Event

Published by:

Busy mengalahkan artis popular.

Ooops.

Baru balik dari kampus kejuruteraan. Jadi hakim untuk DPNC. Ada lagi esok dan lusa tapi tak dapat pergi sebab ada Maths Night malam esok. Student suruh aku perform, so kenalah get ready dan dapatkan tidur secukupnya.

Haha.

Anyway..

Hari tu pergi Langkawi untuk program maths kat SMK Tunku Putra. Nice one.

Yang malu sikit sebab Dr Husna semangat play aku punya video-video Youtube kat depan student-student tu.

Aku duduk kat depan. Ada sorang budak ni beri reaksi berikut time tengok video tu.

“Eh, ini bukan… dia yang nyanyi lagu The One That Get Away” sambil bersembang dengan kawan dia. Aku dah malu alah dah. Takkan nak over pergi mengaku ‘saya lah’.

Dan tetiba dia tengok aku dan she went like ‘ah’. Dia baru perasan.

Malam habis program tu, bebudak fasilitator iaitu dari kalangan student Maths USM buat BBQ. Sempat la aku bersembang dengan 2-3 orang budak yang pernah ambil course yang aku ajar sem lepas. Soalan biasa, diorang tanya fasal perjalanan study aku, dan sempat gak lah aku share fasal cara aku study sambil berlibur-liburan waktu buat degree dulu.

Then, an idea pops in. Disebabkan asal aku jumpa student untuk sembang-sembang, diorang akan tanya soalan yang sama, maybe I should do a session?

So here we go

https://www.facebook.com/events/196461270502714/

Link untuk event

Bila: Hari Isnin ini, pukul 8.30 malam
Mana: DK G
Apa: Sesi sembang-sembang santai bersama Mahadi untuk kongsi pengalaman dan cara study.

I think we got stories worth sharing. So yeah, kalau rajin, datang lah :)

Where you at?

Published by:

Sepuluh minit lagi ada meeting dengan student. Saja terasa nak berblog sikit.

Aku sekarang ni memang pergi gym kat Queensbay. Hari tu gi yang USM punya tapi ramai gila orang plus disebabkan sedikit mengada-ngada sebab gym USM takde aircond, so carilah yang ada aircond punya walaupun kena bayar sikit.

Diorang ada buat kelas-kelas juga dekat gym tu. Tapi tak pernah pun aku join sehingga lah semalam. Kelas ‘hip hop’ pukul 8.10 sampai 9.10.

Hip hop katanya kan…

Dulu time kat Durham, aku pernah try Street. Tapi namanya street, style dia entah apa ntah, tak berapa street pun. Kiranya kalau tengok movie Step Up, taklah terasa sangat pun macam belajar yang tuh.

So semalam, hip hop, instructor dia guna lagu korea. Lagu Tae Yang – Where You At. Susah kot! Dah la aku ni jenis tak berapa reti hafal step.

But it was a nice class overall. Tambah lagi ada cermin kat depan (kat Durham dulu diorang buat dalam hall, so takde cermin, dah tu ka pakai bantai buat ja).

Minggu depan boleh pergi lagi nih.

:P

Game

Published by:

12.26am. Baru ja sampai balik dari Kulim.

Tadi pergi jumpa Rosmin untuk uruskan perihal pembayaran konferens bulan 6 ni. Kira jadi lah nak pergi London bulan 6 ni, dan attend konvo. InsyaAllah.

Dekat pejabat Rosmin tadi, tetiba Syaq, budak HoP/Labu Besar mesej. Dia on the way balik ke Kulim. So sempatlah aku, Rosmin dengan Syaq pergi lepak kat D’King dekat Kulim, yang mana Cikgu Labu Besar juga yang usahakan kat situ. Sesambil tu, Yied, budak HoP jugak, turut bekerja kat situ. Jadilah gathering orang-orang HoP kat situ sekejap.

Yang bestnya, kitorang dengan tak malunya main UNO kat restoran. Tak kisah pun orang-orang lain yang makan. Sempat lagi kemudiannya main Star Board, game board yang aku buat waktu zaman Durham dulu. So, overall, it was a fun night!

Weekend ni aku akan ke Langkawi lagi. Ada kem Maths dekat sekolah kat Langkawi. Berjalan lagi! :P

Stuff

Published by:

A lot of stuff happened. But I’m to complacent this days. So takde nak update macam zaman-zaman kat Durham

Baru semalam aku perasan yang aku punya blog takleh nak capai melalui USM punya connection.

Apakah?

Bukan blog sahaja. Semua yang berakhir solarstreak.com, semua takleh masuk.

