I don’t know about you…

Published by:

… but I’m feeling 18.

Hehehe.

At least 2 orang ingat aku pergi buat medical check up sebab amik data di atas.
Taklah. Ni pergi daftar kat gym baru so diorang buat benda alah ni.

Haruslah happy sekejap sebab biological age jauh lebih mudah daripada umur student.

Well… kalau diorang buat pun, entah biological age diorang dalam 14, 15 kan?

Regardless..

Berat 57kg lepas abis posa. Sob sob.

One thing you should know about me ~ I hate losing weight. More is better. Hari tu 61kg.

So sekarang sudah mula mahu work out balik bagi menambah jisim.

It has something to do with the culture, I should say. When I was in the UK for years, I rarely, and probably never got any remarks of me being skinny. It’s only in Malaysia that I will come across people and even some random people I am not close enough with, who will come and say, ‘oh, you looks so skinny’.

Well, I heard if you are a bit fat, you got that kind of remarks too. But well, that’s the thing, for our people – Muslim people, who are somewhat being told that something underneath are more important that layer of clothes and skin, unfortunately we’ve been judged by our physical appearance a bit more than we should.

Well, I’m probably wanting to gain weight for that kind of reason as well, but am also for bit of fitness.

Tambah lagi dengan kerja kat ofis yang memang semendang dalam aircond. So.. that’s a motivation too.

Anyway…

Gambar raya tahun ini.
Selamat Hari Raya semua!

Last month

Published by:

Senyap ja around USM. Nak cari parking kereta pun senang.

Banyak dah staf yang bercuti. Aku tak ambil cuti sebab kalau ambil cuti pun, nanti bila balik kampung, tidur saja sepanjang hari. Esok tengah hari, lepas ambil Mirza yang akan sampai kat airport waktu pagi, barulah balik kampung.

So how’s life?

Sem lepas dah ada 3 orang bebudak Masters (Mixed mode) yang dah lepas buat research. Coming next semester: 1 PhD student, 1 final year project student dan 3 MSc Teaching Project students akan buat research di bawah pemantauan aku. Every time these people come in, I’ll warn them. I said, ‘I’m new, so don’t expect me to know as much as the other lecturer’.

Dan malam ni landlord aku nak datang untuk suruh aku sign contract baru. Berjaya minta dia reduce sewa rumah sebanyak RM50. Okay la tu. Boleh cover streamyx. But also reminding me that I’ve been here for a year already! 1 year in USM went very quickly. Usually revolves around work stuff which is one of the reason why I don’t write much about.

Oleh kerana itu, aku nak tampal gambar yang diambil bulan lepas.

Gambar konvo bulan lepas. Ada rezeki aku untuk sampai Durham balik. The graduation was nice. Kat sana, diorang panggil congregation. Buat dalam Durham Cathedral. This time tak bawak parents aku sebab takde duit. But it turned out to be a very exciting day. Even leading towards it, dua hari sebelum tu, aku jumpa Hasnol. Hasnol belanja makan kat Capital. Dia nak blah the next day sebab dia pun dah habis PhD dia. Kitorang sempat ke rumah lama dan jumpa mak cik sebelah rumah kitorang yang bernama Pat. Kebetulan Hasnol ada sekotak coklat yang dia cadang nak bagi kat orang lain, tapi orang tu takdak, so kitorang (or actually just him) bagi kat Pat. Terharu Pat bila dapat lawatan kitorang.

It was nice. Although it was a bit sad though. Rumah yang kitorang duduk dulu (Oh, rumah yang aku buat video klip raya yang masuk MHI, dan juga lagu Hey Soul Sister tu), diberitahu oleh Pat berada dalam keadaan teruk. Filthy, that’s what she said. Sedih dengar. Orang selepas kitorang keluar tu tak jaga.

Other than that, congregation day went amazingly. Sesi aku sebelah pagi tu tak hujan (sebab sesi petang hujan), ramai kawan-kawan Malaysian aku pun end up dalam sesi yang sama, dan lepas tu aku hang out dengan kawan-kawan Durham, jumpa supervisor : it was a great day.

And walking along Durham riverside was a good reminiscent of my life back then.

And the graduation day was a good way to say ‘goodbye Durham’ (-;

Ramadhan

Published by:

Jalan kat Queensbay tadi nampak yang ini:-

Apa yang anda akan lakukan

1. Share gambar di atas. Kita perlu tunjukkan pada umum yang ada kedai-kedai yang tidak menjaga sensitiviti orang Islam di Malaysia. Kita boikot kedai ini dan ajak rakan-rakan lain boikot.

2. Tidak buat apa-apa.

 

Waktu belajar kat UK dulu, selalunya benda-benda yang aku notice fasal Malaysia ialah benda-benda yang orang share kat Facebook. Jarang-jarang sekali aku baca berita sebab aku memang malas baca berita. Sampaikan ada satu kali tu, aku call mak aku, dia kata berita cakap yang banjir kat London. Time tu aku kat Brunel, pinggir bandar London. Aku serius tak tahu. Bila aku cari berita, rupanya kat bandar mana ntah yang sebenarnya bukan lah London pun. Macam kalau kata banjir kat KL, padahal banjir sebenar berlaku kat Nilai. So, mampuslah orang KL tak mengaku kan.

Anyway… benda-benda lain yang aku selalu tengok orang Malaysia share ialah hal-hal panas. Sama ada makanan ni tak halal, ataupun apa-apa berita yang boleh dikaitkan sebagai agenda Yahudi. Hehe.

So, for the picture above, please don’t share it on your Facebook.

Aku fikir mudah saja, kedai ni sebenarnya nak wish orang Islam ‘selamat Ramadhan’. Jadi dia suruh la pekerja dia gantung kat cermin depan. Tapi dia terlupa yang fesyen-fesyen yang seksi di atas tu memang tak kena dengan budaya Islam. Itu saja.

Ataupun, di bulan-bulan Ramadhan ini, boleh saja para isteri mahu membeli baju tersebut untuk tatapan suami tercinta. Pun boleh kan?

Kalau benar ada sesiapa yang rasa it’s a bit offensive, go to the shop itself (carilah kat Queensbay tu) dan cakap dengan manager dengan baik. Aku rasa dia akan faham.

Marilah bersama-sama tidak menyalakan api permusuhan sesama kita.

Ini tak. Tak suka tengok video budak kecik berjiwang-jiwang lepas seminggu bercinta, pakat-pakat pi share pulak dengan caption ‘apa nak jadilah dengan budak-budak sekarang’. Share gambar makanan lagi baik :D

 

… Oh, tak berapa baik gak sebab time bebulan puasa ni kan? Kesian orang yang berpuasa tengok gambar makanan kita :D

Pula

Published by:

Salam Ramadhan semua.

Dah sampai balik Malaysia nak dekat seminggu dah. Tapi masih lagi batuk dan selsema. Aku standard lah macam tu, kalau batuk/selsema, mesti tak lega cepat-cepat. Tapi yang tak bestnya, masih lagi jet lag. Boleh?

Itu pun standard jugak, memang dulu kalau balik kampung 2-3 minggu pun, seminggu pertama aku terbungkang dalam rumah sebab jet lag.

Europe trip was fun. Kulit hitam sikit sebab dok berjalan-jalan.

Pula

Mula-mula aku pergi Pula di Croatia. Reason of travelling: basically sebab cari-cari dalam RyanAir (penerbangan murah ala AirAsia), tetiba nampak yang ni agak murah. So, tu sebabnya termendarat kat negara Croatia nih. Kalau tak, Croatia ni pun aku tak tau kat mana.

Kat Pula ni ada gak bangunan yang macam Colloseum nih sebab ada pengaruh Rome. So lepas book tiket, baru cam impress yang tempat ni rupanya banyak gak sejarah dia. Aku ni buta sejarah sikit dan memang tak amik peduli sangat pun fasal sejarah. Janji boleh berposing depan bangunan-bangunan yang nampak cambest, sudah cukup baik.

Disebabkan kat Europe ala-ala panas sebab time summer, so banyak jugaklah hari-hari yang aku bersleeveless sambil pusing-pusing city. Tapi sebab sekarang dah ada anak murid kan (juga rerakan sekerja), so takyahlah upload gambar-gambar tu kat sini. Boh dalam Facebook sahaja. Itu pun student-student aku tak approve. Oh, untuk para student sekalian, bolehlah mengadd aku di Facebook di sini:-

https://www.facebook.com/ahmadlutfiamri

Bukannya apa, sebenarnya bajet nak boh alamat FB tuh dalam name card untuk diberi di konferens kat London itu hari, tapi dek kerana kesibukan dan keterlupaan, tak siap lagi name card sampai sekarang.

Okay, nak ciao nak gi rumah kawan aku untuk berbuka. Tuh gambar kat atas tu gambar diorang buat pertunjukan gladiator kat dalam arena tu. Ada rezeki sampai time diorang buat festival.

Taklah bercadang untuk cerita setiap tempat yang aku pergi sebab once masuk kerja esok, confirm busy sampai weekend pulak.

Selamat berbuka semua!

London

Published by:

Menulis tika berada di bumi London. Should be enjoying this place but I’ve got fever.

Alhamdulillah, dah berjalan sakan dah sebelum konferens. Sempat menapak di Croatia, Slovenia, Austria, Slovakia dan juga Sepanyol. Juga sempat hadir konvokesyen di Durham.

Sihat walafiat sampai lah beberapa hari lepas bila sampai balik di Durham. So semalam, time session aku, pergi lah jugak walaupun badan tak sihat. Ya lah, dah USM pun biaya untuk ke sini untuk tujuan konferens, sakit-sakit pun kena lah pergi jugak.

Alhamdulillah ada lagi rezeki aku buat backpacking tahun ni. Kalau rajin, aku upload gambar. Sebabnya once dah sampai balik ke Penang minggu depan, kerja dah jenuh dah.

Amri – When I Was Your Man (Malay Version)

Published by:

Lirik: Amri, Mahir Yusof

Ruang ini ku rasa semakin gelap
Melodi lagu kita tak terasa sama
Bila ku dengar namamu
terasa perit di hati
Luka lamaku berdarah kembali
Buat ku rasa ooooooh
kenapa ku tak sedari
yang kau seumpama bunga
kau istimewa
perlu berikan kau cinta
yang aku ada
bawa kau ke mana sahaja
biar pun ke angkasa
kini kau bahagia
namun aku tidak bersama

Aku yang pentingkan diri sendiri
buatkan kau hilang dan melangkah pergi
Dan tak mampu ku merubah silapku yang lalu
Bila ku lelapkan mata, ku pilu

Buat ku rasa ooooooh
kenapa ku tak sedari
yang kau seumpama bunga
kau istimewa
perlu berikan kau cinta
yang aku ada
bawa kau ke mana sahaja
biar pun ke angkasa
kini kau bahagia
namun aku tidak bersama

Walau perit
biarkan ku akui, salahku
Oh, ku tahu ku dah terlewat
untuk mengubah ku dah terlambat
namun kau perlu tahu

yang kau seumpama bunga
kau istimewa
perlu beri cinta
segala yang ada
bawa kau ke mana saja
biar tinggi langit ke angkasa
kini kau bahagia
namun aku tidak bersama

kini kau bahagia
namun ku tidak bersama