Sudoku Terjemahan

Alhamdulillah, visa dah lulus. Aku pun dah book tiket semalam. Ada beberapa lagi paperwork kena isi, tapi dah mula nak kena sort out lah ni.

Aku baru ja buat terjemahan untuk lagu Ed Sheeran’s Perfect. Student aku tanya, ‘kenapa letak ‘a non-Google translation’?’ Diorang tanya sama ada sebab ada orang complaint ke. Aku kata tak lah. Saja. Sebab banyak juga versi Google translate yang orang buat. Ni terjemahan bukan versi Google lah kiranya.

Aku bagitau kat Tiqah hari tu, aku rasa translate lagu ni macam main sudoku. And I actually dislike Sudoku albeit Maths is so-called related to it.

Bila aku nak terjemah misalnya ‘I found a girl, beautiful and sweet’.

Maka aku akan terjemah ‘Aku berjumpa/bertemu/temui wanita/gadis’ untuk ‘I found a girl’.

Kemudian bila nak terjemah ‘beaufiul dan sweet,’ dia jadi ‘cantik/ayu/lawa dan manis’.

So disebabkan yang line kedua tu jadi ‘manis’, maka teruslah guna perkataan ‘gadis’ supaya rimanya sama.

So macam main Sudoku la pada anggapan aku. Macam main puzzle.

Lama dah takleh nak buat macam ni. Tapi, maybe la, nanti time sabbatical, tika malam sejuk tak tau nak buat apa, boleh la buat aktiviti Sudoku Terjemahan lagi.

 

Hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *