Tips Ketika di Hostel Backpackers

Published by:

Janggalnya tajuk ini. Tapi Kak Dijah bertanya

“tips duduk kat motel backpackers?mggu dpn stay 2 nights there”

And I suppose I got some interesting stories of my experience, so why not share them a bit, eh. Waktu study kat Durham dulu lah, aku selalu ja jalan-jalan dan cari backpackers hostel ni. Sebabnya, harga dia memang jauh lebih murah.

1. Bawa sandal.

Kadang-kadang bilik air dia bersambung dengan bilik. Tapi, most of the time memang kena jalan keluar sikit kalau nak ke toilet. So, kalau ada selipar jepun memang cukup baiklah.

2. Bawa tuala sendiri.

Bawa juga tuala sendiri, ini bukan hotel. Hehe.

3. Tegur sapa lah dengan rakan sebilik.

Aku selalu gak jalan-jalan sendiri. Dan yang bestnya jalan sorang-sorang ni, ialah ada lebih banyak peluang untuk berkenalan dengan rerakan sebilik. Tegur-tegur, tanya dari mana. Flirt-flirt sikit. Oops.

Kalau diorang memang jalan sorang-sorang, boleh terus ajak diorang keluar jalan-jalan sesama. Terus dapat kawan baru. Terus ada orang nak tolong tangkapkan gambar. Hehe.

Pernah sekali aku di Jerman. Ni, dua tahun lepas. Berkenalan dengan 2 orang mamat ni, diorang dua orang dari US, dan diorang pun bukannya travel sekali. Dua-dua ni dalam lingkungan 20 tahun. Salah sorang daripada diorang ingat aku dalam belasan tahun (motip betul!) bila aku bagitau dia aku 25 tahun, ketika itu.

Yang bezanya bebudak US dengan bebudak British ni ~ er… macam tengok Step Up dengan Harry Potter la. Orang British biasanya sopan sikit. Kalau baru kenal, diorang tak open sangat. Yang mamat-mamat Amerika ini, terus bercerita fasal …. er… their experience with cougar… sambil berhigh-five sesama sendiri. Aku gelak ja.

Lepas tu, kitorang pun keluar pergi makan kat kedai kebab. Jerman senang gak la, sebab kedai kebab dia banyak yang halal.

Sekali lagi pulak, aku kat Manchester. Ada sorang mamat Perancis ni dia travel sendiri, so aku pun join lah dia jalan pusing-pusing bandar.

I mean, those kind of experience, for me, is rather nice. So, do that if you are in a backpackers place!

**

That’s basically it.

Gambar atas: Pandangan dari luar tingkap kereta api ketika backpacking di Austria dulu.

Gambar tepi: Dengan Pidin depan hostel Smart Hyde Park Inn di London. Aku suka hotel ni sebab dekat Bayswater yang banyak makanan halal, juga dekat dengan Malaysia Hall,  dan juga hotel ni ada tirai kat setiap katil, jadi boleh tido tanpa perlu risau orang melihat gaya buruk tidur kita.

While We’re Young

Published by:

Sejak kebelakangan ni sudah berada dalam lingkungan 62kg. Sangat happy sebab dah naik 2-3 kilo sejak balik Malaysia. Well, dah lama dah pun sebenarnya, but that’s a good improvement. But, maybe it’s a saying, that I’m getting older? So that my metabolism is rather low.

Tapi masih mahu perasan-perasan muda. Sambil memasukkan lagu One-Direction:

Lagu ni aku tak tunjuk kat Bushra. Lagu One Thing hari tu aku dok tunjuk gak kat Bushra bila aku pergi rumah Mahadi. Pastu minggu lepas, Mahadi pergi hantar kereta servis. So, kitorang – aku, Mahadi, Elly dan Bushra pergilah sesama ke town untuk ambil balik kereta. Sampai ja kat pusat servis, tetiba lagu One Thing bermain di radio.

Sebelum tu Bushra senyap jer. Bila One Thing dimainkan, terus dia menyanyi sekali. Bunyi aa uu macam tu lah sebab dia tak boleh cakap lagi. Keh keh, telah men’fangirls’kan Bushra terhadap One Direction.

Dua tiga hari ni aku dok gi lepak rumah kak aku. Dia datang rumah aku juga kat Penang dengan anak-anak dia. Hari tu kitorang gi main bowling kat Kulim. Anak kak aku yang kecik – Anan (iaitu adik bongsu Unik) baru dalam Darjah 2 dan dia tak larat la sangat nak baling bola 8 pounds tu (walaupun dia cuba juga seperti gambar di atas). So, aku suruh la dia baling guna dua-dua belah tangan. Dia taknak sebab dia kata dia malu, orang tengok katanya; walaupun Unik daripada awal guna 2 belah tangan sebab tak larat.

[Sedang memberi tunjuk ajar pada Anan]

Aku confused – perlu ka kecik-kecik Darjah 2 dah fikir apa yang orang kata. Untuk menunjukkan dia yang benda ni takyah nak rasa malu, jadi aku pun baling lah bola bowling dengan 2 belah tangan. Pastu baru dia ikut.

Tapi tu lah. Pernah hari tu hantar Najmi (iaitu abang Unik) pergi sekolah asrama, sampai kat lampu isyarat, aku macam menari-nari ikut muzik dan adalah pak cik kereta sebelah yang tengok. Aku macam ~ lantak lah, tapi rupanya dia yang rasa malu dengan aku (sebab dia cerita kat kak aku fasal benda tu).

Haha, nasib korang lah, dapat Pak Tam tak berapa malu macam aku.

P.S: Tapi kalau depan orang yang kenal, aku masih malu-malu alah. Sopan katanya…. Hehe

[Kak aku dengan anak-anak dia]

 

Skyfall

Published by:

Spoiler Alert: Ini  movie review. So read at your own risk.

Semalam, on the way nak balik rumah mak aku, singgah jap Amanjaya Mall yang baru dibuka beberapa bulan lepas. Ajak Rosmin hang out sebab dah lama gak tak jumpa dia. Sejak start semester hari tu memang tak jumpa dia pun.

Pastu kitorang pun decide tengok movie. Memandangkan takde apa yang menarik, so kitorang tengoklah Skyfall. Aku taklah kisah sangat, plus tak interested sangat pun sebab dua movie James Bond sebelum ni Casino Royale dan Quantum of Solace memang dah aku rasa tak best pun.

The thing is ~ cerita action ni aku selalu susah nak enjoy sebab diorang terlalu fokus pada action. Jalan cerita dia ~ basically orang jahat nak bunuh orang baik, orang baik nak bunuh orang jahat. In between, adalah nak selamatkan family ke, orang tersayang ke.. so very cliche.

But at the same time, cerita romantic comedy yang cliche tu aku layan je walaupun ceritanya stereotaip kan? Bias betul.

 

So, aku pun menonton Skyfall tanpa sebarang pengharapan.

And turn out to be, aku enjoy cerita ni.

Beberapa highlight of the movie

1. Rata-rata pengambaran di UK. So, bila dia lalu dekat jalan-jalan area London tu, looks very familiar. Ala-ala walking down the memory lane. Hehe.

2. Ada scene dalam Tube. Pun suka. Aku memang favourite bila ada reference tube nih, sebab tube is the heart of London. Tambah lagi ada part yang kat dalam terowong tube. So, macam memberi insight pada aku apa yang ada kat situ.

3. Ada watak lelaki nerd. Sapa ntah nama mamat tu. Tapi ala-ala can relate (kaan?) bila ada watak-watak macam tu dalam movie. Bukan cerita apa tu – National Treasure pun ada watak mamat geeky kan? Tapi taknaklah watak mamat-mamat geeky yang dijadikan laughing stock dalam cerita, itu tak best.

4. Ada babak kat Scotland!!!! Scotland – one of my favourite place on the Earth. Tapi motip sangat pak cik yang jaga rumah Bond tu tetiba cakap English accent, dan bukannya Scottish. Padahal mengaku dok Scotland jaga rumah tu sejak James Bond dari kecik.

5. Jalan cerita yang kukuh. Taklah sekadar kejar orang jahat dan bunuh. Disebabkan itu aku suka cerita ni.

6. Awal cerita tu dia buat kat Istanbul. So, sebab baru ja tengok Taken hari tu, terasa macam ~ eh, tak ke best kalau tetiba waktu scene diorang kejar-kejar atas bumbung rumah tu, tetiba heroin Taken tu dok berlari-lari jugak atas tu. Hehe.

Anyway…

Do I recommend this?

If you are highly fascinated of London and Britain – YES

My Study Tips

Published by:

Walking down the memory lane: Gambar time study kat library time kat Brunel University dulu waktu buat MSc.

Ni entri hutang. Janji nak jawab hari tu, tapi takde kesempatan dan mood untuk menulis. So, sekarang baru nak jawab.

 

“as salam abg amri..

boleh abg amri share cara abg amri study? =)”

Ikah

 

 

Ikah,

Saya cuba jawab secara umum, tidak merujuk pada mana-mana peringkat sama ada Ikah di peringkat sekolah, matrikulasi mahupun universiti.

Pertama sekali, saya rasa, untuk skor satu-satu subjek, kita perlu study smart. Jadi cara belajar yang betul itu penting. Baru hari itu saya berbual dengan anak murid kakak saya yang nak menduduki STPM. Saya tanya cara study mereka, kerana mereka buat bidang sastera. Jawab mereka, mereka buat nota. Saya tanya, buat latihan tak? Mereka kata belum.

Bagi saya, dalam apa-apa subjek pun, memanglah mempunyai nota yang teratur itu penting, tapi kalau tidak membiasakan diri dengan latihan, maka tidak cukup berkesan untuk tujuan peperiksaan. Kerana selaku tenaga pengajar sekarang ini, saya sedar bahawa dalam membuat soalan peperiksaan, maka perlu ada 3 bentuk soalan.

i) Soalan mudah – yang sekadar baca nota, tidak cuba buat latihan sudah boleh jawab soalan tersebut.

ii) Soalan sederhana – yang perlukan pelajar tunjukkan kefahaman konsep yang dipelajari. Biasanya soalan ini straight forward. Latihan yang biasa mencukupi.

iii) Soalan sukar – yang perlukan pelajar fikir lebih sikit. Kalau peringkat SPM, yang ni biasanya perlukan lebih masa untuk menjawab, dan kalau betul-betul faham sesuatu topik, baru boleh jawab. Dan kalau hendak yakin dapat jawab soalan ini, perlukan biasakan dengan soalan berbentuk peperiksaan.

Maksudnya, kalau benar-benar mahu skor untuk peperiksaan, perlulah selalu menjawab soalan berbentuk peperiksaan.

Faktor masa

Biasakan diri menjawab dalam tempoh masa seperti dalam peperiksaan. Maksudnya, kalau anda di peringkat SPM, cuba buat model peperiksaan dalam masa yang diberikan. Sebabnya, kepantasan menjawab ini juga penting. Kalau peringkat universiti, juga begitu.

Budaya belajar

Beberapa hari yang lalu bebudak debat tanyakan saya bagaimana saya study dahulu, kerana saya pun memang sibuk sertai latihan debat ketika saya belajar di USM. Kata saya, saya memang skema dulu-dulu. Saya biasa study waktu petang, dalam pukul 5 sampai Maghrib.

Mereka bertanya, tak keluar bermainkah?

Tentulah tidak.

Saya memang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan tidak bersenam suatu ketika dulu.

Tapi beginilah. Janganlah jadi seperti saya. Setiap orang perlulah cuba sesuaikan dengan diri sendiri. Bersenam dan makanlah makanan yang seimbang. Tapi dalam perihal belajar, cuba lakukan di awal masa dan bukannya di malam hari. Lagipun, lebih mudah untuk frust dan give up bila buat lewat malam kerana perlu masuk tidur. Tapi kalau buat di petang hari, boleh paksa diri sendiri untuk berjaga.

Latihan

Saya bukanlah pelajar yang cemerlang dalam semua subjek. Misalnya, saya selalu mengabaikan subjek-subjek sastera seperti Sejarah. Juga di universiti, saya selalunya dapat teruk dalam subjek seangkatan.

Juga jangan tiru seperti saya. Jadilah pelajar yang baik dan seimbangkanlah antara semua subjek (Ini ayat safe sebab nanti tiru pulak..)

Cuma biasanya saya lakukan perkara berikut:-

– siapkan latihan sebelum guru memasuki topik baru. Ini biasanya ketika di peringkat SPM yang mana setiap satu dua hari, kita akan berubah topik. Jadi sebelum topik diubah, saya akan cuba memastikan saya sudah cuba latihan-latihan berkaitan. Ingat, ini tidak cukup untuk tujuan peperiksaan, tapi penting untuk pemahaman topik berikutnya.

– ketika di peringkat matrikulasi dan universiti, saya akan cuba siapkan soalan tutorial sebelum kelas tutorial.

Kesimpulan

Ringkas sahaja tips saya. Buat latihan.

Sama ada anda lakukan sendiri, ataupun buat secara berkumpulan, atau bertanya guru, ataupun bertanya kawan; semua itu terpulang pada individu.

Moga inspirasi dan motivasi untuk berjaya datang awal, dan kekal buat selamanya. Selamat berjaya.

 

Bila dirimu rasa kecewa,
dan aku pun pernah rasa yang sama.
Walau jauh impian dan tingginya cita-cita,
azam digenggam tidakkan ku lepas

~ Angin

*Over kan? quote lagu sendiri :P

Grumpy

Published by:

Hari ni grumpy sikit. Cuaca panas. Hidung dok berair sebab selsema. Batuk juga. Otak tidak cukup bermotivasi.

Khamis hari tu, aku dah habis dah mengajar untuk sem ini. Subjek tu sekarang dihandle pensyarah lain. Dia amik half, aku amik half. Terlebih seminggu sebenarnya sebab confusion yang aku ingat aku hanya perlu cover sampai chapter 3, tapi rupanya chapter 4 jua.

All good. Harapnya minggu akan datang ini, bolehlah spend satu hari untuk buat exam question, kemudian mula buat kerja-kerja research. Budak Masters ada 3 orang under aku, untuk disertation. Sepatutnya penyeliaan start sem depan, iaitu bulan 2. Tapi dek kerana aku tak berani nak mula lewat memandangkan aku tak berapa bayangkan flow dia macam mana, so aku dah mula suruh diorang start buat programming sekarang.

Oh-oh, ni video itu hari

 

dan juga Belaian Jiwa

Yang tu berduet dengan student aku. Syafiq nama dia. Power gak suara dia. Boleh dijadikan potensi untuk projek Youtube nih! [harus selepas ini… bebudak maths yang baca blog ni bergosipan kata aku nak libatkan dia untuk video akan datang, kan?]

Anyway…

Aku akhiri entri kali ni dengan gambar yang diambil Mahadi semalam. Semalam lepak kat rumah Mahadi lepas gym (gatal pi walaupun selsema dan batuk). Pastu pukul 7 ada cerita Perman kat Tv9, so aku layan la sambil baring kat kusyen dia. Sekali Bushra mai mengeliting kat aku sambil join berbaring seperti gambar di bawah.

Jamuan

Published by:

12 midnight. Baru balik dari jamuan hari raya School Maths. Pensyarah 2 orang ja datang, aku dengan Timbalan Dekan. Sebenarnya hari tu lagi diorang dah datang panggil. Begini bunyinya.

‘Sir free tak 31hb ni’

‘Free ja rasanya, kenapa?’

‘Nak jemput datang jamuan raya’

‘Ha, okay.’

Sekumpulan pelajar itu masih lagi dok melengu macam ada benda tak habis lagi ditanya.

‘Er…er’, diorang.

‘Ha, ni apa nih?’ aku yang mula mengesan ada niat lain disebalik ajakan tersebut.

‘Nak minta sir perform’

Kaaan?

So dipendekkan cerita, malam ni lah.

Sebenarnya demam sikit semalam. Bangun pagi tadi pun rasa berat. Ni pun rasa tak sedap badan sikit. Hujan semalam laa kot. Terkena.

Tapi boleh gak la perform. Nanti-nanti aku upload video. Baru ja tengok balik kejap tadi.

Aku nyanyi lagu Angin.

Sentap sekejap sebab dalam video tu, aku boleh dengar rupanya ada bebudak yang sing along. Wah wah!

Well, that’s the highlight of the night.

Nak kena prepare lecture…