Sempurna

And for those who keep asking me to settle down,
and for those who keep asking me to buy a house,
and for those who keep wanting me to be bigger and better,

this song is for you :P

 

Bak kata Kak Dijah waktu kitorang berchat, lagu ni berunsurkan ‘subtle kejian’. Dok bersembang gak dengan Mahadi, maybe kalau kekanak atau remaja-remaja, tak berapa faham kot what this song is about, but I may be wrong.

Anyhow.. that’s it. And I’m rather happy because ni lagu first yang aku susun atur muzik sendiri. Dulu yang lagu Angin tu, guna program generate music automatic, which limits creativity. Yang ni arrange sendiri, part by part sebab aku tak reti pun nak main instrument continuously. But still! Hehe.

 

Rindu

Sedikit rindu akan UK.

Mungkin juga kerna sibuk tiap kali celik dari pejam buat aku rindu tanah itu.

Rindu berbaring merengkot di dalam duvet sambil mata malas dibuka kerana kesejukan.

Rindu akan samar-samar cahaya mentari yang memang jarang-jarang bertandang.

Rindu pada kesunyian lewat petang yang turut memberi aku kekuatan.

Rindu sama alun bayu yang dingin hingga membeku tulang.

Rindu pandang luar tingkap tiap kali kereta api membawaku merentas pekan.

Rindu padang rumput yang kadangkala ada kuda berlarian.

Rindu pada keramaian yang buat aku rasa keseorangan.

Rindu pada hari-hari dulu yang penuh harapan juga impian.

 

Click click

Baru bersembang-sembang dengan famili. Tak balik kampung minggu ni sebab ada program bawah school kat SMK Abdullah Munshi petang tadi.

Call rumah, abah bagitau yang abang aku nak pergi Ukraine, ada business trip, sedang ayah aku sendiri pun nak pergi Terengganu esok. Semua pun pakat busy eh. Call kak aku pulak, bergosip sekejap. Baru je letak.

Minggu ni was truly full.

A bit bad start.

Selasa: aku diarrhea. Teruk gak ar, sampai hilang sekilo lebih (sob sob). Aku ada kelas gak hari Selasa tu, tapi pergi jugak sebab dia on and off. Nasib baik time kuliah tu, tak terasa. Tapi lepas tu memang azab gak la. Balik rumah dalam pukul 6, aku terbungkang kat ruang tamu. Tertidur jap, dan bateri handphone habis.

Mahadi call, tak dapat la kan. Nak bagitau yang ayah dia meninggal. Innalillah.

So aku tak lah pergi tengok pun sebab esok harinya pun rasa tak sedap badan lagi.

Student aku tak tahu pun. Sapa ntah cakap… oh, Dani, dia kata bagitau lah, baru dapat simpati. Nanti ada yang tolong masak bagai. Motip betul.

Aku cakap, aku taknak. Ni memang attitude dari UK lagi, malas nak susahkan hati orang lain. Ada dua tiga orang yang tahu aku sakit perut pun sebab dia datang meeting, dan muka aku dan memang tak dapat nak sembunyi lagi.

But anyway…

Semalam sempat merekrut student-student aku untuk sesi fotografi. Ni lah first time aku melakukan aktiviti luar darjah dengan student sendiri. So, standardlah photoshoot kan? Bukannya ambil sekeping gambar dan terus dapat kan? Even professional model pun kena tangkap berpuluh ratus keping nak dapat posisi yang best. Pastu ada sesetengah dari diorang yang goes like ‘kena posing lagi ke?’ sebab diorang rasa macam dah lama dah diorang pose. Haruslah!

Tapi hasilnya, aku dah puas hati lah. Sebab projek ni nak buat untuk dimasukkan dalam bahan-bahan publisiti school, student environtment, nak bagi nampak ceria sikit. Sebab katanya, gambar-gambar student sekarang nampak macam tak berapa ceria. Ya lah kan, sebab fail archive sekarang dari aktiviti pelajar yang sebenarnya, bukannya semua orang nak pose-pose vain time macam aku kan?

 

Gambar: Merekrut pelajar India yang memang tengah study itu untuk memodelkan diri dengan student-student aku. Kan nampak macam student universiti tengah study kan? Hehe.

 

Kat kaunter pejabat am. Ala-ala perkhidmatan dengan senyuman kan? Baru lah tak risau kalau nak drop kelas ataupun tukar kursus.

Aku cakap kat Dani dengan Mida hari tu, kenapa kat sini kalau beli air panas, dia bungkus dalam plastik gak. Aku nak diletak dalam cawan seperti kat atas tu. Pastu kitorang gi McD, dan aku beli teh panas. Pastu letak dalam kereta sehari lebih sebab lupa nak buang. Pastu sesi photoshoot, terus dapat idea untuk gunakan cawan tu jadi props. Ala-ala macam kat UK lak, minum air panas bawak cawan macam tu. Barulah boleh posing, kalau plastik ikat tepi, nak posing macam mana?

Alif, budak debat yang aku rekrut waktu solat Jumaat, suruh dia datang join sekali sebab budak lelaki tak ramai. Kekonon buat programming la ni… atau melayar facebook kat lab school?

 

Dr Ong yang jugak terlibat dalam publisiti. Lalu depan area kitorang tengah shoot, terus aku suruh dia jadi model sekali. Ha.. macam tu lah kalau jumpa pensyarah, faham dan boleh terus tersenyum :D

Last sekali gambar bebudak beriadah. Yang chinese sebelah kiri tu amik kelas aku sekali. Tetiba dia berbasikal tepi school, terus disuruh berposing. Keke.

 

Adalah dua tiga keping lagi, tapi cukuplah sebagai komentar.

Genre

“Jenis apa lagu tu?” Tanya ayah aku waktu aku sedang makan di dalam dapur.

“Hm.. rap rasanya. Takpun R&B”, yang mana aku sendiri pun tak berapa reti sangat bab-bab genre ni. Rasanya bukan R&B. Rap, yes.

Ayah aku tanya fasal lagu aku yang baru. Malam sebelum tu aku tunjuk kat mak dan ayah aku, akan video yang diedit, dan nak siap dah pun. Lepas tunjuk, aku bacakan lirik pada mak dan ayah aku.

“Aku seperti kamu, punya impian,
tingginya cita-cita segunung harapan,
percaya dunia tidak punya pun sempadan,
selagi diriku mahu maju ke hadapan”
Rangkap pertama, yang mana rangkap lain tu, nanti korang dengar sendirilah. Ada rezeki, dalam minggu ni aku release. Dah lebih sebulan dah duk buat ni secara berdikit-dikit. Dengan banyak hal-hal kerja yang nak disiapkan, so tak dak kesempatan dan semangat nak buat.

Mak dan abah dengar ja aku baca lirik tu. Memahami kot bait-bait maksud lagu tu sebab aku selalu sangat address ketakpuashatian tu pada diorang, cuma kali ni diterjemah dalam bentuk lagu. Atau rap.

Maksudnya, bukan lagu jiwang lah. Kalau lagu jiwang, takdelah aku nak baca depan mak dan ayah aku. Malu. Keke.

***

Konvo aku patut Januari ni. 10 dan 11 haribulan. Macam tak dapat nak pergi ja sebab takdak duit. So maybe aku akan cuba defer ke bulan Jun, sebab kalau tak attend bulan Januari, boleh pergi sidang summer punya. Ala.. macam kat Malaysia gak.

Rindu gak kat Durham. Ala… standard lah baru tahun pertama. Nanti dah dua tiga tahun, dah tak peduli dah.

Mak aku selalu gak duk risau fasal makan. Walaupun sebenarnya kat Pulau Pinang ni lah sangat senang cari makan. Aku kadang-kadang ingatkan dia yang waktu aku kat UK dulu, lagi lah susah..

***

Dah terasa yang aku sudah mula jadi semakin particular perihal kerja. Well, mungkin juga sebab bila kerja ni, dia melibatkan banyak pihak, jadi kalau satu kerja sangkut, dia akan affect orang lain juga.

Misalnya tadi, tengah-tengah key in markah kuiz, ada sorang ketuk pintu dan masuk. Ingatkan student. Rupanya salesman jual takaful. Dia cakap ‘boleh minta lima minit’.

Bila dia duduk, aku cakap, ‘okay, lima minit’ ala-ala pengacara rancangan game show yang bagi start ‘lima minit dari sekarang’. Kesian gak aku tengok dia cuba menerangkan pada aku dalam tempoh masa yang singkat sebab nyatanya pitch business dia perlu lebih masa daripada tu.

Firstly, if you ever read this, the sales guy, I’m gonna say ‘sorry for being rude’.

Juga kepada future sales person, ‘sorry because I’m going to be rude’. Susah la… The thing is, I think that I might be more hard to please these days. But, at the same time, I am easily emphatise. Konflik jiwa yang menekan betul.  Maybe nanti aku letak tanda ‘no sales person’ lah. Sebab sangat susah mereject orang yang hendak pada kita. Oops, I mean… mereject orang yang hendak jual barangan pada kita.

Gambar: Lai cikang yang diamik dua tiga hari lepas waktu kak aku datang lepak Penang dengan family dia.

 

Pukul 5 petang

Hari ni aku bagitahu student yang aku nak kasi assignment. A lot of aaah. Bad aaah.

Then I told them my nerd-story of how I send in my C++ assignment few days after lecturer gave it, 2 weeks before the deadline, making me the first student to hand in. Obviously that doesn’t help much. lol.

Sebelum nak ke kuliah, ada sorang salesman datang. Ala benda apa ntah nak suruh buka akaun kad kredit bagi menggalakkan aku berhutang piutang lah tu. Sebab aku tengah nak prepare untuk kuliah, so aku suruh datang later. Pukul 5 aku kata.

Lepas tu sebelum pukul 5 call Mahadi. Bagus gak Mahadi kerja USM. Senang kitorang bercalling guna extension dalaman. Oh, Elly pun sekarang kerja USM gak. Kat Pusat Bahasa. Call Mahadi tadi ajak pergi gym. Cadang nak blah waktu tu, tapi sebab dah janji dengan orang tu suruh datang pukul 5 kan? Rasa bersalah pulak.

Tetiba teringat, tunggu je lah seminit dua. Kalau dia tak datang, kira technically, bukan aku yang tak menepati janji, ye tak?

So, letak gagang, pukul 5.02 minit, dia tak datang, aku pun blah. Bagus kan sistem tu?

Semalam waktu bebudak Masters datang, aku dah warn diorang, aku cakap yang ‘I’m new so I don’t have much experience, and you guys have to be aware of that,’ aku rasa diorang cuak dengar aku cakap macam tu. ‘But I’m telling you, if I’m taking you guys, I’ll be committed’, aku cakap macam tu lebih kurang. Tak tau lah diorang makin lega ke tak.

But talking about experience, I just tweeted,

‘The thing about experience is… you can’t pretend that you have one if you don’t ‘

Dan aku bukanlah bercakap fasal kerja.

I was reading this book, buat aku sedikit tak setuju sebab watak utama cerita ni jumpa kaunselor, dan tetiba ayat-ayat kaunselor tu begini,

‘takpalah, saya boleh bantu’

‘tak, tak nak’

‘kamu patut luahkan apa yang terbuku di hati, kalau tak lega’

well, something like that, malas taip sebiji-sebiji. And here’s the thing about perspective of counselling. Yang mana kita pergi untuk dapatkan advice. WRONG! Couselling is self-healing process. Counselor is just a helper or listener.

Okay, I might be wrong, so feel free to correct me.

Tapi aku pernah discuss dengan Mahadi fasal benda ni. Mahadi cakap, kaunselor ni diajar untuk mendengar, bukannya menasihati.

True. And I’ve experienced that. So bila digambarkan yang kaunselor ni macam kawan-kawan kita yang busy body, so… sedikit… tak tepatlah.

Tadi dinner rumah Mahadi. Dan tertengoklah Julia. Kahwin dah?? Wah, fast-paced nya cerita ni. Dan lagi satu, watak lelaki dalam cerita ni memang diminati ramai ek? Itulah, ratio lelaki perempuan tak seimbang dalam cerita ni. Kalau aku tetiba jadi watak hero lelaki ketiga dalam cerita tu, barulah seimbang kan?

Terus dialog aku pada salah seorang watak utama wanita jadi begini, ‘you nak tahu apa jadi tadi? I bagitau yang lepas test, I nak bagi assignment kat diorang, terus diorang mengeluh secara berjemaah’. Keke.

 

Gambar: Syukri Brunei amik gambar dalam bilik aku dulu waktu kat Durham guna lens apa ntah.

Pagi

Have you seen my schedule this week?? Semalam baru ubah layout blog untuk tukar kalendar kat bawah dari mode bulanan kepada mode mingguan, so boleh nampak sikit what’s going on hour by hour. Actually aku selalu gak masuk blog sendiri untuk check sesapa yang aku follow yang dah update diorang punya blog. So ada sekali diari kat bawah, kira okay lah. Menyenangkan aku.

 

7 am now. Bangun dalam pukul 5 pagi lebih selepas tidur lepas Maghrib semalam. Yesterday was a long day, today is gonna be the same.

Semalam aku diinterview untuk perlantikan jawatan. Banyak phase nak kerja kat universiti ni. Plus aku punya pass list pun baru dapat 2-3 minggu lepas. Pass list tu.. kiranya macam transkrip lah. Skrol sebenar pulak akan dapat lepas graduation ceremony diadakan (iaitu bulan Januari tahun depan). In between now and then, tak sure pula akan diberi surat pengesahan daripada senat atau tidak. Itu birokrasi kat UK. Sini pun ada jugak.

But life moves on.

Semalam 3 orang budak Masters (mixed-mode) dah datang untuk cop buat disertasi dengan aku. Ada lagi yang datang tanya tapi aku tak berani nak amik banyak sangat memandangkan aku pun baru start dan tak berapa aware of the whole flow.

Gambar atas: baru amik tadi dalam beberapa minit yang lalu, view dari tingkap rumah :P