My Study Tips

Walking down the memory lane: Gambar time study kat library time kat Brunel University dulu waktu buat MSc.

Ni entri hutang. Janji nak jawab hari tu, tapi takde kesempatan dan mood untuk menulis. So, sekarang baru nak jawab.

 

“as salam abg amri..

boleh abg amri share cara abg amri study? =)”

Ikah

 

 

Ikah,

Saya cuba jawab secara umum, tidak merujuk pada mana-mana peringkat sama ada Ikah di peringkat sekolah, matrikulasi mahupun universiti.

Pertama sekali, saya rasa, untuk skor satu-satu subjek, kita perlu study smart. Jadi cara belajar yang betul itu penting. Baru hari itu saya berbual dengan anak murid kakak saya yang nak menduduki STPM. Saya tanya cara study mereka, kerana mereka buat bidang sastera. Jawab mereka, mereka buat nota. Saya tanya, buat latihan tak? Mereka kata belum.

Bagi saya, dalam apa-apa subjek pun, memanglah mempunyai nota yang teratur itu penting, tapi kalau tidak membiasakan diri dengan latihan, maka tidak cukup berkesan untuk tujuan peperiksaan. Kerana selaku tenaga pengajar sekarang ini, saya sedar bahawa dalam membuat soalan peperiksaan, maka perlu ada 3 bentuk soalan.

i) Soalan mudah – yang sekadar baca nota, tidak cuba buat latihan sudah boleh jawab soalan tersebut.

ii) Soalan sederhana – yang perlukan pelajar tunjukkan kefahaman konsep yang dipelajari. Biasanya soalan ini straight forward. Latihan yang biasa mencukupi.

iii) Soalan sukar – yang perlukan pelajar fikir lebih sikit. Kalau peringkat SPM, yang ni biasanya perlukan lebih masa untuk menjawab, dan kalau betul-betul faham sesuatu topik, baru boleh jawab. Dan kalau hendak yakin dapat jawab soalan ini, perlukan biasakan dengan soalan berbentuk peperiksaan.

Maksudnya, kalau benar-benar mahu skor untuk peperiksaan, perlulah selalu menjawab soalan berbentuk peperiksaan.

Faktor masa

Biasakan diri menjawab dalam tempoh masa seperti dalam peperiksaan. Maksudnya, kalau anda di peringkat SPM, cuba buat model peperiksaan dalam masa yang diberikan. Sebabnya, kepantasan menjawab ini juga penting. Kalau peringkat universiti, juga begitu.

Budaya belajar

Beberapa hari yang lalu bebudak debat tanyakan saya bagaimana saya study dahulu, kerana saya pun memang sibuk sertai latihan debat ketika saya belajar di USM. Kata saya, saya memang skema dulu-dulu. Saya biasa study waktu petang, dalam pukul 5 sampai Maghrib.

Mereka bertanya, tak keluar bermainkah?

Tentulah tidak.

Saya memang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan tidak bersenam suatu ketika dulu.

Tapi beginilah. Janganlah jadi seperti saya. Setiap orang perlulah cuba sesuaikan dengan diri sendiri. Bersenam dan makanlah makanan yang seimbang. Tapi dalam perihal belajar, cuba lakukan di awal masa dan bukannya di malam hari. Lagipun, lebih mudah untuk frust dan give up bila buat lewat malam kerana perlu masuk tidur. Tapi kalau buat di petang hari, boleh paksa diri sendiri untuk berjaga.

Latihan

Saya bukanlah pelajar yang cemerlang dalam semua subjek. Misalnya, saya selalu mengabaikan subjek-subjek sastera seperti Sejarah. Juga di universiti, saya selalunya dapat teruk dalam subjek seangkatan.

Juga jangan tiru seperti saya. Jadilah pelajar yang baik dan seimbangkanlah antara semua subjek (Ini ayat safe sebab nanti tiru pulak..)

Cuma biasanya saya lakukan perkara berikut:-

– siapkan latihan sebelum guru memasuki topik baru. Ini biasanya ketika di peringkat SPM yang mana setiap satu dua hari, kita akan berubah topik. Jadi sebelum topik diubah, saya akan cuba memastikan saya sudah cuba latihan-latihan berkaitan. Ingat, ini tidak cukup untuk tujuan peperiksaan, tapi penting untuk pemahaman topik berikutnya.

– ketika di peringkat matrikulasi dan universiti, saya akan cuba siapkan soalan tutorial sebelum kelas tutorial.

Kesimpulan

Ringkas sahaja tips saya. Buat latihan.

Sama ada anda lakukan sendiri, ataupun buat secara berkumpulan, atau bertanya guru, ataupun bertanya kawan; semua itu terpulang pada individu.

Moga inspirasi dan motivasi untuk berjaya datang awal, dan kekal buat selamanya. Selamat berjaya.

 

Bila dirimu rasa kecewa,
dan aku pun pernah rasa yang sama.
Walau jauh impian dan tingginya cita-cita,
azam digenggam tidakkan ku lepas

~ Angin

*Over kan? quote lagu sendiri :P

One thought on “My Study Tips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *