The Hobbit

Watching The Hobbit is like reliving some memories. Waktu Lord of The Ring 3, aku dengan Mahadi roommate kat Tekun. Waktu tu kitorang dah pergi beli tiket siap-siap kat BJ sebab nak tengok tayangan dalam pukul 11 macam tu.

But I was clueless, tak tahu pun yang LOTR tu sebenarnya bersambung-sambung. Zaman tu baru tahu ada movie yang jenis bersambung macam ni. Sebab dok ingat, macam Matrix (popular time tu) ataupun Mission Impossible ataupun Terminator, semuanya jenis standalone.

Dah tu ka, satu jam sebelum pergi tengok LOTR 3, Naz datang ke bilik aku untuk menerangkan apa yang berlaku dalam LOTR 1 dan 2 supaya aku faham akan cerita LOTR 3 yang nak ditonton kelak.

That was then. Last night aku dengan Mahadi pergi tengok The Hobbit kat Queensbay. Sekali lagi, untuk mendapatkan posisi tempat duduk yang best, kitorang pergi beli tiket awal-awal,dan sampai ala-ala VIP (sebab lambat). Semua orang dah duduk tengok trailer, kitorang baru nak lalu masuk ke tengah-tengah row.

Spoiler alert!

Hobbit is okay. Ala… takde la tak best sebab 2 jam 40 minit tu taklah rasa lama sangat pun. Cuma cerita dia draggy sikit. Dan nak blame scriptwriter pun takleh, tapi adventure dia banyak sangat unsur pelarian. Bila ada orang jahat ni serang, lepas tu ada ally lain yang datang selamatkan, dan konsep ini diulang 3-4 kali. First yang time wizard yang suka tumbuhan/bebunga tu. Pastu bila elves selamatkan diorang. Pastu bila beburung tu datang. Waktu yang lawan Goblin tu ja yang diorang usaha sendiri.

Dan tup-tup, di penghujung cerita, ‘to be continued’.

Aku betul-betul ingat cerita ni stand-alone. Rupanya bersambung-sambung. Masalahnya cerita bersambung ni, bila datang next movie, bukan aku nak ingat sangat apa yang berlaku movie sebelumnya. Dah beza pun dekat setahun kan?

Maka, nasihat aku pada kalian yang sekadar suka tengok main-stream movie, tapi tak minat LOTR, apa kata tangguh dulu tengok. Tunggu lepas 2 tahun, bila nak keluar Hobbit Part 3, baru tengok part 1 dan part 2.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *