Rizq ajak sembang

It’s 12.59am. Sebenarnya nak kena siapkan kerja ni. Tapi distract jap dengan menulis blog.

Which really reminds me my days back in Durham. Selalu dulu pun tulis blog sebab stress kerja yang tak siap. Jadi tulis blog. Atau buat video. Usually distractions are sweeter than reality. So tido lewat lagilah malam ni.

Works never end, but we establish that already. But it always a good pause whenever I go back to my in laws’ to see my wife and my little baby.

Weekend hari tu aku balik Kelantan. Malam first memang aku tak larat nak jaga sebab penat sangat. So Tiqah jaga macam biasa la. Malam last tu Rizq merengek macam biasa. Tiqah dah tido. So aku bagi susu, habis dah 2 ounce. Lepas tu dia merengek lagi. Aku tukar lampin sebab dah berat. Nasib tak menangis. Lepas tu aku letak elok-elok nak suruh dia tido. Aku sumbat puting. Dia luah. Lepas tu dia pusing kepala dia tengok aku dengan mata terbuka luas. Mulut dia dok menguit-nguit tapi tak nangis. Selalu kalau nangis tu maksudnya nak susu.

Ni rupanya dia ajak bersembang! Aku pusing kepala dia bagi baring elok. Dia still taknak. Pusing dan menguit-nguit lagi la mulut dia. Pukul 3 pagi nak ajak bersembang rupanya.

So aku pun melayan la dia sembang walaupun takdak bunyi pun keluar dari mulut dia. Mak Machang kata dia selalu jaga time tu sebab ikut time Jerman. Which is true sebab 3am Malaysian time is like 8pm over there.

Oh yea, dia memang selalu mula nak lelap bila dekat pukul 6-7 pagi which is like 11 – 12pm over there. But baby-baby orang kata memang suka jaga time tu. Maybe kalau bawa diorang travel Europe, then diorang dapat tido on time la kan sebab jet lag?

Back to that night, selepas beberapa lama, dia masih lagi dok bersembang-sembang dengan aku menceritakan harinya yang penuh dengan aktiviti tidur, menyusu dan berak, or the lack of it; aku yang akhirnya tertido sebab tak tahan dah.

Yang aku perasan, dia menangis, agaknya sebab aku tak dengar luahan hati dia, jadi Tiqah pun take over.

Esok tu sebelum nak balik, terpaksa nasihat kat dia jangan jaga lewat-lewat sebab kesian mommy nak kena berjaga malam-malam. Time aku cakap tu, dia tidur, ataupun pura-pura tidur sebab masih nak berjaga malam.