The thing is, aku upload beberapa fail dalam server sendiri untuk student-student download. So, bila tetiba tak boleh capai, susah la jugak.

Alhamdulillah, satu paper ni diterima untuk conference kat London bulan 7 ni. Sekarang ialah masa untuk mencari duit untuk disponsor. Disebabkan aku baru start tak sampai setahun, so tak dapat lagi apa-apa geran.  So, kenalah cari tetempat lain.

Well, dah lapar. Japgi nak gi tengok GI Joe pulak. Kena pakai contact lense sebab kalau pakai spek mata, tak selesa bila pakai spek mata 3D. Sebenarnya takde pun isu ni waktu aku kat UK dulu. Sebab spek dia besar sikit kot, so kalau orang yang pakai spek mata, pakai lagi atas tu, dia jadi okay ja. Kat Malaysia ni, 2-3 kali dah bila aku pakai spek mata, pakai spek 3D on the top of that, nampak macam ada line cahaya hasil pembiasan agaknya. So, tak best lah.

Oh, dan tak best tengok 3D kat Malaysia sebab subtitle 2-3 jenis. Habis hilang effect 3D tu. Diorang nak kena buat satu skrin kat bawah laa, bagi subtitle tu tak kacau atas effect 3D yang ada.

Okay, masa untuk makan donut J.Co :P

Food

Published by:

Dah boleh kunyah sikit-sikit. Tadi makan koey teow apa ntah kat Old Town, pastu petang sikit makan bihun sup kat Bakti. Sangat nikmat. Masih kena makan yang ber-srup-srup sebab tak berapa boleh kunyah. Tapi, oh, sungguh nikmat dunia.

Moody saja aku kebelakangan ni. Mana taknya, takleh nak bercakap. Tapi sejak dua tiga hari dah okay sikit. Jiwa pun tenang sedikit.

Tapi berat badan kurang 2 kg. Sedih. Bukannya senang nak tambah 2 kg.

Semalam ajar kelas 3 jam. Aku tak dapat makan banyak sangat so, sejam lepas kelas, aku dah rasa pening.

Mujur lah waktu tu break untuk solat (well, padahal kan aku lecturer, kalau aku nak suruh break awal boleh je kan). Aku pergi cari soya dan yogurt. Memang perut kosong. Dan susah gak sebab aku intake aku surely under recommended calorie.

So, hari ni, bila dapat makan banyak ni, rasa puas la sikit.

 

Hari Keenam

Published by:

Hari keenam setelah cabut gigi bongsu. Makanan masih lagi restricted kepada benda-benda yang tak boleh dikunyah.

See, that’s the tough part about doing it here. Back then when I was in Durham, it was terrible, and I had eaten mushroom soup and bread only, for about 2 weeks. But that’s basically it anyway. Here, I go out of my room, and stumbling across all this delicious food in the kitchen and it’s killing me.

Nampak nasi lemak, teringin. Nampak udang masak pedas teringin. Semalam, aku makan jugak udang masak pedas tu. Kute (coo-tay) isi tu halus-halus dan suap dengan roti yang dah dipenyek-penyek. Takde kunyah, terus telan.

Jumaat dah pergi kerja pun sebab MC 3 hari saja. Dan esok kerja juga. And do you know what my job is? Lecturer, yes! And it require me to talk and I am in such a poor decision to do that. Technically, kelas hanya pada hari Selasa sahaja dan disebabkan aku ajar bebudak Masters sem ni, maka 3 jam straight. Tapi, banyaknya benda-benda lain dalam bidang skop kerja lecturer ni yang memerlukan percakapan. Jumpa student yang tanya soalan, bincang dengan bebudak Masters yang buat dissertation, meeting yang melibatkan research, meeting yang melibatkan projek bebudak, meeting dengan staf. Semua itu perlu aku membuka rahang mulut aku yang tak berapa nak boleh buka luas ini.

Sounds like a complaint, but I am not. It’s more like a realisation. As in I thought a lot of time I will be doing the talking as a lecturer is when I’m giving lecture. But it’s not, apparently.

Cumanya, aku ni memang suka bercakap. Pergi makan dengan Mahadi lepas Jumaat semalam. Tetiba tersedar senyap saja kitorang berdua kat meja makan tu.

‘Awat senyap ja. Hang la kena cakap sebab aku tak berapa boleh cakap,’ aku kata.

‘Aku nak cakap, tapi dah aku pikiaq hang tak boleh balas, so takyah cakap la,’ jawab Mahadi selamba.

‘Mana boleh lagu tu!’

So, in the end, I talk. Coz that’s just me. And come to think of it, no wonder I usually find side-kick who do more listening than talking – Mahadi, Hafidz waktu kat Durham dulu.

Anyway…