Tag Archives: belum aku temu

Baru habis baca

Published by:

2 pagi.

Tadi lepas Maghrib terus aku tido. Penat sangat sebab buat workshop seharian hari ni.

Pastu terjaga. Rasa lapar.

Pergi basuh baju lepas tu capai buku sendiri.

Hari tu Najla, anak menakan aku found it weird sebab aku gelak sambil baca BAT.

“Pak Tam gelak baca buku sendiri,” katanya. Ha ah, memang macam syok sendiri kan.

So tadi aku habiskan baca 100 muka terakhir. First time kot baca cerita tu in entirety. Waktu proses editing hari tu, jump sana sini so tak dapat nak keep track of the emotion.

And I feel rather melancholic  after finishing the book.

Reminded me of those time I spent in UK.

Making me wonder if I would ever be able to write in that similar way again…

Dah keluar

Published by:

A photo posted by Amri (@amrisolarstreak) on

Sempat menjengah kat kedai buku kat Gurney sebelum tengok movie on D-Box. Btw, D-Box tu kalau nak best, kena bersila, baru rasa effectnya, kalau kaki terjulur ke bawah tak la puas sangat. Dan lagi satu, movie macam Run All Night tak berapa worth it kot sebab tak banyak sangat actionnya. Yang terasa pun bila part dalam kereta, rasa macam bergegar macam naik kereta. Like… dah penat kot tadi naik kereta, so nak dok tenang-tenang, dan kini diingatkan balik rasa dalam kereta.

Tapi kalau nak dok tenang-tenang,  gatal amik D-Box, buat apa ya tak.

And yes, buku dah keluar.

Excited gak sebab nampak dah ada kat kedai buku.

Weekend lepas aku bawak balik ke rumah mak ayah aku.

Ayah aku duk atas buaian dan kemudian dia selak-selak.

Malam pulak tetiba dia masuk bilik hujung senyap-senyap. Rupanya dia dok baca.

Terus rasa malu~~

Mana taknya, cerita dahlah tema-tema remaja. Haish.

Terus aku fikir, ada tak part-part kurang sesuai?

Ah~ ada watak-watak gedik dalam tuh.. Haish.

I’ve got a huge compliment from a lot of people (sebab diorang baru nampak cover buku dan tak baca lagi isinya). Dengar kata sorang student Maths dan abis baca dah. Wah, cepat betul. Dan terus la kan timbul spekulasi-spekulasi yang cerita dalam tu adalah cerita hidup aku.

Haish, takleh la macam tu. Mana boleh tulis cerita hidup sendiri, nanti kalau ex-ex baca, susahlah…

 

Tapi impian jadi kenyataan lah.

Tadi terjumpa kawan lama kat masjid.

Seperti biasa soalan cliche pun muncul.

Terus aku jawab, ‘Belum Aku Temu…’

At least bleh gak jadi iklan tak berbayar secara tak langsung. Hehe.

Buku

Published by:

Buku Belum Aku Temu dah Jemari Seni hantar dua tiga hari lepas.

Adalah beberapa copies yang diorang hantar untuk penulis :D
Oh, esok kena bawak gi rumah kak aku, nak bagi dia satu.

Surreal gak memegang buku sendiri.

Tengok muka depan. Baca nama sendiri. Tengok muka belakang. Tengok muka tengah. Tak sempat lagi nak baca sebab kesibukan semester 2. Mana taknya, hari Rabu kelas aku 11 pagi – 1 tengah hari, pastu sambung pulak 5.15 – 7.00 petang dengan meeting dengan student di tengah-tengahnya.

Gambar di atas diambil dari FB Jemari Seni. Gosip betul petikan di atas. Kadang-kadang aku rasa, padanlah student-student layan aku macam kawan-kawan ja (which is a good thing btw). Ni kalau diorang baca novel ni, lagi la…

Macam tadi dalam kelas, sebab kelas 3D, so adalah sorang student ni buat model burung. So, aku tanya, ‘boleh terbang tak?’ which is a legitimate question sebab kalau dah dia animate, memanglah nampak terbang kan.

‘Tengok saya bagi dia terbang, krrr…. krrrr….’ sambil disambut gelak tawa satu kelas.

:D