Dua puluh lapan

Published by:

Khamis lepas, birthday aku. Tapi lambat gila nak update blog sebab instead of disambut dengan gilang-gemilang, aku terjebak dalam kemalangan.

Adalah. Rasa sedikit malas hendak bercerita secara terperinci di sini. Kalau jumpa aku, boleh tanya lebih lanjut. Tapi aku takde sebarang kecederaan. Pihak yang terlibat tercedera. So, awal hari Khamis tu, memula gi taklimat pelajar Masters baru kat dewan kuliah, lepas tu gi perbaharu lesen sebab lesen kereta kan habis time birthday, dan later, gi jumpa tuan rumah. Lewat malam sikit gi buat report polis atas kemalangan.

So it was actually a day full of stories, but.. well.. mak dan ayah aku pun baru aku beritahu semalam lepas balik sini (sini as in my parent’s house).

Sebaik sahaja aku bercerita fasal accident tu, ayah aku masuk bilik dia dan bawa keluar diari dia. Dia tunjukkan catatan yang di buat dalam jawi.

Dia bagitau yang dia jarang-jarang mimpi, jadi bila dia bangun dari tidur, pagi Khamis tu, dia terus catat sebab dia rasa macam pelik sikit mimpinya. Dia bacalah kembali apa yang dia catat.

Fasal dia mimpi ada kamus Arab ni yang terbakar atau dibakar (ini ayat ayah aku sendiri). Tapi kemudian kamus tu dicampakkan ke dalam air dan diselamatkan, masih boleh dibaca.

Aku terkedu ja bila ayah aku baca. I guess I didn’t know what to make out of that. Cuma bersyukur yang takde apa-apa yang teruk terkena pada aku.

P.S: Kek dari Mahadi, Elly dan Bushra :)

Respect

Published by:

12.30 malam. Baru balik dari view rumah untuk disewa dengan Mahadi. Singgah kejap kat Subaidah untuk supper. Ala… macam time-time USM dulu. Well, sekarang pun USM jugak.

Perbualan aku dengan Mahadi waktu dinner tadi.

Aku, ‘mai la tengok kuliah aku minggu depan.’

‘Ha ah, aku nak mai tengok hang guna projektor semua,’ sebagai rujukan nanti Mahadi nak ajar kuliah dia pulak.

‘Weh, tak aci la. Aku takleh tengok hang dulu. Hang start hari Isnin ka?’, aku start hari Selasa.

‘Tak. Rabu’

‘Ha.. tak palah. Jangan lupa tangkap gambaq aku mengajaq. Hang nak dok mana?’

‘Tengah-tengah kot, eh tak depan la, senang amik gambaq’ sambil buat aksi menekan kamera.

‘Eh dok belakangla, baru tangkap gambaq nampak student sekali’.

Elly, iaitu isteri Mahadi which you guys should know by this time memandangkan dia sebagai watak utama blog ini, macam amused tengok kitorang berdiskusi  macam budak baru nak masuk U.

Oh, bercerita fasal budak baru masuk U, on the way balik ke rumah Mahadi, dalam USM, nampaklah bebudak baru, baru ja balik dari orientasi. Memanjang berjalan. Mahadi suruh buka tingkap kereta, kekonon suruh aku buat bunyi-bunyi phewit, itu macamlah, tapi of courselah untuk menjaga reputasi, tidak menurut nasihat tersebut. Well, dulu pun aku takkan buat jugak macam tu sebab aku seorang pelajar yang sopan.

Sampai kat simpang kat Harapan, bebudak melintas. So, diorang suruh stop la. Aku pun stop.

Lepas itu diorang stopkan bebudak baru, dan bagi kitorang melintas.

Aku pun turunkan lah tingkap saja nak ucapkan terima kasih.

Sekali salah seorang bebudak itu jerit ‘signal tak pasang, bro?’ something like that.

Itu simpang memang dah ada susur ke kiri, simpang macam itu, tak yah on kan signal, bro.Perlahankan kenderaan dan beri laluan. Bukan macam T-junction yang memang kena indicate.

For few seconds there, aku macam ‘do you know who I am?’

But then I retract. I feel bad for feeling that way.

Kemudian aku tersedar, padanlah orang kita, bila ada pangkat dan jawatan, diumum sebab hendak dapatkan respect.

So basically, I assume, budak yang panggil aku bro itu sebab dia anggap aku student jugak. Ya lah, pakai Kelisa masuk dalam USM. Lecturer mana ada sangat yang duduk dalam USM kan. Which is fine especially I rather people thinking me young.

But I wonder, kalau dia nampak aku dengan kereta besar, atau dia kenal aku ni pensyarah ka, dia akan cakap macam tu tak. If yes, that’s cool, he’s a douchebag anyway. But if he would not say that, that’s just… double standard.

We are people. It doesn’t matter who you are; can’t we just respect each other as a human being?

As simple as that.

Boleh bro?

Takpe, kalau bro ambil kelas saya pun, saya tak potong markah bro. Saya sengih ja sebab bro ingat kita sebaya.

Eh, memang pun kan, I kan baru nak masuk 22 :P

 

Seram

Published by:

Malam itu.

Tika bulan mengambang di luar, aku rasa tidak keruan.

Tidak. Bukan kerna ada hantu terbang masuk dalam bilik.

Bukan juga kerna disampuk.

Tapi bila kepala otak mula mengira, ada mungkin hari esok yang gemilang?

Atau harapan ini palsu belaka.

Bila aku duduk di meja, menghadap muka komputer riba, jantung berdebar laju sekali.

Terasa kepala dihentak batu, membenam diri jauh ke dalam bumi.

Aku cuba lelapkan mata, selimut ditarik sehingga kepala.

Cuma mata tak mengikut kata, badan menggigil bukan demam sebabnya.

Kerna jiwa masih diseksa, soalan bila bila bila kan habis ceritanya.

Jadi aku murung dan merana.

Malam bukan lena diulit mimpi.

Tapi jaga dengan memori ngeri.

Mujur.

Itu semua dahulu.

Bukan yang baharu.

Itu semua cerita lama.

Bukan dicerita untuk buat seram menakutkan jiwa.

Sekadar dikongsi sebagai wacana.

Yang susah itu mesti ditempuh,

sebelum selesa mengganti derita.

Kalau dulu di negeri orang, jiwa tak tentu arah, kacau dan merana,

kini di negeri sendiri, boleh layan Baskin Robbins 1 pint dengan Mahadi di Queensbay jam 2 di hari bekerja.

 

 

P.S: Ini adalah entri berjemaah yang disertai oleh Kak Dijah, Halim dan Naz. So, kitorang akan diberi tema (oleh kitorang-kitorang gak) dan masing-masing tulis berkaitan

 

This coming semester…

Published by:

Semalam aku baru jumpa boss selepas balik dari UK. Ofis memang dah ada dah.

And….

nama aku dah masuk senarai mengajar. Dah tahu pun hari tu. Tapi bila dah diprint atas table yang akan diberi pada pelajar-pelajar baru dan pelajar-pelajar tahun 2/3, so rasa best sikit lah.

Aku akan mengajar MAT282 Engineering Computation 1/ Pengiraan Kejuruteraan 1. Patutnya budak-budak tahun 2 lah yang akan amik course nih.

Semalam aku baru selak-selak secara lebih serius, benda-benda yang terangkum dalam subjek ni.

Error, Non-linear equation, LU Method. Oh, taklah susah sangat. Tapi pada pendapat aku, waktu aku degree dulu pun, paper first year macam calculus, lagi susah dari paper second year. With exception Aljabar Moden (dulu aku belajar dalam BM). Aljabar Moden is quite tricky.

Ni, aku dok mencari rumah untuk disewa. Tak bersungguh-sungguh pun… tapi nak kena ada jugaklah sebelum start semester dalam seminggu lagi. Pastu dok gatal tangan nak beli tabs. Tengok Samsung punya tabs macam best, tapi nak kena try dulu nih. Maybe pergi Queensbay later.

Selalunya kalau nak beli bebenda mahal ni, aku akan sleep on it. Pergi, tengok dulu, pastu balik rumah. Kalau masih berdebar-debar rasa nak, barulah beli.

Macam iPhone jugaklah. Teringin. Tapi tahulah, bajetnya yang amat. Dekat sebulan gak kot aku delay delay dari nak beli sampai termimpi dua tiga kali, baru lah aku pergi Eldon Square kat Newcastle beli.

Yang dok gatal nak beli tabs ni sebab dok cadang boleh guna sebagai alat bantu bagi pengajaran. Cadang nak tulis ja kat screen, lepas tu dipapar guna projector. Later, boleh la tulisan buruk aku itu disave dan diupload terus ke internet. So student boleh amik kat situ.

Dengar cerita USM ada buat juga pertandingan bagi bahan pengajaran ni. Yang melibatkan bahan-bahan tambahan nih. Kena check ni sama ada dapat duit ke tak kalau menang (sangat tak suci objektif penyertaan). Ya lah, kalau sekadar dapat title je, malas ah. Kalau dapat duit boleh lah buat simpan untuk berseronok-seronok …. er taklah, boleh buat hantar mak dan abah gi umrah ke, melancong gi China ke (counterattack objektif penyertaan yang tak berapa suci tadi).

Gravatar

Published by:

Untuk post pertama bagi segmen Computer Tips, aku nak bagi tips mudah yang mungkin menarik perhatian korang, terutamanya orang-orang yang follow blog-blog kat internet ni.

Kalau perasaan seperti gambar di atas, korang boleh tengok, bila korang post komen, simbol bebukan yang akan keluar kat tepi nama dan komen korang.

Sebenarnya, ni computer generated base on korang punya email. Kalau korang nak assign gambar tertentu, bolehlah masuk dan register di

https://en.gravatar.com/

Kemudian bagi kebanyakan blog yang guna khidmat gravatar ni, bila korang tinggalkan komen, akan muncullah gambar yang korang dah save, dan tak naik dah lah gambar-gambar yang computer generated.

Simple ja ni…

Try lah

#1 Memula masuk web page Gravatar. Nampak, hat gambar mamat spek tu, adalah hasil akhir. Nanti bolehlah letakkan gambar-gambar gedik sopan korang.

Masukkan email address dan klik ‘Get Your Gravatar’

 

#2 Sampai ke page ni.

 

#3 Login email yang korang register. Dan klik link yang biru tuh.

#4 Registerlah username dan boh password

#5 So, bolehlah nak upload gambar.

#6 Done. Lepas ni, kalau tinggalkan komen kat memana blog yang guna gravatar ni, bolehlah letakkan email yang diregister tu di atas dalam ruangan email, dia akan letakkan lah paparan gambar yang korang pilih.

Selamat Mencuba!

Cliche

Published by:

I do miss you … kay. Yeah, I do miss UK. But not that bad.

Hari tu waktu balik pun, aku rasa biasa saja. Dulu, waktu nak tinggalkan Brunel, dan mendaratnya dekat KLIA, aku rasa sedih gak. Sebab tak sure bila lagi dapat pergi. Mungkin juga kali ni, aku rasa aku boleh berkeupayaan untuk travel lagi UK. Ya lah, simpan duit gaji, boleh la pergi travel lagi.

Kalau tak nak simpan duit gaji pulak, cari geran dan pergi konferens. That’s another trick.

~

Well, I said ‘open chapter’ right. Dan seperti yang dijangkakan, rakan-rakan dan family mula mahu tahu pelan aku. Tak-tak, bab kahwin tu dah bosan dah kot diorang nak tanya. Yang diorang mula nak tahu tentang ni esok lusa nak pi kerja USM, nak duduk mana. Belilah rumah sebab sewa lebih mahal, katanya. Jumpa orang ini pula, diorang kata diorang nampak aku kurus sangat (motip??? Nak aku tunjukkan gambar 4 tahun lepas dan gambar berposing di atas rerumput itu kah?)

Terus otak aku berkata, ‘yeah dude, you’re back home. This is certainly familiar.’

I keep saying ‘open chapter’ sebab aku malas nak ada aim of what I wanna have or be in the next 5 years.

Aku taknak letak target:- lepas masa-masa tertentu, aku hendak ada ini dan itu.

Well, tak juga. Target masa pendek aku ialah untuk beli tabs supaya boleh guna mengajar kuliah sesambil kalau melancong boleh tengok movie kat tabs. Target masa pendek juga ialah untuk produce video Youtube. Tapi.. target-target macam tu lah.

Sebabnya, sejak dari Form 5 kot, ataupun earlier than that, aku dah letakkan target ini dan itu. Penat. Dah capai dah. Dah abis mengaji kat Durham dah. Target sekarang yang memerlukan konsistensi ialah menjadi anak yang baik (Cue: awww). Itu jer.

Tapi tu lah, orang kita memang suka dengar kita ni punya pelan kehidupan kot?

Mine is simple:
Just chill and live the life.

Okay, I lie. Mine would be like this:

  1. Simpan duit untuk travelling
  2. Beli tabs
  3. Buat video Youtube
  4. Pergi gym dan increase weight
  5. Buat lagu sendiri
  6. Travel lagi
  7. Bawak family travel
  8. Makan dan menghayati keenakan makanan Malaysia setelah 4 tahun tidak dapat makan dengan baik
  9. Tidur pada waktu malam kerana 4 tahun tidak dapat tidur malam.
  10. Pergi gym lagi, decrease body fat, increase muscle (gituh!)
  11. Travel lagi

 

But I guess I should just lie and say that my life plan is as follow:

  1. Simpan duit untuk downpayment rumah.
  2. Beli rumah
  3. Bayar hutang
  4. Beli kereta yang lebih besar
  5. Bayar hutang
  6. Simpan duit
  7. Cari bini yang vogue baik/solehah di mata masyarakat
  8. Kahwin
  9. Simpan duit
  10. Bayar hutang yang tak settle lagi nih
  11. Dapat anak
  12. Dapatkan sepasang anak, lelaki dan perempuan
  13. Dapatkan 2 pasang anak, sekurang-kurangnya satu lelaki atau perempuan
  14. Dapatkan anak selagi tidak dapat anak lelaki atau perempuan
  15. Simpan duit lagi
  16. Hantar anak ke kelas tuisyen
  17. Hantar anak ke universiti
  18. Bayar yuran pengajian anak dan bayar hutang anak sementara hutang sendiri baru nak langsai
  19. Dapatkan menantu yang vogue baik di mata masyarakat
  20. Simpan duit lagi
  21. Menimang cucu
  22. Mati

 

Dude, that’s not a life plan….

THAT’S LIFE!

… and you don’t have to plan for it. It happen if it meant to be!

P.S: Macam boleh jer nak ber’dude’ dengan memakcik yang tanya kan?
P.S 2: Gambar atas: funfair kat Sungai Petani
P.S 3: Gambar macam takde kaitan pun dengan entri. Eh, ada-ada. Hidup umpama roda merry-go-round. Kadangkala di atas, kadang kala di bawah. Kadangkala berhenti kat tengah sebab ada orang naik. Dan tetiba tak sempat nak puas, dah kena turun. And that is, point number 22, lads and lasses…