Kerdut

Published by:

I miss writing.

And the ability to write everything a bit freely.

Bukan la takleh sekarang ni, tapi bila dah kerja professional ni, dan banyak benda yang berlaku adalah berkaitan kerja, maka dah takleh tulis sesuka hati.

Nanti kang jadi macam kes sapa tuh yang Loreal amik jadi model pastu tetiba didrop sebab ada gambar dia hunting tu.

Mujur ada video poyo dalam Youtube tidak didrop kerja pensyarah.

Keke.

Sambil-sambil menseterika baju pagi tadi, sambil terfikir, kalau time kat Durham, dah jadi satu entry post dah ni.

So let me recap.

Standard la kan, sebab kena pakai kemeja, maka kenalah iron tiap-tiap hari. Ada sekali tu kat rumah mak aku, dah kalut2 nak drive ke USM, aku pun tak lah seterika baju. Mak aku pun dah risau sebab nanti orang tengok katanya.

Aku pun cakap

‘Ala.. mak, orang ni kalau dia nak perhati, ada ja benda yang salah.’

Mak aku jenis kemas. Aku turun ayah aku yang tak peduli sangat kalau tetiba baju tak matching ke, atau pakai pakaian tak kena event.

Ala… time kat London dulu pun aku pernah keluar dari hostel kat Bayswater pakai seluar tido kotak-kotak. Memang la orang tengok, tapi kisah apa ye tak?

Sama lah kat USM.

Kalau ada mood, pakai kemas-kemas, pakai contact lense, baju smart sikit, rambut minyak segala pastu sembur perfume.

Itu hari ada mood.

Kalau hari takdak mood, pakai ja apa yang terasa. Rambut pun tak boh minyak untuk menunjukkan keserabaian. Muka pun tak berjambang.

Kira apa kan?

Larat nak kemas sepanjang masa.

 

Anyway… dah nak raya. Anak menakan dah demand duit raya. Adeh.

Light

Published by:

Tup tup dah nak raya lagi seminggu.

Honestly aku tak sabar nak raya.

Sebabnya bulan posa ni aku sangatlah busy mengalahkan bulan tak posa. Ditambah dengan unfortunate circumstance yang terjadi.

Dek kerana minggu-minggu akhir semester, kitorang dok handle seminar pelajar-pelajar Masters yang buat projek dan disertasi. Almost everyday aku kena ada dalam one of the session. So memang tak sempat nak duduk lah. Student aku pulak ada 7 orang (4 projek dan 3 disertasi), so memang banyaklah jugak nak kena go through.

Nak dijadikan cerita pulak, mak aku pengsan minggu lepas and hit her head. So for few days aku ulang alik lah dari rumah mak aku ke USM yang amik masa dalam 1 jam jugak. Yang penat time balik sebab area jambatan sampai tol Sg 2, memang selalu slow.

Hari tu dah jatuh 2 kilo dah. Dek kerana ulang alik tuh, jatuh lagi sekilo.

Sedih ooo. Bukan senang nak tambah berat.

Alhamdulillah, mak aku dah makin pulih walaupun tak sepenuhnya.

At least, adik beradik dok gilir-gilir balik rumah, so boleh la tolong tengok-tengokkan dia. Sekarang ni ayah aku lah amik alih tugas memasak kat rumah. Anak bongsu dia nih, mengadap komputer ja kerjanya. Kekonon alasan buat kerja, tapi edit video sebenarnya.

Lepas raya ni nak release video cover.

Hah, tu ja gambar dia, as a tease.

Hik hik

Whisper to me again

Published by:

Whisper to me again
Your dreams your wishes there
The words you said that I had never care
The graceful dancing I had never stare

 

Whisper to me again
Bout tomorrow you wish to have
And the joke that make you laugh
Which I’ve been so deaf, so deaf

 

Whisper to me again
Coz my eyes is open wide
And my soul starts to ignite
When the darkness turn to light

 

Whisper to me again
And this time I’ll see it through
And this time I’ll see in you
For the moment that is true

 

 

30/6/2014, 9.50pm

Code of Conduct

Published by:

Setelah hampir 2 tahun menjadi pensyarah kat USM nih, banyak la jugak pengalaman baru yang diperoleh. Terutamanya berkaitan nak deal dengan student. Oleh kerana itu, di sini aku buat draft untuk Code of Conduct untuk pelajar pada sidang akan datang. Nanti kena tampal depan bilik, takpun tunjuk time kuliah.

 

Definisi: Code of Conduct ini bertujuan untuk mempermudahkan cara perhubungan antara pelajar dan pensyarah berkaitan bagi melancarkan sesi perbincangan supaya tujuan komunikasi dapat dioptimumkan. Kod ini juga diberikan kepada pelajar yang bercadang atau sedang melakukan penyelidikan di bawah penyeliaan Ahmad Lutfi Amri Ramli (selepas ini ditulis sebagai ‘pensyarah’ atau ‘pensyarah terbabit’)

Umum

  • Telefon bimbit mestilah dalam mode silent ketika sesi perbincangan dilakukan.
  • Untuk perihal meminta souvenir ketika pensyarah berjalan-jalan ke luar negara, rujuk klausa ‘Pelajar Penyelidikan’.
  • Pelajar bolehlah menggunakan bahasa santai ketika membalas twit pensyarah atau komen di Facebook bagi status, namun untuk tujuan rasmi dan soalan rasmi, sebarang perkataan dan ejaan ‘hippie’ atau berbentuk keremajaan sekolah menengah tidak dibenarkan.Contoh:- Ejaan ‘x’ untuk ‘tidak’ adalah tidak dibenarkan.

    – Penggunaan ejaan dengan loghat tempatan juga tidak dibenarkan untuk tujuan rasmi.

  • Temujanji sangat digalakkan untuk dibuat sebelum apa-apa sesi perbincangan, kecuali perihal yang hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.

Pelajar Kursus Yang Mempunyai Peperiksaan Akhir dengan pensyarah terbabit

  • Sebarang bentuk hadiah tidak dibenarkan bagi mengelakkan rasa belas terhadap gred yang diberi, walaupun gred masih tidak berubah sekalipun hadiah diberi. Hadiah, jika terasa ikhlas, bolehlah diberi setelah keputusan peperiksaan diumumkan.

 

Pelajar Penyelidikan

  • Perihal ini berkenaan pelajar di dalam kategori penyelidikan, termasuk pelajar projek tahun akhir, disertasi dan PhD
  • Pelajar haruslah bersedia untuk bertemu sekurang-kurangnya setiap dua minggu.Pelajar yang kurang bertemu mungkin diberikan gred yang lebih rendah daripada kebiasaan.
  • Temujanji perlulah dibuat sebelum sesi perbincangan, kecuali perihal yang hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.
  • Untuk pelajar projek disertasi Master, pelajar hendaklah bersedia untuk memulakan perbincangan sejak Semester 1 walaupun projek disertasi secara rasminya hanya bermula pada semester kedua.
  • Untuk pelajar tahun akhir, pelajar haruslah bersedia untuk melakukan kerja berkaitan penyelidikan projek ketika cuti pertengahan semester.
  • Pelajar penyelidikan bolehlah meminta souvenir jika pensyarah berjalan-jalan ke luar negara. Pemberian souvenir bergantung kepada keteringatan pensyarah.
  • Pelajar penyelidikan mestilah menahan diri daripada bertanya soalan peribadi kepada pensyarah. Segala soalan berkaitan relationship sama ada lampau, kini, akan datang atau yang berbentuk spekulatif tidak menyumbang kepada penyelidikan pelajar dan meletakkan perhubungan pensyarah-pelajar seliaan dalam keadaan tidak selesa (sekurang-kurangnya bagi pihak pensyarah).
  • Waktu diskusi haruslah digunakan dengan baik. Pelajar mempunyai hak untuk menegur pensyarah jika topik perbincangan lari daripada tujuan asal.

Hal-hal Lain

  • Pensyarah mempunyai hak sepenuhnya untuk meminda mana-mana perihal di dalam kod ini tanpa memaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu.
  • Pelajar yang mempunyai nombor telefon bimbit pensyarah tidak dibenarkan untuk berkongsi kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran pensyarah terlebih dahulu. [1]
  • Penggunaan mesej SMS atau melalui whatsapp adalah seperti berikutĀ  [1]
    • Untuk memberitahu kelewatan atau ketidakhadiran sesuatu temujanji (oleh pensyarah atau kepada pensyarah)
    • Untuk memberitahu hal-hal kecemasan
    • Bukan untuk bertanya tentang waktu kelapangan bagi tujuan temujanji (sila gunakan Facebook bagi tujuan tersebut)
    • Bukan untuk bertanya tentang soalan-soalan panjang yang memerlukan balasan yang juga panjang (juga, sila gunakan Facebook untuk tujuan tersebut)
    • Bukan untuk perbualan yang memerlukan pensyarah merujuk sebarang dokumen di dalam komputer (juga, sila gunakan Facebook untuk tujuan tersebut)

 

 

 

 

 

Revision:

16/6/2014 : Hal-hal lain (perihal telefon bimbit dan whatsapp) ditambah [1]

 

 

Blue Bird

Published by:

It was easy for me to say that my trip to the United States of America in April as one of the best trip I ever had. I’ve met great people, made new friends and did a lot of activities. I even went to The Wanted concert. Oh yea, my nephews and niece was like ‘that’s unfair!’ and then I took them to watch a musical in Straits Quay so that I’m still the best uncle ever!

But one of the random amazing thing that happened to me during the trip is meeting this very nice lady on a flight.

If you think AirAsia is chaotic enough, then think again. Imagine going on the flight where it is free seating that you just have to roam around until you find a seat. And the tricky part of having that freedom is – I was trying my best to avoid sitting next to some uninteresting people. Well, of course at that time, I so called use my extra sense to detect if those people are interesting or not. Well, of course not. And I didn’t have much choice either as our group was pretty late and we have to sit wherever we could.

And I ended up next to this 2 fellas which I would say are about the same age as my parents.

It was the flight from Chicago to Washington D.C. which is about 2 hours but time flies quickly. This lady called Lynn was very lovely and she told me about her son and her passion of teaching. I shared the same thing and at this time, I barely remember what else did I tell her. But it was one of the lovely experience I had in States.

 

So I shared her a poem that I’ve wrote quite a long time ago. It was untitled but it’s about blue bird. And then she gave her email to me saying that she will send me picture of blue bird taken from her house. And I’ve just recently manage to email her and she just replied it with this picture.

 

These are taken outside of her windows, I mean back in her house, not flight windows of course. Isn’t it lovely?

And here’s the poem that I wrote

 

The blue bird flies and spread its wings
up on the sky and so it sings

Every other birds silence in despair
for this blue bird is such a rare

In winter blue bird flies away
and took with it, its melody
as there’s no blue bird sings the day
the night has always been empty

But as season changes, the winter’s gone
the blue bird comes back, ends the mourn

Although the waiting has been long
but finally blue bird calls the rain
The blue bird sings its lovely song
and forest starts to grow again

And underneath the summer sun
the blue bird looks quite green to me
and it has been the only one
that sings to me so I can see

 

*Picture above is also from Lynn :)

Melankoli malam

Published by:

Sukar
Mulut kian terkunci
Tangan makin hilangnya tari
Minda terus berkarat

Hilang rentak ayat di hati
Rima yang sama sukar dicari

 

Selalu rasa diperhati mata
Selalu rasa mulut mengata
Buat diri hilang bicara
Buat gundah hanya di jiwa

 

Kadang rasa indah sekali
Bila menapak wahai si kaki
Jauh dari biasanya hari
Usah risau soal diberi

 

Tapi bila diseret langkah
Baru tersedar di mana hati
Walau jauh bahtera menongkah
Rasa diri mahu kembali

 

Cuma duduk di puncak angkasa
Biar lebar pandang jauhnya
Tiada ilham berkunjung di jiwa
Asyik difikir apa dikata

 

Acuh tak acuh mungkin caranya
Supaya diri terasa bahagia
Namun tak mampu menipu diri
Sudah ku tahu aku melankoli

 

Amri, 20 May 2014, 10.09pm