu.

Tapi yang seronok juga banyak. Mungkin juga sebab aku rindu untuk menulis macam dahulu. Melihat keluar jendela sambil idea bertalu-talu. Tak macam sekarang ni, susah sekali kalau nak duduk dan menulis. Juga dalam 5 tahun lebih sejak bumi Durham aku lewati setiap malam dan hari, seribu macam manusia telah aku temui.

Terkadang rasa, ada baik juga jauh sedikit dari sesetengah mereka. Biasalah, aku rasa orang tak appreciate aku, padahal maybe aku sendiri pun tak appreciate orang.

***
Takpa, nanti dah sampai sana, blog ni bolehlah dihiasi balik dengan gambar2 overseas. InsyaAllah.

2 thoughts on “Menanti Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *