Sharing

Baru balik dari sesi perkongsian pengalaman di DK G, bersama Mahadi.

Sebenarnya aku sendiri pun confused, disebabkan kitorang takdelah define lelebih kat students yang nak berkongsi fasal apa. Misalnya, boleh ja kalau tetiba kitorang kongsi, bagaimanakah hendak berbackpacking dengan jimat di Eropah.

Tapi ramai gak student yang datang. So, Alhamdulillah.

Aku rasa sesi ni lebih kepada benda-benda yang aku dan Mahadi selalu sembang. Sembang fasal assignment student, fasal exam, dan rugi juga kalau keluhan tu, setakat aku dengan Mahadi ja yang tahu. Biar student ni datang, dan diorang boleh dengar sendiri.

I think it went well. Aku dah cakap kat Ros, MPP Maths dan Mahadi sendiri, suruh jadikan sesi ni sebagai sesi santai.

Hasilnya, aku bersembang dengan Mahadi, aku bahasakan diri ‘hang-aku’, dengan students, aku sebut ‘korang-saya’. Korang tu..

Dan harapnya bagi yang kurang motivasi sebelum ni, dapat la tumbuhkan sedikit motivasi.

I was thinking ~ hm… Mahadi and I did make a good team. Sebabnya aku tak pernah kot duduk depan dengan Mahadi dan buat sesi macam tu.

Eh, actually waktu Tahun 2, ada persatuan mana ntah jemput aku dan Mahadi untuk kongsi tips belajar jugak.

Tapi waktu tu, sesi formal lah.

Anyway…

Had a good time. Kalau ada peluang, kitorang buat lagi, dan kitorang cuba improve lah apa-apa yang patut :)

P.S: Sangat appreciate diorang datang sebab benda ni takde pun unit CSD ke apa benda ntah diorang panggil, setakat buat suka-suka ja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *