Kenapa kecam Clever Girl?

Published by:

Saya mula dengar tentang rancangan Clever Girl ini daripada beberapa orang kawan. Semuanya menceritakan tentang para peserta yang gagal menjawab soalan yang mudah. Maka pada satu malam itu, saya mula menonton Clever Girl. Sebabnya cukup mudah. Memang hari Ahad malam, saya biasa berada di rumah emak ayah saya dan emak biasanya akan memasang televisyen. Apa saja rancangan yang ada jam 9, memang saya tonton. Dahulu, slot ini terisi dengan Bintang Mencari Bintang. Sebelum itu, entah apa lagi.

Teringat anak murid saya pernah bertanya, ‘sir tengok Clever Girl, tengok clever ke, tengok girl?’ Saya jawab, ‘tengok dua-dualah!’, dan disambut deraian ketawa mereka. Saya memang menggemari rancangan berbentuk trivia ini. Tambah pula konsep markah dan penyingkiran Clever Girl, saya kira menarik. Memang ada beberapa pertikaian yang boleh dilakukan, tapi biasalah, memang lumrah rancangan televisyen.

Cuma bila saya melayar #CleverGirlMy atau membaca komen-komen daripada orang ramai, begitu banyak sekali kecaman terhadap rancangan ini. Saya faham dan akui kebenaran sesetengah komen seperti rancangan ini memanipulasi wanita, katanya. Namun banyak sekali komen yang merendahkan kepintaran peserta-peserta ini.

Pertamanya, saya tertanya juga kenapa banyak masyarakat yang selesa untuk menghentam rancangan ini sedang rancangan melibatkan lagu atau komedi tidak menerima nasib yang sama. Keduanya, pintar sangatkah diri kita ini untuk menghukum peserta Clever Girl ini tidak clever? Saya sendiri yang mengajar Matematik di peringkat pengajian tinggi juga merangkak untuk menjawab soalan-soalan Matematik. Bukan kerana tidak faham atau tidak tahu, tapi kerana saya perlukan situasi selesa untuk saya baca soalan, fahamkan dan buat pengiraan; bukan dengan tergesa-gesa mengira dan menekan buzzer. Saya juga sering tertanya, yang biasa pantas menaip ayat penuh sinikal di Twitter mahupun Facebook, memperlekeh kebolehan peserta itu, adakah mereka ini terdiri, dalam zaman mereka di sekolah, golongan pelajar yang biasanya mengangkat tangan di dalam kelas untuk menjawab soalan yang diajukan guru.

Satu perkara yang saya risaukan ialah penonton televisyen lebih selesa dimomokkan dengan hiburan kosong daripada yang terisi. Lebih selesa dengan rancangan yang pengacaranya perlu menyebut berulang kali tagline syarikat yang menaja, daripada rancangan Clever Girl yang sampai minggu sebelum final ini, masih lagi saya lupa siapa yang taja. Saya risau jika reaksi negatif terhadap rancangan ini ialah akibat format soalan objektif dan soalan-soalan Matematik itu mengingatkan penonton pada ketika mereka di sekolah; dan biasalah bila di sekolah, kita suka untuk ketawa, kutuk dan sindir pelajar bijak bila mereka tersalah jawab soalan. Mungkin penonton yang bersifat reaktif ini akibat jarang-jarang sekali kita diberikan rancangan yang memaksa kita berfikir dan terasa dungu sebentar apabila pada satu soalan tertentu, tiada satu jawapan objektif pun yang kita ketahui. Dan bila kita tidak tahu dan peserta pun tidak dapat menjawab, maka kita pun lebih senang untuk berkata ‘kau kata kau clever!’.

Saya harap tanggapan saya itu salah.

***
P.S: Jika pihak producer membaca, saya selalu berseloroh dengan anak murid, biar saya jadi host Season 2 supaya saya boleh terangkan part jawapan Matematik itu. Joke aside, saya sarankan untuk pembuat soalan Matematik itu turut menyediakan skrip kepada host untuk dibaca ketika jawapan dipapar di skrin supaya Alif tidaklah nampak blur sangat. Misalnya untuk soalan malam ini (soalan kertas A4), skrip yang boleh diberi pada Alif ialah seperti “Untuk soalan ini, kita perlu bahagikan saiz asal kepada separuh, dan jawapan itu kemudian dibahagi lagi kepada separuh, dan separuh, sehinggalah kita dapat saiz untuk kertas A4.” Ringkas, namun dengan bantuan paparan di skrin, mampu memberikan penjelasan.

 

 

Salin balik soalan: Perlu atau tidak?

Published by:

Semalam, tika saya mengajar anak saudara saya Matematik, saya meminta dia untuk terus menulis jawapan dalam buku latihan. Tapi dia membalas yang dia akan buat kemudian kerana perlu disalin dahulu soalan yang diberikan. Maka saya pun, seperti marhaen yang lain, mula mengambil telefon dan menulis di tweet dan Facebook, menyuara rasa ketidakpuashatian saya terhadap hal ini.

Maka tweet dan post saya di Facebook saya berbunyi:-

Cikgu-cikgu sekalian, kalau soalan panjang tu tak payah la suruh anak murid salin. Zaman universiti nanti kita suruh depa copy paste ja. Jawapan copy paste, hat tu kita reject.

Menarik juga kerana rakan-rakan dan anak murid memberi reaksi. Mereka yang ini yang kini sedang mengajar di sekolah-sekolah memberi respon bahawa salin semula soalan itu dapat buat kelas senyap sebentar. Dalam konteks penulisan ini, salin semula soalan itu bermaksud menyalin secara keseluruhan soalan yang diberikan.

Saya cuba memahami perspektif guru dan ada benarnya, penyalinan semula soalan boleh buat pelajar memahami. Mungkin itu juga satu teknik pembelajaran kerana rakan Austria dulu menyalin satu-satu nota dari pensyarah ketika kuliah, meskipun nota bercetak sudah pun diberi. Dan dia pelajar yang pintar. Top 25% in the class ketika Masters dulu. Saya Bottom 25% (Haha).

Namun, dalam keadaan sekarang, bila kita cuba merapatkan jurang pembelajaran sekolah dan pengajian tinggi (yang mana kami pula perlu selaraskan pengajian tinggi dan penghasilan tenaga kerja yang kompeten; memang mencabar kerjaya sebagai pendidik dan penyelidik masa kini), sudah terdapat beberapa kemahiran yang perlu difikirkan semula.

Pelajar perlu tahu untuk memahami dan merumus, kemudian menyelesaikan. Maka isi-isi penting dari soalan harus dikeluarkan, dan dalam era yang kompetitif ini, seorang individu perlu menyelesaikan masalah dalam masa yang pendek. Dan menyalin semula soalan, walhal soalan itu sendiri boleh dirujuk semula kelak daripada buku teks, buku latihan atau fail PDF dalam komputer, adalah satu pembaziran tenaga dan masa.

Pada pendapat saya, yang masih lagi baru dalam bidang ini, menyalin soalan itu tidak lagi dikira efektif. Pelajar membuang masa menulis sesuatu yang tidak pun masuk dalam kepalanya. Kemahiran yang kita mahu ada ialah kemahiran membaca dan memahami. Ketika mengajar kelas di universiti, masih ada pelajar yang menyalin soalan apabila saya memberikan soalan di dalam kelas. Saya perlu menunggu satu dua minit sebelum mereka mencuba soalan itu. Itu belum lagi yang saja lambat-lambat menyalin soalan supaya perbincangan jawapan sudah bermula. Ini mungkin salah satu sebab yang membuatkan saya tidak gemar jika pelajar-pelajar diajar untuk menyalin soalan. Nanti bila di universiti sekalipun, masih lagi terus menyalin soalan sedangkan jawapannya tidak juga muncul-muncul.

 

 

Muzikal

Published by:

2 malam lepas aku buat muzikal kat sekolah kak aku. That’s the first performance. InsyaAllah 19 Feb 2016 ni di USM pulak.

It went smooth as planned, so I’m pretty happy about it.

Lepas tu dek kerana high sangat emotionnya pada Jumaat malam, hari Sabtu dan Ahad terus rasa down low. Rasa sedih lepas habis event. Those kind of feelings.

But then today I woke up and take it slow.

Makan roti untuk breakfast. Layan tv show kat laptop, dan kemudian masak megi dan makan kat rumah.

Terasa macam zaman-zaman Durham dulu.

Which is sweet.

Semalam takleh tido.

 

Layan video-video sendiri yang dulu-dulu post.

Pastu rindu sorang-sorang kat UK.

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain, tempat buat video klip, tempat nangis sorang-sorang, gelak sorang-sorang, nangis ramai-ramai, gelak ramai-ramai…

And better yet, new translation song is coming. Dah diperform dalam muzikal But Cikgu, We Lost! tempoh hari. So, untuk tujuan promosi, aku akan pergi rakam ngan bebudak tu minggu ni. Hopefully jadi motivasi untuk korang gi tengok pementasan tu nanti kat USM. Dalam minggu ni gak aku akan boh cara tempahan tiket. Ni tengah mood-mood melankoli, tak rasa lak nak buat benda-benda ni.

 

Kamus Cinta #01 – Ya atau Tidak

Published by:

Aku kata.

Kalau dah suka, bagitaulah.

‘Takleh, malu… nanti kalau dia reject lagi malu…’

It’s an interesting perspective.

Satu – bila dipendam diperam akan rasa yang berbunga tidak tentu arah itu, bila melihat si dia di dunia insta pun sudah terasa kelam kelibut, di dunia sebenar apatah lagi, maka buat apa didiam?

Atau dua – lebih senang diberitahu, supaya kalau ditolak… boleh cari yang lain?

It was an interesting discussion between me and friends of mine.

 

Sebabnya, ini soal rasa. Hanya ada ya atau tidak.

Misalnya mudah.

Kalau waktu hendak makan, kita tanya si dia mahu makan sushi atau tidak; kalau dijawab ya, memang sushi itu mahu dijamah. Kalau dijawab tidak, mungkin nasi briyani Kapitan sedang berlegar di minda. Tapi kalau dikata tidak pasti, bermaksud sushi itu … boleh laa… mungkin taknak makan sebab baru makan semalam, atau duit tak ada sebab sushi satu plate kecik tu pun mahalnya bukan main.

Cumanya begini. Kalau hendak pergi makan tapi soalan itu tidak pernah ditanya, dibiar dipendam rasa, manalah akan dapat jawabnya. Lagi lama tunggu, makin lapar jadinya. Sudahnya tiba-tiba si dia mahu makan koey teow goreng Pappa Rich sedang diri sendiri mahu sushi. Sudahlah lapar, kena pula makan sendiri. Bayangkan kalau tanya awal-awal dan sudah ada jawapan. Bolehlah cari kawan yang lain untuk makan sushi bersama.

You-and-you-know-who-you-are,
faham metafora ini?

Betul, ada ketika si dia jawab tak pasti. Namun kalau ikut aku. Bila orang kata tak pasti ni, dia dekat-dekat dengan tak nak lah. Macam mana nak tau dia pasti nak ke tak? Terus saja jalan ke kedai sushi. Kalau dia ikut, dia akan lari dari belakang dan cakap ‘okay, saya nak makan sushi’. Ataupun dia kata ‘saya taknak makan sushi tapi tak kisahlah asal saya berada di sisi saudari’.

 

P.S: Kalau kita yang ditanya, bagilah jawapan ya atau tidak. Jawapan biar binary, jangan 40shades of gray. Itu sebabnya kalau ada yang tanya aku nak makan mi goreng telur mata, aku kata tak; sebab walaupun aku nak makan mi goreng telur mata, aku nak makan sendiri-sendiri ja, bukan bersama si dia #metafora.

Awal Tahun

Published by:

Boleh kira kot berapa post ja aku tulis tahun lepas. Dalam banyak banyak tahun, tahun ni aku ada azam. Azam untuk menulis dengan lebih banyak.

I guess things are different now. Back in Durham which seems like ages ago, I live in a bubble. Few friends were around me and I met them rarely. Now I’ve met more people. More fun. More frustration too. But time doesn’t allow me to sit down and let my creative juice flowing.

But 2 songs are coming!

I know that these days, there’s no more of excitement of me announcing such time. Long gone the time where everyone’s kinda waiting for what’s next. But as I told my nephew, do it for you own amusement.

Aku suka menulis. Biarlah sekadar blog, atau cerita ataupun lagu.

Untuk puaskan hati sendiri.

Masalah datang dan pergi. Dan bila jiwa kacau, sedap juga menulis.

And that’s what I did last night.

Berbaringan di katil sambil otak menerawang entah ke mana, aku pun mula menaip di twitter. Dan dapat empat rangkap.

Biarlah manusia cuba menginterpretasi. Semuanya ditulis dari hati.

So there you go…

Sajak pendek 4 Januari..

Langit mengundang hujan.
Awan menjadi kelam.
Tiada lagi bayang.
Mungkin kelam malam bisa buat aku tenang…

Sayang, bulan terang lari di balik awan.
Mentari, kau undur malap.
Biar bulan cerah sendiri.
Biar cahayanya memanggil pelangi

Biar garuda jelajah timur.
Biar bumi gegak gempita.
Biar kacau bilau dunia.
Sarang terus ada.
Selagi ribut belum melanda

Tiada kekal abadi.
Bila sayap rapuh,
jatuh ke bumi,
harap paruh jadi penahan.
Paruh rapuh, rebah.
Biar jadi pengajaran

 

17 days

Published by:

10.40 p.m.

Pacific Daylight Time.

Malam terakhir aku di Kanada untuk trip kali ini. Sekarang di sebuah hostel di Vancouver. Bandar di daerah (province) British Columbia yang terletak di barat Kanada.

“Are you tired?” Tanya Brendon dalam kereta api tadi, melihat reaksi aku yang tidak bermaya.

“Sad,” jawabku pendek.

“That’s good. It means that you had a good time,” balasnya.

“I did,” balasku kembali.

Canada had been treating me good.animalcrossingGambar: Wildlife crossing dekat jalan menuju Banff. Ini membolehkan haiwan liar melintas dari hutan sebelah sini ke sebelah sana