Amri (feat. Unik) – Sempurna (lyrics)

Published by:

[Chorus 1]
Dan bila kan ku menggapai semua
Hidup di dalam bahgia
Bilakan aku sempurna, sempurna

Aku seperti kamu punya impian
Tingginya cita-cita segunung harapan
Percaya dunia tidak pun punya sempadan
Selagi diriku mahu maju ke hadapan

Tahun-tahun berlalu dan di sini aku berada
Ku mampu tersenyum walau ku tidak berada
Namun banyak yang kurang, banyak lagi tiada
Ku tak peduli, ini dah lebih dari ku pinta

Usah  lihatku dari luaran
Anggap pula usin ku atu sedalam lautan
Beri definisi bahagia yang tak kesudahan
Seperti hidup ini kan terus berkekalan
Kamu, kata dunia yang bukan kamu ligan
Tapi harapmu pada ku semua kebendaan
Pinta bina mahligai penuh gemerlapan
Hingga ku tertanya bilakan sampai harapan

[Chorus 2]
Dan bila kan ku menggapai semua
Hidup di dalam bahgia
Bilakan aku sempurna, sempurna
Dan bila diriku jadi dewasa
Mungkin ku hanya biasa
Diriku takkan sempurna, sempurna

Kita memang tak sama, nyata pun berbeza
Walau cinta yang satu tapi lain jalan kita
Bila ketemu dirimu makin kusut di minda
Menelah hari esok belum tentu kunjung tiba

Bila kosong, kamu pinta cari sesiapa
Bila satu, kamu tanya bila dua dan tiga
Bila, cahaya mata mu kan cari pasangan?
Bila kan punya cucu untuk dibuaikan?

Kata, percaya pada ketetapan
Kata, semua ini satu suratan
Biar ku redah tujuh lautan
Semua ini bukan pasti jadi genggaman

Diam bukan  erti ku tak punya cita-cita
Bukan mengerti ku mengalah tidak bermaya
Ini ku punya beban, ku punya cara
Sebelum ini  tak pun kau peduli derita

[Chorus 1]
Dan bila kan ku menggapai semua
Hidup di dalam bahgia
Bilakan aku sempurna, sempurna

Kenapa jangkaanmu mengatasi kemampuan
Buat ku rasa ku gagal dalam kehidupan
Ku punya kekurangan juga kelemahan
Cuma berbekalkan secebis keazaman

Lihat, ku tidak sempurna ku hanya insan
Ilmu tak sampai setitis air di lautan
Maka takkan ku punya pengetahuan masa depan
Dan tak perlu lagi ku bertanyakan soalan

[Chorus 2]
Dan bila kan ku menggapai semua
Hidup di dalam bahgia
Bilakan aku sempurna, sempurna
Dan bila diriku jadi dewasa
Mungkin ku hanya biasa
Diriku takkan sempurna, sempurna

Eid

Published by:

[Gambar: Beraya rumah Pak Lang, ada tilam kat ruang tamu so kitorang pakat-pakat berguling sekejap. Pejam-pejam mata ja, takdelah tido bebetul]

Selamat Hari Raya semua.
Tadi lepas solat Jumaat, imam takbir. Memula dia buat nada biasa. Bukan nada yang lagu orang Melayu kita. Tapi, once makmum sambut takbir tu, terus jadi nada Melayu.

Terus teringat takbir di UK. Nada dia lebih pendek. Tak berbunga-bunga macam nada sini. Dan lebih bersemangat. Tak mendayu-dayu mengingatkan orang-orang yang tak balik kampung supaya rasa sedu-sedan di hari yang mulia ini.

Which is why I should appreciate celebrating Eid here. Ya lah, entah dari mana Allah bagi aku kekuatan untuk sambut 4-5 kali raya kat Durham dengan rasa riang dan tak tragis walaupun tak balik raya, tapi rasanya mak ayah aku rindu gak. So, I’m here. And let’s say I’m savouring it.

Itu sebab sekarang ni, hari raya pertama biasanya aku akan spend dengan family. Pergi rumah Pak Teh, Pak Njang dan Pak Lang. Pastu lepas Maghrib pergi rumah Kak Caq.

