Where you at?

Sepuluh minit lagi ada meeting dengan student. Saja terasa nak berblog sikit.

Aku sekarang ni memang pergi gym kat Queensbay. Hari tu gi yang USM punya tapi ramai gila orang plus disebabkan sedikit mengada-ngada sebab gym USM takde aircond, so carilah yang ada aircond punya walaupun kena bayar sikit.

Diorang ada buat kelas-kelas juga dekat gym tu. Tapi tak pernah pun aku join sehingga lah semalam. Kelas ‘hip hop’ pukul 8.10 sampai 9.10.

Hip hop katanya kan…

Dulu time kat Durham, aku pernah try Street. Tapi namanya street, style dia entah apa ntah, tak berapa street pun. Kiranya kalau tengok movie Step Up, taklah terasa sangat pun macam belajar yang tuh.

So semalam, hip hop, instructor dia guna lagu korea. Lagu Tae Yang – Where You At. Susah kot! Dah la aku ni jenis tak berapa reti hafal step.

But it was a nice class overall. Tambah lagi ada cermin kat depan (kat Durham dulu diorang buat dalam hall, so takde cermin, dah tu ka pakai bantai buat ja).

Minggu depan boleh pergi lagi nih.

:P

4 thoughts on “Where you at?

  1. Kat sini pun dah mula berjinak2 dengan gym. Sebab gym belakang rumah je. Jalan kaki je. Semoga balik Malaysia nanti slim sikit la.hehehehehehe…

  2. ala, agak2 nak yg ada cermin tuk, pergi je la dekat Kompleks Cahaya tu ada je cermin kat situ.. tak pon studio gerak.. menari la puas2.. :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *