Cliche

I do miss you … kay. Yeah, I do miss UK. But not that bad.

Hari tu waktu balik pun, aku rasa biasa saja. Dulu, waktu nak tinggalkan Brunel, dan mendaratnya dekat KLIA, aku rasa sedih gak. Sebab tak sure bila lagi dapat pergi. Mungkin juga kali ni, aku rasa aku boleh berkeupayaan untuk travel lagi UK. Ya lah, simpan duit gaji, boleh la pergi travel lagi.

Kalau tak nak simpan duit gaji pulak, cari geran dan pergi konferens. That’s another trick.

~

Well, I said ‘open chapter’ right. Dan seperti yang dijangkakan, rakan-rakan dan family mula mahu tahu pelan aku. Tak-tak, bab kahwin tu dah bosan dah kot diorang nak tanya. Yang diorang mula nak tahu tentang ni esok lusa nak pi kerja USM, nak duduk mana. Belilah rumah sebab sewa lebih mahal, katanya. Jumpa orang ini pula, diorang kata diorang nampak aku kurus sangat (motip??? Nak aku tunjukkan gambar 4 tahun lepas dan gambar berposing di atas rerumput itu kah?)

Terus otak aku berkata, ‘yeah dude, you’re back home. This is certainly familiar.’

I keep saying ‘open chapter’ sebab aku malas nak ada aim of what I wanna have or be in the next 5 years.

Aku taknak letak target:- lepas masa-masa tertentu, aku hendak ada ini dan itu.

Well, tak juga. Target masa pendek aku ialah untuk beli tabs supaya boleh guna mengajar kuliah sesambil kalau melancong boleh tengok movie kat tabs. Target masa pendek juga ialah untuk produce video Youtube. Tapi.. target-target macam tu lah.

Sebabnya, sejak dari Form 5 kot, ataupun earlier than that, aku dah letakkan target ini dan itu. Penat. Dah capai dah. Dah abis mengaji kat Durham dah. Target sekarang yang memerlukan konsistensi ialah menjadi anak yang baik (Cue: awww). Itu jer.

Tapi tu lah, orang kita memang suka dengar kita ni punya pelan kehidupan kot?

Mine is simple:
Just chill and live the life.

Okay, I lie. Mine would be like this:

  1. Simpan duit untuk travelling
  2. Beli tabs
  3. Buat video Youtube
  4. Pergi gym dan increase weight
  5. Buat lagu sendiri
  6. Travel lagi
  7. Bawak family travel
  8. Makan dan menghayati keenakan makanan Malaysia setelah 4 tahun tidak dapat makan dengan baik
  9. Tidur pada waktu malam kerana 4 tahun tidak dapat tidur malam.
  10. Pergi gym lagi, decrease body fat, increase muscle (gituh!)
  11. Travel lagi

 

But I guess I should just lie and say that my life plan is as follow:

  1. Simpan duit untuk downpayment rumah.
  2. Beli rumah
  3. Bayar hutang
  4. Beli kereta yang lebih besar
  5. Bayar hutang
  6. Simpan duit
  7. Cari bini yang vogue baik/solehah di mata masyarakat
  8. Kahwin
  9. Simpan duit
  10. Bayar hutang yang tak settle lagi nih
  11. Dapat anak
  12. Dapatkan sepasang anak, lelaki dan perempuan
  13. Dapatkan 2 pasang anak, sekurang-kurangnya satu lelaki atau perempuan
  14. Dapatkan anak selagi tidak dapat anak lelaki atau perempuan
  15. Simpan duit lagi
  16. Hantar anak ke kelas tuisyen
  17. Hantar anak ke universiti
  18. Bayar yuran pengajian anak dan bayar hutang anak sementara hutang sendiri baru nak langsai
  19. Dapatkan menantu yang vogue baik di mata masyarakat
  20. Simpan duit lagi
  21. Menimang cucu
  22. Mati

 

Dude, that’s not a life plan….

THAT’S LIFE!

… and you don’t have to plan for it. It happen if it meant to be!

P.S: Macam boleh jer nak ber’dude’ dengan memakcik yang tanya kan?
P.S 2: Gambar atas: funfair kat Sungai Petani
P.S 3: Gambar macam takde kaitan pun dengan entri. Eh, ada-ada. Hidup umpama roda merry-go-round. Kadangkala di atas, kadang kala di bawah. Kadangkala berhenti kat tengah sebab ada orang naik. Dan tetiba tak sempat nak puas, dah kena turun. And that is, point number 22, lads and lasses…

Self Back Home

Gym Class Heroes – Self Back Home ~~

Hey hey, welcome to my new blog. Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

The layout of the blog is simple, but maybe nanti aku add up sikit-sikit feature ini dan itu. But well, you guys can bookmark this new address ~~ amri.solarstreak.com

Sejak sampai balik hari tu, semua aktiviti berkaitan hari raya. Melawat family dan sedara mara terdekat. Hari ni katanya ada kawan nak datang, and later aku nak pergi jemput Mirza dari airport Penang sebab dia beraya kat rumah tok belah mak dia kat Kuching.

Surprisingly, I felt fine coming back from the UK. Memanglah sepatutnya fine pun, cuma selepas beberapa tahun, sejak aku start tulis Pagi Hari di Durham, ni kiranya open chapter of my life.

Ya know, in the back of my head, I asked this following questions:-

  • How long are you gonna be writing this blog?
  • Are you still going to be doing stuff you used to do back in Durham?
  • What should I expect, assuming there’s going to be my students who are going to be reading this blog, and you know how I sometimes meroyan here and there…

That kind of questions.

Well..

I’m still bit unsure. But whatever it is, let’s see this as a new beginning. It’s a whole new world we live in!
>

HoP 12

Kalau korang follow aku punya second Youtube channel, amrisvideovault yang jarang-jarang sekali aku post video-video rawak, dah tengok dah kot video nih.

Ni yang projek HoP hari tu. Sebabkan konsep kem ni, ada penyingkiran jadi sampai round ke berapa ntah, banyak gak la team yang dah tersingkir. Lepas tu, sementara kumpulan yang masuk Final 4 tengah prepare, kitorang buat lah benda atas ni. Ni semua ni praktis dalam kurang sejam ja ni (kecuali yang dua tiga orang bebudak Form 6 yang dah diajar untuk projek Snow White itu hari) :)