Mirza dan Fiki datang lewat dah sebab aku suruh datang lewat sebab nak pergi rumah Kak Caq tadi. Diorang lepak dari pukul 10 sampai pukul 1. Standardlah. Kalau diorang datang, memang duduk lelama. Tadi duk mencuba Siri kat ipad Fiki dengan something-similar-to-Siri kat Samsung Mirza. Sambil-sambil bertindak immature dengan menanyakan soalan-soalan yang prude. Dalam banyak-banyak geng kitorang, kitorang bertiga ja yang memang single lagi. Tu sebab boleh lelepak sampai pukul 1 tak yah fikir anak bini.

Petang tadi, aku buat website. Untuk school maths punya. Kiranya baru prototaip lah kat sini [link may be broken in the future]. Semangat kan? Hari-hari raya pun buat kerja work related. Sebenarnya sebab ada meeting hari Isnin ni, so aku nak tunjuk something. Lagipun, mungkin sudah diasuh kot. Sebab waktu kat Durham, study kena jalan macam biasa ja.

Itu lah…

Aku rasa macam aku sendiri pun masih cuba memahami diri sendiri (motip kan umor dalam 28 tahun masih keluar statement macam remaja). Aku terasa yang duduk kat UK – dah buat aku jadi lebih persistent (which is good) tapi juga picky ataupun particular? If I even explain it right.

Sebab hari tu, aku rasa aku dah menyentapkan satu student ni sebab dia tanya kalau aku amik student untuk final year project. Aku balas, ‘boleh ja, tapi kalau dengan saya, saya tak bagi markah mudah-mudah tau’. Well, if I am in his place pun aku rasa jawapan tu sedikit rude. Macam anggap dia tak cukup bagus etc. Cuma, aku rasa lebih baik dia diwarning awal daripada nanti dah amik, tetiba kemudian menyesal di kemudian hari.

I’m still struggling of behaving in different groups of people. Itulah masalahnya, dalam kelas, I think my students would say I’m quite alright, takdelah garang kan. Bila bebudak course aku tanya pun, biasanya aku balas dengan baik juga. Tapi bila dengan 3 bebudak Masters tu datang discussion, memang selalunya diorang akan ditanya habis-habisan. Kena baca a part dan pastu discuss. Yang mana yang tak faham, yang tu la kena target disoal.

Tapi bila aku pergi debat, aku tergedik-gedik sekali dengan bebudak debat jugak. Somehow aku rasa macam aku ada multiple personalities pulak.

Anyhow….

Naz tulis kat wall aku

“Ish…kenapakah lagu Sempurna hang tu dok terngiang-ngiang je ni?”

which is such a nice statement to hear.

So, give it a listen. Nanti aku cerita lagilah fasal Sempurna.

And btw

1. Apsal ntah, kalau dengar guna ipad ke, phone ke, bunyi background music tenggelam. Maka, gunalah speaker atau earphone yang berkualiti. Baru dengar bunyi sedap sikit.

2. Kalau korang dah dengar, dan rather like it, do me a favour? Share it on FB, Twitter? And click like dekat Youtube tu. Boleh la? [sambil buat muka kiut]

3. Kalau korang student aku, ataupun bebudak USM, let’s not use title ‘Dr’ when you leave comment in my Youtube Facebook page. Guna ‘sir’ pun okay. ‘Mr’ pun takpa. At least for the moment, aku malas nak bagi orang-orang random kat Youtube tu tahu apa yang aku buat for living. Make sense? Meh..

 

Sempurna

Published by:

And for those who keep asking me to settle down,
and for those who keep asking me to buy a house,
and for those who keep wanting me to be bigger and better,

this song is for you :P

 

Bak kata Kak Dijah waktu kitorang berchat, lagu ni berunsurkan ‘subtle kejian’. Dok bersembang gak dengan Mahadi, maybe kalau kekanak atau remaja-remaja, tak berapa faham kot what this song is about, but I may be wrong.

Anyhow.. that’s it. And I’m rather happy because ni lagu first yang aku susun atur muzik sendiri. Dulu yang lagu Angin tu, guna program generate music automatic, which limits creativity. Yang ni arrange sendiri, part by part sebab aku tak reti pun nak main instrument continuously. But still! Hehe.

 

Rindu

Published by:

Sedikit rindu akan UK.

Mungkin juga kerna sibuk tiap kali celik dari pejam buat aku rindu tanah itu.

Rindu berbaring merengkot di dalam duvet sambil mata malas dibuka kerana kesejukan.

Rindu akan samar-samar cahaya mentari yang memang jarang-jarang bertandang.

Rindu pada kesunyian lewat petang yang turut memberi aku kekuatan.

Rindu sama alun bayu yang dingin hingga membeku tulang.

Rindu pandang luar tingkap tiap kali kereta api membawaku merentas pekan.

Rindu padang rumput yang kadangkala ada kuda berlarian.

Rindu pada keramaian yang buat aku rasa keseorangan.

Rindu pada hari-hari dulu yang penuh harapan juga impian.

 

Click click

Published by:

Baru bersembang-sembang dengan famili. Tak balik kampung minggu ni sebab ada program bawah school kat SMK Abdullah Munshi petang tadi.

Call rumah, abah bagitau yang abang aku nak pergi Ukraine, ada business trip, sedang ayah aku sendiri pun nak pergi Terengganu esok. Semua pun pakat busy eh. Call kak aku pulak, bergosip sekejap. Baru je letak.

Minggu ni was truly full.

A bit bad start.

Selasa: aku diarrhea. Teruk gak ar, sampai hilang sekilo lebih (sob sob). Aku ada kelas gak hari Selasa tu, tapi pergi jugak sebab dia on and off. Nasib baik time kuliah tu, tak terasa. Tapi lepas tu memang azab gak la. Balik rumah dalam pukul 6, aku terbungkang kat ruang tamu. Tertidur jap, dan bateri handphone habis.

Mahadi call, tak dapat la kan. Nak bagitau yang ayah dia meninggal. Innalillah.

So aku tak lah pergi tengok pun sebab esok harinya pun rasa tak sedap badan lagi.

Student aku tak tahu pun. Sapa ntah cakap… oh, Dani, dia kata bagitau lah, baru dapat simpati. Nanti ada yang tolong masak bagai. Motip betul.

Aku cakap, aku taknak. Ni memang attitude dari UK lagi, malas nak susahkan hati orang lain. Ada dua tiga orang yang tahu aku sakit perut pun sebab dia datang meeting, dan muka aku dan memang tak dapat nak sembunyi lagi.

But anyway…

Semalam sempat merekrut student-student aku untuk sesi fotografi. Ni lah first time aku melakukan aktiviti luar darjah dengan student sendiri. So, standardlah photoshoot kan? Bukannya ambil sekeping gambar dan terus dapat kan? Even professional model pun kena tangkap berpuluh ratus keping nak dapat posisi yang best. Pastu ada sesetengah dari diorang yang goes like ‘kena posing lagi ke?’ sebab diorang rasa macam dah lama dah diorang pose. Haruslah!

Tapi hasilnya, aku dah puas hati lah. Sebab projek ni nak buat untuk dimasukkan dalam bahan-bahan publisiti school, student environtment, nak bagi nampak ceria sikit. Sebab katanya, gambar-gambar student sekarang nampak macam tak berapa ceria. Ya lah kan, sebab fail archive sekarang dari aktiviti pelajar yang sebenarnya, bukannya semua orang nak pose-pose vain time macam aku kan?

 

Gambar: Merekrut pelajar India yang memang tengah study itu untuk memodelkan diri dengan student-student aku. Kan nampak macam student universiti tengah study kan? Hehe.

 

Kat kaunter pejabat am. Ala-ala perkhidmatan dengan senyuman kan? Baru lah tak risau kalau nak drop kelas ataupun tukar kursus.

Aku cakap kat Dani dengan Mida hari tu, kenapa kat sini kalau beli air panas, dia bungkus dalam plastik gak. Aku nak diletak dalam cawan seperti kat atas tu. Pastu kitorang gi McD, dan aku beli teh panas. Pastu letak dalam kereta sehari lebih sebab lupa nak buang. Pastu sesi photoshoot, terus dapat idea untuk gunakan cawan tu jadi props. Ala-ala macam kat UK lak, minum air panas bawak cawan macam tu. Barulah boleh posing, kalau plastik ikat tepi, nak posing macam mana?

Alif, budak debat yang aku rekrut waktu solat Jumaat, suruh dia datang join sekali sebab budak lelaki tak ramai. Kekonon buat programming la ni… atau melayar facebook kat lab school?

 

Dr Ong yang jugak terlibat dalam publisiti. Lalu depan area kitorang tengah shoot, terus aku suruh dia jadi model sekali. Ha.. macam tu lah kalau jumpa pensyarah, faham dan boleh terus tersenyum :D

Last sekali gambar bebudak beriadah. Yang chinese sebelah kiri tu amik kelas aku sekali. Tetiba dia berbasikal tepi school, terus disuruh berposing. Keke.

 

Adalah dua tiga keping lagi, tapi cukuplah sebagai komentar.

Genre

Published by:

“Jenis apa lagu tu?” Tanya ayah aku waktu aku sedang makan di dalam dapur.

“Hm.. rap rasanya. Takpun R&B”, yang mana aku sendiri pun tak berapa reti sangat bab-bab genre ni. Rasanya bukan R&B. Rap, yes.

Ayah aku tanya fasal lagu aku yang baru. Malam sebelum tu aku tunjuk kat mak dan ayah aku, akan video yang diedit, dan nak siap dah pun. Lepas tunjuk, aku bacakan lirik pada mak dan ayah aku.

“Aku seperti kamu, punya impian,
tingginya cita-cita segunung harapan,
percaya dunia tidak punya pun sempadan,
selagi diriku mahu maju ke hadapan”
Rangkap pertama, yang mana rangkap lain tu, nanti korang dengar sendirilah. Ada rezeki, dalam minggu ni aku release. Dah lebih sebulan dah duk buat ni secara berdikit-dikit. Dengan banyak hal-hal kerja yang nak disiapkan, so tak dak kesempatan dan semangat nak buat.

Mak dan abah dengar ja aku baca lirik tu. Memahami kot bait-bait maksud lagu tu sebab aku selalu sangat address ketakpuashatian tu pada diorang, cuma kali ni diterjemah dalam bentuk lagu. Atau rap.

Maksudnya, bukan lagu jiwang lah. Kalau lagu jiwang, takdelah aku nak baca depan mak dan ayah aku. Malu. Keke.

***

Konvo aku patut Januari ni. 10 dan 11 haribulan. Macam tak dapat nak pergi ja sebab takdak duit. So maybe aku akan cuba defer ke bulan Jun, sebab kalau tak attend bulan Januari, boleh pergi sidang summer punya. Ala.. macam kat Malaysia gak.

Rindu gak kat Durham. Ala… standard lah baru tahun pertama. Nanti dah dua tiga tahun, dah tak peduli dah.

Mak aku selalu gak duk risau fasal makan. Walaupun sebenarnya kat Pulau Pinang ni lah sangat senang cari makan. Aku kadang-kadang ingatkan dia yang waktu aku kat UK dulu, lagi lah susah..

***

Dah terasa yang aku sudah mula jadi semakin particular perihal kerja. Well, mungkin juga sebab bila kerja ni, dia melibatkan banyak pihak, jadi kalau satu kerja sangkut, dia akan affect orang lain juga.

Misalnya tadi, tengah-tengah key in markah kuiz, ada sorang ketuk pintu dan masuk. Ingatkan student. Rupanya salesman jual takaful. Dia cakap ‘boleh minta lima minit’.

Bila dia duduk, aku cakap, ‘okay, lima minit’ ala-ala pengacara rancangan game show yang bagi start ‘lima minit dari sekarang’. Kesian gak aku tengok dia cuba menerangkan pada aku dalam tempoh masa yang singkat sebab nyatanya pitch business dia perlu lebih masa daripada tu.

Firstly, if you ever read this, the sales guy, I’m gonna say ‘sorry for being rude’.

Juga kepada future sales person, ‘sorry because I’m going to be rude’. Susah la… The thing is, I think that I might be more hard to please these days. But, at the same time, I am easily emphatise. Konflik jiwa yang menekan betul.  Maybe nanti aku letak tanda ‘no sales person’ lah. Sebab sangat susah mereject orang yang hendak pada kita. Oops, I mean… mereject orang yang hendak jual barangan pada kita.

Gambar: Lai cikang yang diamik dua tiga hari lepas waktu kak aku datang lepak Penang dengan family dia.