Menjawab Khutub Pingu

Lama lak tak merapu-rapu secara berjemaah. Jadi hari ni mahu menjawab blog Halim. Halim ialah kawan aku dari USM dulu. Goes with nickname Pingu Toha dan sudah pun menulis beberapa buku cinta. He played a huge part in translating I’m Yours Malay Version, way way back then. In his latest blog post, adalah dia suruh menjawab soalan berikut untuk menjadi karakter dalam buku novel dia. Maka, demi mencari publisiti murahan, aku menjawab di sini.

Oh, klik sini untuk baca dia punya entri terlebih dahulu.

Maka, jawapan (yang dikalerkan dengan warna biru)

***

Scene 143. EXT. Bus stop – siang.

Awak, ya, A.W.A.K., Y.O.U., sedang menunggu bus. Kelihatan BUKAN NAMA SEBENAR melangkah ke bus stop dan duduk tidak jauh di sebelah awak.

Efek bunyi cengkerik.

Tiba-tiba…

BUKAN NAMA SEBENAR: Tumpang tanya, boleh saya tanya?

AWAK: (Sentap) Er… er… er… tapi…

BUKAN NAMA SEBENAR: Cinta tu apa?

AWAK: Er…. (sambil menggaru-garu dagu yang ada stubble hasil dari shave dua tiga hari lepas). Rasa (diam dua saat). Rasa dari hati yang buat diri jadi lemah, tapi penuh seribu harapan.

BUKAN NAMA SEBENAR: Jodoh tu apa?

AWAK: Hm… (masih menggaru stubble). Yang dah tertulis. Yang kadangkala rasa itu ada. Kadangkala tiada. Tapi memang sudah dia dan saya itu akan hidup bersama.

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak tahu itu cinta ke jodoh?

AWAK: Mati (sambil kepala Bukan Nama Sebenar senget ke kiri, menanti jawapan lagi). Bila cinta kekal ke mati. Itulah jodoh. (Tersenyum sambil memandang ke depan. Mata bercahaya)

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak cari jodoh?

AWAK: Tunggu saja. Biar jatuh dari angkasa raya. (melihat Bukan Nama Sebenar sambil tersenyum)

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak dapat cinta?

AWAK: Lihat dengan mata. Rasa dengan hati.

BUKAN NAMA SEBENAR: Awak pilih yang mana satu? Cinta DAN jodoh? Atau cinta semata-mata? Atau jodoh sebenar-benarnya?

AWAK: Saya manusia. Saya pilih cinta. Dan jodoh itu sebagai doa. Biar kekal selamanya.

BUKAN NAMA SEBENAR: Do you want to get married first, or fall in love first? *ttibe cakap ingris*

AWAK: Motip tetiba bercakap ingris??

BUKAN NAMA SEBENAR: Kthnxbai.

BUKAN NAMA SEBENAR tiba-tiba terbang melayang-layang meninggalkan awak.

Seremmmmmmmmmmmmmmmmmmmm tak? Kiki.

***
Halim, dengan ini aku menunggu untuk dicameokan dalam buku ko. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *