My List of Video Raya

2019

So tahun ni aku dapat peluang  untuk buat video raya bersama dengan family. Lama gak teringin nak buat video dengan mak abah dan adik beradik yang lain. Maka bila kitorang buat trip ke Cameron Highland time bulan posa, dapatlah peluang.

Lengkap seluruh family aku.

Ands now back in…

2008

Tahun pertama aku sambut raya di Durham. Disebabkan tak balik raya dan kengkawan time tu setuju nak buat, maka jadilah first video raya yg aku adjust lirik berkonsepkan perantauan.

Contohnya bab pakai baju raya tahun lepas, takde bazaar ramadhan cam kat Malaysia dan pos kuih raya. Aku takdelah suruh mak aku pos raya tapi kawan2 Brunei memang family diorang pos, jadi dapatlah turut merasa.

Tiqah tanya, kenapa aku sorang je lelaki. Errr…..

 

2010

Tahun 2009 aku balik raya rasanya, tu sebab takde video raya. 2010 tak balik, so semangat nak buat meskipun time ni takde geng. Serius, memang time ni agak kesunyian gak lah. Rosmin dah balik Malaysia time tu dan baru jer nak kenal2 ngan Hafidz. Tapi nak buat gak, so aku buat konsep multi bahasa lah.

So rakam video ni pun guna tripod je depan pintu dalam bilik. Aku beraya dengan komuniti Malaysia time tu.

 

2011

Lepas tu dapat balik geng baru dan tahun tu, decide untuk buat lagi versi perantauan. Kak Zarina pulak semangat nak join, so aku pun seronok sebab boleh buat scene family. Walhal, rumah tu sebenarnya rumah sewa aku. Memang rumah sewa paling best aku pernah sewa kat UK sebab lawa dan tengah town.

Nak dijadikan crita pulak MHI buat pertandingan video raya so kitorang submit dan menang, jadi dapatlah duit dan kitorang gi makan Nandos halal kat Newcastle ramai2. Teruja sebab Elly Iskandar call untuk set masa temuramah. Pastu kena interview dengan Abby.

 

2018

Tahun 2012 dah balik Malaysia maka ketupat rendang dan kuih muih di tanah air buat aku berat punggung nak buat video. Maka bila bersabatikal di Jerman dan bebudak Darmstadt suka gak video-video ni, terus menjadilah.

Diorang yang start dulu sebab kena approach rancangan Bubur Lambuk International so kitorang shoot la di suatu petang di bulan Ramadhan.

https://web.facebook.com/amrisolarstreak/videos/10155721423078214/?v=10155721423078214

 

 

Then, aku propose untuk buat video raya. Video ni hari tu awal bulan puasa dalam 1000 lebih je kat IG. By raya tahun ni dah naik 4000 views.

Tahun ni baru orang tgk rupanya.

 

 

So that’s it.

Best gak abadikan kenangan bersama sahabat2 dan ahli keluarga dalam video raya ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *